Setiap kali menjelang Raya Haji, kebanyakan orang dah tercari-cari resipi yang sesuai untuk memasak bahagian korban masing-masing yang bakal diterima nanti.
Selalunya lembu yang jadi pilihan haiwan korban. Sebab kalau nak dibandingkan dengan kambing yang mesti beli seekor, lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian, jadi boleh kongsi-kongsi kos lembu seekor tu.
Kebanyakan orang biasa dengan dagingnya. Resipi daging pun banyak. Macam-macam hidangan boleh buat dengan daging lembu. Tapi tak ramai orang reti makan atau masak bahagian-bahagian yang lainnya macam kulit dan urat.
Tapi bagi yang dah biasa makan, dia orang akan kata kalau kena gaya masakannya, bahagian-bahagian lain ni jauh lebih sedap daripada dagingnya. Betul ke? Haaaa nak tau kenalah cuba sendiri! Tak cuba maka tak cinta!
Kat bawah ni ada 10 bahagian lembu yang tak kurang sedapnya bila dibuat lauk. Jom kita intai!
1. Paru
Paru lembu ni ada teknik nak memasaknya supaya garing kat luar tapi lembut kat dalam. Kalau tak kena gaya liat jadinya, tanggal rahang nak kerjakannya. Paru kaya dengan zat besi, kalau siapa kurang darah boleh try makan. Paru selalunya digoreng dan dibuat sambal atau balado. Buat rendang pun boleh.
2. Limpa
Limpa lembu ni pun ada cara yang khusus untuk memasaknya, kalau tak, bau dia yang kuat tu tak hilang. Ada orang kata rasa limpa ni seakan-akan hati. Yang pasti, limpa juga kaya dengan zat besi. Limpa ni selalu orang buat rendang nasib atau masak kicap je.
3. Hati
Hati lembu pun salah satu organ yang kaya dengan zat besi, sesuai untuk yang kurang darah. Hati ni biasanya orang buat sambal pengantin, tapi lauk lain macam kerutuk, masak kicap dan goreng kunyit pun sedap jugak.
4. Tulang
Dalam banyak-banyak bahagian lembu, tulang lembu yang paling ramai peminatnya. Cara yang paling popular untuk menikmati tulang ni ialah dengan buat sup. Nak lagi sedap dan cepat empuk, masak dalam pressure cooker, tak payah tunggu lama.
5. Kaki
Kaki lembu ni selalunya kalau siapa dapat memang garu kepala, sebab tak ramai yang tau cara nak proses dan memasaknya. Selalunya kaki ni dibakar sampai hangus bulu dengan kulitnya, lepas tu dikikis bersih bahagian hangus tu sebelum direbus menjadi sup.
6. Kulit
Kulit lembu atau juga dikenali sebagai belulang atau jangek ni pun ada peminatnya yang tersendiri. Selalunya dibuat sambal tahun, tapi buat masak lemak atau masak kicap pun ngam.
7. Urat
Urat kateh atau urat keting ni bahagian tendon yang terdapat pada kaki lembu. Bila kaki lembu diproses, selalunya urat dia diasingkan untuk buat lauk lain. Urat ni selalunya dibuat rojak atau sup.
8. Ekor
Ekor lembu ni bahagian yang kaya dengan gelatin. Selalu dimasak sup, tapi boleh juga dibuat stew atau asam pedas. Sup ekor lembu kalau hirup panas-panas mampu merangsang sel-sel dalam tubuh badan dan memberikan tenaga.
9. Tetel
Daging tetel ni daging yang bercampur urat, tulang dan lelemak. Orang Melaka mesti familiar dengan daging tetel ni, sebab selalunya bahagian ni dimasak asam pedas. Arwah mak minmin punya suka asam pedas tetel ni. Fevret dia ni. Dia kata sekali rasa boleh bikin ketagih dok teringat-ingat sepanjang masa. Dahsyat. Boleh juga dimasak kari, bihun sup atau dalca.
10. Perut
Lazimnya ada dua jenis perut lembu atau setengah orang panggil "babat": perut muda dan perut tuala iaitu perut tua. Tapi leceh sikit nak prosesnya sebab kena bersihkan betul-betul, ye lah dah nama pun bahagian perut kan. Ada yang rebus lepas tu cicah air asam je, tapi ada juga yang buat sup, kerabu dengan masak lemak.
Selain daripada yang tersebut kat atas, bahagian-bahagian lembu yang lain pun boleh dijadikan hidangan yang tak kurang sedapnya, seperti otak, jantung, lidah dan pipi. Telur pun ada, jangan ingat ayam je bertelur!
Semuanya ada kat Cookpad. Apa je yang takde kat Cookpad? Search je, keluarlah dia. Yang biasa ada, yang luar biasa pun ada. Jangan lupa download app Cookpad sama ada melalui PlayStore atau AppStore untuk pengalaman mencari resipi yang lebih mantap!