10 Bahan Homemade Membantu Di Bulan Puasa

Seminggu lagi dah nak puasa. Selain daripada stock up barang dapur, korang buat persiapan apa lagi kat dapur?

Time-time ni terutama sekali golongan mak-mak dah sibuk buat homemade prep untuk melancarkan dan memudahkan tugas mereka kat dapur Ramadan nanti. Bila nak masak atau nak makan, senang dah. Cedok je masuk kuali atau pinggan.

Masa yang banyak terjimat tu boleh fokus buat ibadah. Bulan ni lah kita nak rebut pahala berganda, betul tak? Bila lagi kan? Setahun sekali je pun.

Jom tengok antara bahan-bahan homemade prep puasa yang Cookpaders Malaysia dah share yang korang boleh cedok inspirasi! Kenapa perlu beli kalau boleh buat sendiri? Buat sendiri tu lebih sedap, menjimatkan dan terjamin kebersihan!

Korang ada resipi prep puasa korang sendiri? Jom lah share dengan kawan-kawan kat Cookpad! Berkongsi ilmu masakan dengan yang lain pun salah satu cara raih pahala tau! Pahala yang tak putus-putus pulak tu, selagi ada yang manfaatkan, selagi tu lah pahala tu dapat kat korang. Tapi jangan lupa download app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore dulu untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan.

1. Bahan Siap Kisar

Yang ni memang bahan wajib ada dalam peti sejuk bukan je untuk mak-mak tapi untuk semua yang kerap memasak. Antara bahan siap kisar yang selalu disimpan buat stok ialah cili kisar, bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar dan kunyit kisar. Time nak guna cedok je masuk periuk atau kuali. Cepat dan mudah.

Resipi Stok cili kisar tahan 2-3bulan oleh Deasy Fieyaa
Ha kalau korang nak buat stock banyak, gandakan aje resipi ni. Simpan kat fridge tak berkulat ataupun busuk.
Resipi Pes ibu kunyit oleh Ziana Chesaad
Aroma kunyit hidup bila dicampur dengan bahan-bahan yang lain memang sedap bau dia. Untuk menggoreng ikan, ayam atau daging dicampur kedalam masakan lemak kuning pun boleh. Memang pes ni wajib ada bila menjelang bulan puasa. Mudah dan gorengan sedap malah berbau wangi. #Challenge1 : Ramadhan Prep #R…
Resipi Bawang Merah Kisar oleh Mahadiah
Rahsia Bahan Kekal Awet Muda (Preservation) #CookEveryPart2 #WorldFoodDay Seperti bawang putih , Bawang Merah juga adalah bahan Wajib dalam masakan harian terutama orang Malaysia😂. Setiap hari mesti ada guna bawang merah dalam masakan.Oleh itu ia perlu disediakan lebih awal supaya proses memasak me…

2. Makanan Frozen

Makanan Frozen sangat berguna terutama sekali buat mak-mak yang berkerja. Balik kerja tak payah susah-susah kelentang kelentung lagi kat dapur, makan masa jugak tu nak siapkan makanan from scratch. Dengan traffic jam yang luar biasa lagi time bulan puasa, ada tu sampai rumah ngam-ngam berapa minit lagi nak berbuka. Boleh meal prep siap-siap lauk, bila nak makan panaskan je. Kuih macam karipap, popia dan donut pun boleh bungkus dalam freezer awal-awal, bila nak berbuka atau makan time moreh, keluarkan dan goreng je dalam kuali. Burger dan nugget pun boleh buat homemade dan bekukan siap-siap.

Resipi Ayam Percik Merecikk ’Frozen” Ala - Bazar Ramadhan oleh Q’leenalee’s Kitchen
🍽620🍽 👩‍🍳55/2023👩‍🍳 PES Battle #PersiapanRamadan Menu bakar- bakar seperti ayam percik pilihan no.1 ummi Jika dibulan Ramadhan berbanding menu berkuah kalau sediakan juadah berbuka puasa. Kebiasaannya ummi akan prep awal sebelum masuk bulan Ramadhan.Walaupun sedikit renyah dan banyak step pros…
Resipi Homemade Burger Patties oleh Mizzanem
Sukar rasanya nak jumpa daging burger di pekan Kudat ni. Yang banyak daging burger ayam sahaja. Tapi nasib kebetulan ada jual daging kisar. Teringin nak makan burger sebab tiap malam jiran sebelah rumah ni jual burger. Baunya sedap tak boleh tahan 😁. Oleh sebab saya tak makan malam (IF), kena la bu…
Resipi Donut frozen oleh 0h Hana !!
Ni la kerja kat rumah....sambil buatkan tempahan jiran..kita selit la tuk sendiri punya... Tiap bancuhan ni boleh menghasilkan anggaran 24 biji...saiz acuan donut sederhana

3. Homemade Sambal

Sama ada ibu sambal, sambal kering atau sambal hijau, stok sambal homemade semestinya sangat memudahkan kerja. Boleh gaul dengan ikan atau ayam dalam kuali, jadi lah satu lauk. Kalau dah malas sangat nak masak terutama sekali waktu sahur, goreng je telur sebiji, colek sambal sesudu dan makan dengan nasi panas-panas, atau lebur je sekali sambal dengan telur dalam kuali buat sambal telur pecah. Selain daripada tu, boleh juga dibuat perencah nasi, bihun atau mee goreng. Tak payah susah-susah nak tumis lama-lama.

Resipi Pes Tumis Sambal Hijau oleh Sesimple Loralin
27/2024 (1572/2K) Ramadan Month Challenge 1: Ramadan Prep Harini Uchu masak ikan siakap goreng sambal hijau dengan citarasa ala Thai. Alang-alang tu, Uchu extrakan terus pes asas sambal hijau ni. Next time, insyaallah untuk kegunaan memasak semasa Ramadhan nanti, pes asas ni boleh diolah ikut citara…
Resipi Ibu Sambal oleh Nana Isya
Ibu Sambal ini Kak Long selalu buat stock. Sangat membantu mempercepatkan proses memasak. Biasanya Kak Long akan buat ibu sambal pada hujung minggu. Bila ada stock ibu sambal mudahkan Kak Long untuk mempelbagaikan jenis masakkan . Ibu sambal ini Kak Long gunakan untuk menggoreng bihun, mee, ketiow j…
Resipi Sambal kering bilis bawang oleh Nurain Jalil
#goldenapron #minggukesebelas Tertiba terasa nak buat sambal kering ni.Teringat waktu memula buat sambal kering ni. Tak ada resepi tapi nak cuba gak buat. Maka pencarian resepi pun bermula.Setelah dibaca semua resepi di google dan di youtube,maka kita pun mulakanlah sesi ketuk ketuk sudip kuali di d…

4. Pes Homemade

Pes homemade pun sangat memudahkan kerja kat dapur. Ada macam-macam pes yang boleh dibuat - pes tomyam, pes bakar, pes sup, pes kari, pes masak kurma dan banyak lagi. Kisar semua siap-siap dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, lebur je dalam periuk atau lumur je pada ikan atau ayam.

Resipi Pes Tom Yam Homemade oleh mamy_kitchen89
💚1300💚 🥑120/2023🥑 #pejuang2kResipi mamy masak pes ni dah 3hari suhu bilik masih lagi ok.. tunggu tgk brapa hari dia boleh tahan suhu biasa😁 eksperimen sains di dpur😜 boleh simpan pes ni dalam peti yaa ... update : 6hari bertahan suhu bilik😆 kalau peti inshallah lagi lama kann
Resipi Pes Ikan Bakar Portugis oleh MaRulez Arif
hujung minggu sesuailah nak makan bakar-bakar. Kali ni saya makan Ikan Bakar Portugis dan pes ni saya buat awal minggu aritu. Sukatannya saya buat mengikut betul betul sukatan matrik, sudu matrik. Cuma Garam dan Gula tu ikut lah selera masing-masing.
Resipi Pes Sup @ Perencah Sup Homemade oleh Q’leenalee’s Kitchen
🍽623🍽 👩‍🍳58/2023👩‍🍳 PES Battle #PersiapanRamadan Kerja memasak lebih mudah dan cepat dengan adanya pes / perencah sup homemade.Bulan Ramadhan sup juga pilihan yang sesuai untuk menu berbuka. Kegemaran ummi dan babahnya rizqi adalah sup ala Thai.Senang kerja ummi nanti di bulan puasa kalau nak …

5. Acar Buah

Untuk sesetengah orang, acar buah ni memang wajib sebagai pembuka selera. Makan macam tu je dengan nasi dan cicah dengan roti pun sedap. Boleh letak apa-apa jenis buah kat dalam tu, ikut citarasa masing-masing. Boleh tahan berbulan kalau betul cara penyediaan dan penyimpanannya.

Resipi Acar Buah oleh ha.lim39
#28 : Meal/ Food Prep And Hack #Misi3CookRace : Selain hari biasa,acar buah ni dah jadi menu wajib untuk kami sekeluarga di bulan Ramadhan (terutamanya untuk sahur).Ada acar buah berseleralah sikit,makan dengan nasi panas-panas.Sedap yakmat dimakan bersama nasi putih dan juga nasi berperisa. K.ha ko…
Resipi Acar Buah Limau/Acar Limau -Pembuka selera oleh Q’leenalee’s Kitchen
🌹16-2024🌹 🧑‍🍳723/1K🧑‍🍳 ✔️Ramadan Month Challenge 1: Ramadan Prep Acar buah limau / acar limau adalah resepi orang lama sangat sesuai dijadikan menu pembuka selera ketika dibulan Ramadhan baik waktu berbuka ataupun bersahur.Ummi dah masak acar buah limau ni hujung bulan Feb untuk stok bulan Ram…
Resipi Acar Buah Campuran oleh azita adnan
#GoldenApron2020 Resepi wajib setiap kali Bulan Ramadhan tiba. Penambah selera di bulan yang mulia untuk di makan bersama hidangan nasi. Sesuai dimakan begitu sahaja. Resepi kesukaan ahli keluarga dan boleh dihadiahkan kepada jiran dan rakan-rakan. Jom cuba untuk buat resepi turun menurun daripada n…

6. Sardin Homemade

Sardin sekarang boleh tahan harganya ye. Satu tin kecik tu boleh cecah RM6-RM7. Itu pun kadang tak kena langsung dengan tekak. Daripada buang duit beli why not kita buat sendiri sardin homemade. Lagi banyak boleh dapat, lagi puas makan satu family. Kuah sardin tu kita boleh buat ikut citarasa kita sendiri, sama ada nak lagi pedas atau manis sikit.

Resipi Sardin Homemade oleh Syuhada
Jika anda penggemar Sardin dalam tin, anda boleh cuba resepi mudah ini. Boleh pilih samada nak guna periuk biasa ataupun periuk pressure cooker, hasilnya akan sama yang berbeza adalah tempoh masak untuk mendapatkan isi ikan dan tulang ikan yang benar-benar lembut. #goldenapron
Resipi Resepi Homemade Sardin Tanpa Tomato Puri oleh Cheyah Saripuddin
Sedih pula cheyah tengok sos tomato tu sebab ada sikit je. Duk fikir punya fikir dapatlah idea nak cuba buat sardin sendiri tanpa tomato puri. #goldenapron
Resipi 🍁Sardin Homemade oleh Master Jamal
Menyahut cabaran Homemade minggu ini, untuk kali pertamanya buat Sardin Homemade. Rasanya seperti ikan sardin sebenar yang kita selalu beli dan yang lebih menarik, tulangnya pun rapuh tanpa sebarang bahan tambahan. Cumanya memang perlu masa yang lama untuk memasaknya. Penat tapi berbaloi. Tak sempat…

7. Daging Dendeng

Daging dendeng ni memang menu bulan puasa yang popular zaman-berzaman. Sedap dan tahan lama lauk ni, tak payah lauk lain pun takpe.

Resipi Daging dendeng 6 bahan ajee😘😘 oleh Anne Fauzi
Dendeng ni selalu jdi menu raya sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi, lemang, ketupat, dengan roti pun boleh, menu kalau travel holiday(sblm covid melanda- makan dgn nasi panas2, mmg ngam ho)siap jadi salah satu menu dalam kenduri nikah keluarga belah suami. Mcm x percayakan tapi bahan2nya ada …
Resipi 24:8:23 - Daging dendeng kering oleh Hani Shaimi
kali ke dua buat daging dendeng ni. Kali pertama buat basah-basah sikit sebab suka makan yang basah-basah ni lagi sedap bila kena dengan nasi atau nasi impit. Kali ni buat agak kering sebab nak bawa travel ke South Africa. hope yang lagi kering ni tahan lagi lama lah sikit. setakat nak makan sendiri…
Resipi Daging Dendeng oleh Nur Azliani Amer
#goldenapron2020 #minggu33 Welcome December 2020! Menu ni selalunya hari Raya je orang masak...Betul ke?🤔🤔🤔 Kalau Yani, tak perlu tunggu raya...Jika teringin, kita buat sajalah. Tak salah kan...😋, janji hajat dihati tercapai. Hari ini Yani kongsikan resipi daging dendeng cara Yani. Bahan-bahan y…

8. Homemade Serunding

Kalau selera tak berapa nak ada, atau kalau betul-betul kesuntukan masa nak buat apa-apa, serunding adalah penyelamatnya. Kalau tak kuasa nak masak atas dapur lama-lama, siapa yang ada pressure cooker atau breadmaker boleh guna tu je nak buatnya. Sedap dimakan dengan nasi, roti, ketupat, lemang, pulut atau balut dengan kulit popia.

Resipi Serunding Jawa oleh Mizzanem
#GlobalApron2024 #SerundingJawa Global Apron - Challenge 6: Menu Raya Menu kegemaran kalau beraya di rumah orang Jawa. Mesti ada serunding daging ni. Sedap dimakan bersama ketupat. Bahan-bahan; - Cili kering - Daging - Kelapa Parut - Kunyit - Lengkuas - Serai
Resipi Chicken Floss Bread Maker oleh Ika Farhanifa
Ini serunding yang saya buat minggu lalu, Hari tu saya buat lemang dan serunding ayam, lemang dah naik resipi. Serunding pula baru sempat nak taip. Lauk yang wajib ada saat puasa. Senang nak capai bila kesuntukan masa saat makan sahur. Saya buat floss ni ikut selera rasa kami yee , tapi tetap sedap.…
Resipi Serunding ikan oleh 0h Hana !!
Kisahnya dalam freezer ada la beberapa kilo lagi ikan campur... Anak pula tak gemar sangat makan ikan.. jadi buat je la serunding boleh hulur² kiri kanan


9. Ikan Awet Homemade

Ikan yang diawet seperti ikan masin, ikan bekok dan ikan pekasam memang berguna kalau dibuat stok kat dapur. Goreng macam tu dengan bawang dan cili pun sedap, boleh bertambah nasi dibuatnya. Sedap jugak dibuat masak lemak, sambal dan nasi goreng. Membuka selera betul! Buat sendiri lebih terjamin kebersihannya.

Resipi Pekasam Ikan Kelah oleh Sesimple Loralin
76/2024 (1621/2K) Hasil memperkasamkan ikan kelah peliharaan sendiri yang tak dapat diselamatkan sebab bekalan electric ke kolam terputus tempoh hari. Nampak ikan mula pening2 ikan, dah lemah macam nak timbul je masa tu..amik siap2 ikan tu, kebetulan electrician ada masalah kelewatan untuk datang ba…
Resipi Ikan Masin Home Made(salted fish) oleh Aza Aaj
#goldenapron #saturesipisatupohon #teamtree Routine setiap minggu akk dan suami akan hantar anak ke Asrama...kolej tempat anak akk belajar berdekatan dengan pasar ikan di Tanjung Karang Selangor...setiap petang ramai yang meniaga dipasar semua ikan masih fresh dan murah...akk memang jenis tak suka m…
Resipi Ike Bekok Homemade oleh Kakak Faa
#tahunbarubahanbaru Pokwie bawak balik ikan gelama, dia request faa buat ike bekok. Faa ni first time nak main dengan ikan gelama ni. Bahan baru dalam hidup faa. Pokwie cakap kalau goreng biasa tak sedap ikan gelama ni. Ok jom buat Ike Bekok homemade. Ok dia siap siang ikan, faa just buat je. Buat s…

10. Tempoyak Homemade

Bagi peminat tempoyak semestinya ia menjadi salah satu bahan wajib dalam peti sejuk. Kalau musim durian dah terlebih stok durian tu, boleh buat tempoyak je mana yang tak habis makan tu. Tempoyak ni versatile, lebur dalam lauk pun sedap, buat sambal pun sedap, lumur kat ikan sebagai pais pun sedap.

Resipi Cara buat tempoyak mudah oleh Nur Nadiah
Bila musim durian lambakan buah pasti banyak dan harga pun murah. Ni lah masanya kita buat stok tempoyak. Tempoyak lebih tahan lama jika kita simpan dalam peti ais atau freeze dan rasanya sentiasa manis dan sedap je seakan baru buat.
Resipi Tempoyak Homemade (Mottainai:Preservation) oleh Sesimple Loralin
#CookEveryPart2 #TakLebih6Bahan Awet muda betul tempoyak ni, untunglah dia kalau difrozen, boleh berbulan2 atau bertahun tahannya. Musim durian lepas, mana-mana durian yang agak2 dah tak terbagi orang atau tak terlarat nak makan, wajib lah dibuat tempoyak. Harga tempoyak di jual pun bukan murah-mura…
Resipi Tempoyak versiku oleh Hafiza Muaddah
Teringin nak masak patin tempoyak.. Tapi tempoyak tak ada. Daripada beli.. Saya buat sendiri kebetulan ada durian frozen dalam peti beku ni. Orang kata.. Nak buat tempoyak yg sedap, mesti menggunakan durian yang sedap juga. Eh, bila dah jadi...tak buat pun patin tempoyak 🙈. Cikgu buat sambal tempoy…