Di kala cuaca tak menentu ni, yang sekejap panas terik, sekejap hujan lebat, memang agak ramai yang jatuh sakit. Demam selsema lah, denggi lah, macam-macam lah lagi.

Mencegah itu semestinya lebih baik daripada merawat. Salah satu cara untuk mencegah daripada terkena penyakit ialah dengan makan bahan-bahan yang kaya dengan antioksidan. Tak payah spend duit beli supplement mahal-mahal, InsyaAllah tubuh jadi kuat untuk menangkis serangan pelbagai virus dan jangkitan.

Antioksidan berfungsi sebagai ejen pertahanan bagi sel-sel tubuh badan. Ia melindungi sel-sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan yang sangat bagus. Antara antioksidan yang boleh didapati dalam bahan-bahan semulajadi ni ialah Vitamin C, Vitamin E, selenium, beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin.

Tapi kalau dah tersakit tu takpe, jangan risau. Bahan-bahan yang kaya antioksidan ni juga boleh membantu kita pulih dengan lebih cepat. Sedap pulak tu!

Jom kita tengok 10 daripada bahan-bahan yang boleh menjadi perisai terhadap pelbagai penyakit:

  1. Madu Asli
  2. Dark Chocolate
  3. Blueberry
  4. Kale
  5. Teh Hijau
  6. Brokoli
  7. Lobak Merah
  8. Tomato
  9. Strawberry
  10. Kubis Ungu

1. Madu Asli

Madu lebah asli kaya dengan flavonoid dan polifenol yang baik untuk kesihatan jantung dan menguatkan sistem imun. Madu juga boleh dijadikan bahan pengganti gula dalam masakan untuk alternatif yang lebih sihat.

Kalau korang sakit tekak atau batuk-batuk, boleh campurkan madu asli dengan air perahan lemon sikit untuk kelegaan segera.

Resipi Bingka Labu kukus untuk simanja oleh Leeina Qaliena
Bingka labu kukus desert atau snacking yang sesuai disajikan untuk baby berumur 7 bulan keatas. Penggunaan susu segar atau santan dalam resepi bergantung kepada penerimaan baby.Jika baby tidak ada alahan pada santan boleh guna santan pada baby yg berumur 1 tahun keatas.Sekiranya baby yang ada ekzema…

2. Dark Chocolate

Dark chocolate atau coklat hitam mungkin tidak digemari ramai disebabkan rasanya yang pahit, tapi korang tau tak dalam banyak-banyak coklat, coklat pahit lah yang paling berkhasiat antara semua?

Dark chocolate kaya dengan flavonol yang bagus untuk tekanan darah, jantung dan fungsi otak. Selain daripada tu, coklat hitam juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Hitam itu menyihatkan! Pastikan kandungan koko dalam coklat hitam tu tak kurang daripada 70% untuk meraih manfaat optimum.

Resipi Puding Dark Chocolate Polkadot oleh Mawar Wilsa
#goldenapron #week7 Dari segi rupanya memang menarik. Cuma penggunaan Dark Chocolate Compound memberi sedikit rasa seperti berpasir bila dimakan.Next time boleh gantikan dengan Serbuk Koko sepenuhnya.

3. Blueberry

Kajian menunjukkan blueberry mempunyai kandungan antioksidan yang paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Buah beri biru kaya dengan antosianin, yang mengandungi kira-kira 60% daripada jumlah polifenolik, dan juga Vitamin C dan Vitamin K.

Bukan tu je, blueberry juga boleh membantu mengurangkan kerosakan DNA yang diakibatkan daripada pengoksidaan. So siapa yang nak kekal awet muda lebih lama tu boleh makan blueberry banyak-banyak!

Resipi Blueberry Oat Pancake oleh Kakak Faa
CHALLENGE 1: KIDS STUFF #GlobalApron2024 COOKPAD MAGIC PANTRY: #telur #madu #sususegar #tepunggandum #mentega Pancake gebuss gebass tekstur macam kek. Disulami rasa oat dan blueberry. Makan dengan melted butter dan madu. Memang terangkat. Senang nak buat. Anak anak pun boleh buat sendiri. Boleh juga…

4. Kale

Kale kaya dengan Vitamin C, beta karotena dan flavonol. Kalsium yang terkandung dalam satu mangkuk kale lebih mudah diserap berbanding kalsium yang terkandung dalam 1 karton susu. Vitamin C dalam kale juga 3 kali ganda tingginya berbanding sayur bayam.

Kale juga mengandungi zeaxanthin dan lutein yang bagus untuk kesihatan mata. Banyak khasiatnya sayur kale ni, walaupun orang kita tak biasa memakannya. Kalau nak tau, kale ni tergolong dalam kategori superfood yang diiktiraf oleh pakar-pakar nutrisi di seluruh dunia.

Resipi Kale juice oleh imel_recipe
#GoldenApron23 #week14 Kale ‘The Queen of green’ adalah sejenis sayur yang boleh dijadikan jus. Rasanya sedap dan berkhasiat mengandungi vitamin C, tinggi antioksida dan mineral. Jus kale juga sesuai diminum pada bila- bila masa. Boleh juga di minum untuk menurunkan berat badan😀. Campur dengan epal…

5. Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan flavonoid, catechin dan sejenis antioksidan yang dikenali sebagai Epigallocatechin Gallate (EGCG), yang dikatakan berupaya merawat dan memulihkan pelbagai masalah kesihatan. Catechin yang terdapat dalam teh hijau juga berupaya membunuh kuman dan bakteria, dan menghalang pembiakan virus.

Tapi ingat, jangan tambah susu pada teh hijau sebab susu boleh hapuskan khasiat antioksidan dalam teh hijau. Kalau nak minum, minum kosong macam tu je. Kalau nak manis tambah madu sikit.

Matcha juga sejenis teh hijau yang dikatakan mempunyai khasiat yang jauh lebih tinggi daripada teh hijau biasa, cuma cara pemprosesannya je tak sama.

Resipi Gluten-free Dairy-free Matcha Crepes oleh Nihadriz Niha
Matcha sana sini. Saya memang peminat matcha. Semua yang berasaskan matcha memang wajib cuba hehehehe. Crepe ni juga boleh dibuat mille crepe. Jom cuba! ----- Tribute untuk Mak, Azizah Abdullah yang sentiasa menyokong anaknya dalam segala bidang. 23 April 1957 - 23 January 2024

6. Brokoli

Brokoli bukan je sedap dimakan, tapi juga kaya dengan lutein, zeaxantin dan sulforaphane yang amat bagus untuk kesihatan mata. Bukan tu je, brokoli juga kaya dengan serat dan vitamin.

Tapi penting juga untuk korang tau cara memasak brokoli yang betul agar semua khasiatnya terpelihara dan tak hilang macam tu je. Cara paling bagus untuk mengekalkan nutrien brokoli ialah dengan mengukusnya. Cara memasak yang paling banyak menghilangkan nutrien brokoli ialah dengan merebusnya.

Resipi Sayur Tauhu Telur & Brokoli Cantonese (Chinese Style) oleh Sesimple Loralin
Air rebusan ayam Uchu untuk mi goreng basah sengaja disimpan sebahagian lagi untuk merebus sayuran untuk masakan ini. Sayur Cantonese : Dalam resepi ini Uchu merebus sayuran dalam air rebusan sup ayam. So tak gunakan kiub ayam. Malah selepas merebus sayuran, Uchu gunakan pula air rebusan tersebut un…

7. Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan beta karotena, lutein, zeaxantin dan Vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata. Vitamin C yang terdapat dalam lobak merah juga boleh membantu menyembuhkan sakit dan luka, dan juga menguatkan sistem imun tubuh badan.

Walaupun lobak merah tinggi khasiatnya, nak makannya kena lah berpada-pada jangan banyak sangat pulak, especially kalau korang memang dah ambik supplement vitamin A atau penghidap hipotiroidisme yang mana tubuh korang tak dapat menukarkan beta karotena kepada Vitamin A. Banyak sangat Vitamin A boleh jadi toksik pada tubuh!

Resipi Carrot Chocolate Crepe Roll oleh Nur Azliani Amer
Cabaran Cookpad #GoldenApron23 #week20, Yani memilih bahan cream cheese & carrot. Awalnya fikir-fikir nak cuba buat carrot cake yang selalunya ada topping creamcheese. Tapi idea datang last minit di hari terakhir nak submit resipi kan...maka terhasil Carrot Chocolate Crepe Roll. Jom lihat resipi ini…

8. Tomato

Likopein yang terkandung dalam tomato amat bagus untuk kesihatan jantung dan mengawal paras gula dalam darah. Tomato juga kaya dengan beta karotena, vitamin A dan vitamin C yang bagus untuk kesihatan mata dan ketahanan tubuh badan dalam menangkis serangan penyakit.

Tomato ialah salah satu bahan yang lebih elok dimasak daripada dimakan mentah. Kajian menunjukkan bahawa kandungan likopein dalam buah tomato yang dimasak selama 30 minit adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada buah tomato mentah.

Resipi 👩‍🍳Tomato Egg Stir Fry🍅 oleh Mahadiah
Telur overload tomato ceri boleh ratah begitu saja.. tak sempat jadi lauk. Inspirasi resipi Leen @airtangan_ummirizqi 🌹 #pejuang2KResipi 1763/2K

9. Strawberry

Buah stroberi bukan je sedap dimakan macam tu je, tapi penuh dengan berbagai-bagai nutrien dan kaya dengan antioksidan. Anthocyanin, flavonoid, asid ellagik acid dan polifenol yang terkandung dalam buah strawberry sangat bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Siapa nak kulit cantik boleh amalkan makan strawberry. Seeloknya strawberry dimakan mentah begitu saja, dicampurkan dalam salad atau dibuat jus untuk memelihara kandungan nutrien di dalamnya.

Resipi Strawberry Panna Cotta oleh Nor Al Fatihah
#1post1hope #goldenapron Panna cotta bermaksud ‘krim yg di masak’ & merupakan pencuci mulut yg berasal drp Itali. Sesuai di mkn pd cuaca panas & di mkn sejuk2. Rasa lemak manis & texturenya yg bergoyang/bergetar & rasa buah-buahan yg segar...boleh dipelbagaikan perisa toppingnya spt mangga, coklat &…

10. Kubis Ungu

Kubis ungu bukan je cantik dari segi warna, tapi tinggi dari segi khasiatnya juga. Kandungan antioksidannya empat kali lebih banyak daripada kubis biasa yang wanra putih atau hijau tu.

Selain daripada vitamin C, vitamin E dan karotenoid, kubis ungu juga kaya dengan antosianin dan kaempferol yang bagus untuk kesihatan jantung dan ketahanan sistem imun. Kubis ungu boleh dimakan mentah sebagai salad atau diletakkan dalam sandwich, tapi kajian menunjukkan kandungan antioksidan di dalamnya meningkat apabila direbus.

Resipi 🌮 FISH TACOS oleh Keroroyz Royz
🌮 Hola amigos, akk terai fish tacos, Mexican dish katanya, hepi meneraiiii.. arriba!! Tiberrr! 😂 #taco #tacos #fishtacos #natashaskitchen

Ada banyak lagi resipi-resipi menggunakan bahan-bahan kaya antioksidan yang boleh didapati di Cookpad seperti sayur bayam, buah delima, kacang merah, buah oren, halia, kunyit dan bawang putih. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni ni bukan je sekadar cantik pada pandangan mata, tapi juga penuh dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan kita.

Korang ada resipi-resipi yang menggunakan bahan-bahan kaya antioksidan? Jom share dengan kawan-kawan semua kat Cookpad! Jangan lupa download dulu app Cookpad kat phone korang melalui PlayStore atau AppStore.