Ada bahan makanan tu fuuuuhhhhh bau diaaaa boleh bawak ke bulan! Disebabkan bau dia yang mengancam tu, ada yang sampai trauma atau tak berani nak cuba. Jangan main-main eh, boleh jadi gaduh tau bab-bab makanan berbau ni!

Macam ada sorang yang minmin kenal ni, kalau bini dia nak makan durian jangan depan dia, hatta kalau nak beli durian pun tak boleh bawak naik dalam kereta dia, dan jangan sesekali berani bawak balik rumah. Begitu bencinya dia pada bau durian tu.

Tapi kadang-kadang bau tu tak melambangkan rasa dia. Ada tu sebelum try takut-takut, tapi sekali dah try haaaa terussss ketagih kau! Dah tak boleh berhenti pulak makan!

Jom kita tengok 10 jenis bahan makanan berbau yang popular kat Malaysia ni. Korang dah pernah try? Kalau dah, yang mana satu fevret korang? Kalau belum, ada bran?

1. Petai

Salah satu bahan masakan popular seluruh Malaysia. Hidangan yang paling popular antara semua, sambal tumis petai dan ikan bilis. Tapi ada juga yang suka makan macam tu je buat ulam. Walaupun berbau kuat, tapi khasiat petai ni sangat tinggi. Tapi disarankan lepas makan jangan lah bercakap dengan orang terutama sekali jenis yang tak makan petai ni, apatah lagi membuang angin atau melabur di rumah orang, pejabat atau tempat awam. Boleh jadi perang saudara ok.

Resipi Ikan Bakar Petai oleh Kakak Faa
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 28: MALAY FOOD #GlobalApron2024 COOKPAD MAGIC PANTRY: #buahkeras #cencaluk #serai #gulamelaka #cilipadi Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Malay Food. Abah request ikan bakar so kita masak ikan bakar petai. Buat pes sambal ikan…

2. Jering

Sama macam petai, kering ni tinggi khasiatnya. Jering tua lebih sesuai dibuat masak, jering muda lebih banyak dibuat ulam. Sedap juga kalau rebus sampai empuk, lepas tu gaul dengan kelapa parut dan garam. Ada yang cakap sedap dia tu sampai mata putih je nampak. Tapi awasss macam petai, jangan sesekali cuba pikat awek lepas makan.

Resipi Sambal bilis jering muda oleh ZuitaAisyah
Jering sedap dibuat ulam..tapi kalau yang muda dia jadi tak best sbb lembut sangat & rasa agak sedikit pahit. Daripada buahnya rosak kita buat sambal campur dengan bilis..alhamdulillah sesedap rasa😋

3. Budu

Bahan penting belah Pantai Timur, terutama sekali Terengganu dan Kelantan. Dibuat daripada ikan bilis yang diperam sampai hancur, orang Pantai Timur buat cicah-cicah je budu ni. Selain daripada tu, boleh dikatakan setiap masakan orang Kelantan dan Terengganu ditambah budu bagi penyedap rasa.

Resipi Gulai budu oleh Lily Suryani Mohd Ali
#semangatmerdeka #fusionantaranegeri Biasa makan budu cicah jer dengan ulam.tapi kali ni saya buat gulai.sebut je budu sudah pastinya terkenal dinegeri Kelantan.kami orang Pahang pun makan budu.kami masak dengan cara kami,biasa gulai budu ni cukup fames semasa bulan Ramadhan.mesti ada jual di bazar …

4. Tempoyak

Bahan masakan utama kat Perak dan Pahang. Siapa tak kenal Patin Masak Tempoyak dengan Gulai Tempoyak? Terkenal seantero Malaysia kot. Dibuat daripada durian yang diperam, bau dia memang kuat tapi bagi penggemar tempoyak tak lengkap masakan kalau takde tempoyak ni!

Resipi Pais Patin Tempoyak oleh FZ Adzlin
Pais patin tempoyak salah satu kegemaran ramai juga selain patin masak tempoyak.. Ikan patin rasa sedap jika dapat ikan ori dari sangkar sungai pahang..

5. Cencaluk

Orang Melaka mesti kenal bahan ni. Tapi percaya tak ada orang Melaka yang tak makan cencaluk sebab baunya yang kuat, termasuk arwah mak dan ayah minmin. Tapi baru-baru ni minmin ada buat challenge bagi markah bonus untuk sesiapa yang hantar resipi guna cencaluk. Haaa kaaauuu yang dulu was-was terusss jadi peminat setia siap restock lagi botol cencaluk yang habis tu!

Resipi Ayam cencaluk oleh Ziana Chesaad
Resepi ini pernah dikongsikan oleh Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Resepi² beliau sememangnya sedap dan mudah untuk dimasak. Beliau juga sangat pandai memasak dan sangat baik hati . Jom kita try masak... Ayam cencaluk .. 1st time dengar ayam cencaluk . Boleh ke? Boleh ler dan kita tiru se…

6. Ikan Pekasam

Kat Cookpad ada banyak resipi buat ikan pekasam homemade. Selalunya guna ikan sungai yang diperam dengan beras dan garam sekurang-kurangnya seminggu. Sedap digoreng macam tu je dengan cili dan bawang.

Resipi Ikan pekasam goreng oleh 0h Hana !!
Perghh bau dia .. boleh pergi jauh.. Hana suka goreng bawang dan cili banyak²...

7. Belacan

Ni salah satu bahan penting dalam dapur orang Melayu, takde ni tak berseri dapur, masakan pun rasa hambar je. Dibuat daripada udang geragau, belacan ni selalu orang buat sambal belacan atau campur sekali dalam cili kisar.

Resipi Sambal belacan ketagih oleh Ani Delighted
Tidak lengkap hidangan tanpa sambal belacan. Banyak versi sambal belacan. Kali ini saya guna manisan @ gula melaka sebagai pemanis. #berbuka ala pantai timur

8. Durian

Siapa kat sini tak kenal durian? Makanan ruji kot tiap kali tiba musim. Rasanya enak lemak berkrim tapi ada jugak tekak yang tak boleh terima bila rasa. Bagi yang tak boleh makan macam tu je, apa kata tukar dia jadi kek, kuih, crepe atau bubur? Gerenti boleh telan!

Resipi Durian Mille Crepe oleh Nor Al Fatihah
Tiga minggu berturut-turut buat Durian Mille Crepes ni..hahaha..macam ketagih dah sebab terlajak sedap..ye la raja buah kan..febret pulak tu.. 17 layer crepe di lapisi dengan filling durian kastad yg creamy..makan pulak sejuk2..makan sambil geleng2 kepala..tak terkata nikmatnya.. Buat hari tu..hari …

9. Telur Padi

Bahan yang popular di kalangan orang Cina ni semakin mendapat tempat di hati orang Melayu. Bau dengan rupa dia memang agak horror, ye lah telur yang diperam untuk beberapa bulan kan, mau tak ngeri. Selalu digoreng atau campur dalam sup, yang pernah makan semua cakap rasa dia memang opposite sungguh dengan rupa dia!

Resipi Fried Century Egg With Crispy Basil oleh Gyna Elenna
#CNY2020 Tidak ramai yang pandai makan century egg ni. Bila tak pandai makan, nak masak pun lagi lah tak tahu. Saya suka masak century egg ni bila ada tetamu yang datang ke rumah ataupun bila musim perayaan. Biar mereka dapat rasa masakan saya yang sedikit asing dan jarang mereka rasa. Sebenarnya ce…

10. Shiitake

Cendawan jenis ni memang kuat baunya. Ada orang kata hancing pering, lagi-lagi kalau dah lama tersimpan dalam plastik. Tapi berkhasiat tinggi dan once masak memang sedap! Nak hilangkan bau dia boleh rebus dulu lepas tu tapis, baru masak, atau time nak tumis tu, lepas tumis bawang rempah tumis dia dulu, baru masuk air untuk buat kuah.

Resipi Telur Steam with shitake mushroom oleh MASTURA BINTI SAMIRAN
Saya suka makan tofu lembut tapi dukacita bila buka peti ais rupa rupanya dah expired. So tak ada pilihan terpaksa ubah resepi skit. Tapi still sedap. Hahaha...... confident lebih. Jarang2 nak masak lauk yang kna kukus2 ni sebab malas nk bawa kluar pengukus tp tadi improvise cara nak mengukus jugak.…