10 Bahan Luar Biasa Di Dalam Dapur Cookpad 2024
Sepanjang tahun 2024, ada macam-macam bahan yang Cookpaders dah masak dalam dapur masing-masing.
Ada yang biasa, ada yang tak biasa, dan tak kurang jugak yang luar biasa.
Walaupun "bahan luar biasa" tu subjektif, tapi kat sini minmin persembahkan 10 bahan-bahan yang minmin rasa jarang dimasak oleh Cookpaders sebelum ni. Yang first time cuba masak dan makan, lepas tu terus jatuh cinta pun ada!
Jom kita throwback apa bahan-bahan yang luar biasa yang Cookpaders dah masak sepanjang tahun lepas!
1. Cencaluk
Sebelum minmin letak bahan ni sebagai bahan bonus untuk Global Apron 2024 (GA2024), ramai yang takut nak try sebab bau dia boleh bikin fengsan! Tapi sekali dah try haaaaa ada yang terus terjatuh hati lak, siap top up stock botol cencaluk lagi. Tak kenal maka tak cinta. Ni lah dia. Kena ada teknik yang betul nak memasaknya baru la menambah kesedapan masakan.
2. Snow Fungus
Juga dikenali sebagai cendawan putih. Kaum Cina selalu masak sup, kaum Melayu lak selalu buat laicikang. Rasa dia sangat mild dengan tekstur yang lembut. Bagus untuk kesihatan; sesiapa yang demam kalau makan sup yang ada bahan ni cepat kebah demamnya.
3. Ginseng
Masa minmin feature bahan ni sebagai salah satu bahan untuk tema Chinese Food GA2024, ramai yang konfius antara ginseng ori dengan poor man's ginseng (bukan ginseng sebenar). Lain dua tu, so jangan konfius ye kengkawan. Salah satu bahan yang juga bagus untuk kesihatan dan sering dibuat sup herba oleh kaum Cina.
4. Beras Merah
Beras ni sangat bagus untuk kesihatan sebab tinggi serat dan rendah GI. Bau dia pun tak sekuat sesetengah beras perang, dan rasa dia memang sedap especially kalau buat nasi goreng atau makan dengan sambal.
5. Red Radish
Orang kita biasa makan white radish atau daikon (ni semua gara-gara pengaruh K-drama) tapi tak ramai biasa makan red radish. Rasa dia tajam dan pepperish sikit tapi sedap dan rangup. Sesuai kalau buat salad atau kerabu tapi masak stir fry atau sup pun ngam.
6. Beras Bario
Beras ni orang Borneo biasa makan tapi agak luar biasa bagi orang Semenanjung. Beras dia pendek-pendek je dengan tekstur lembut dan agak melekit, lebih kurang macam beras sushi. Hanya ditanam di Tanah Tinggi Bario, Sarawak, tu sebab namanya beras bario.
7. Terung Asam
Terung ni pun biasa buat warga Borneo tapi agak luar biasa buat warga Semenanjung. Rupa dia macam pisang kaki, tapi rasa dia masam-masam lemak macam tu. Bagi minmin, sedap kalau bubuh dalam asam pedas atau sambal, sebab dia jadi macam pengganti asam jawa.
8. Panko
Juga dikenali sebagai serbuk roti Jepun atau Japanese breadcrumbs. Tekstur dia sangat light dan fluffy berbanding breadcrumbs biasa, sebab ia diperbuat daripada serbuk roti putih semata-mata. Instead of celup tepung apa kata cuba buat celup panko lak, memang lain level sedap dia!
9. Zucchini
Zucchini ni ramai yang confused dengan timun jepun, tapi keduanya adalah bahan berbeza. Zucchini lebih pada kategori labu, so bontot dia pun macam bontot labu jugak. Paling ngam dibakar.
10. Gochugaru
Bila dapat bahan ni sebagai salah satu bahan GA2024 Korean Food, ramai juga yang garu kepala. Gochugaru ni serbuk cili Korea yang diperbuat daripada red Korean chilli pepper, dan merupakan salah satu bahan penting dalam masakan Korea.
Sempena pembuka tirai bagi tahun 2025, #JanuaryChallenge mengajak kita mencuba banyak lagi bahan-bahan baru di dalam dapur kita. Mungkin korang ada bahan makanan yang korang dah lama nak try tapi tak try try lagi? Atau mungkin ada bahan makanan yang korang dah try kat restoran atau rumah member tapi tak pernah try masak sendiri lagi?
Ni lah masanya nak try! Lepas masak, hantar je resipi korang tu masuk challenge Tahun Baru, Bahan Baru kat Cookpad. Bukan je korang finally dapat try bahan baru, tapi kawan-kawan pun boleh tau macam mana nak masaknya, dan mungkin terpanggil juga untuk try bahan yang korang dah masak tu.
Jangan lupa download dulu app Cookpad kat PlayStore atau AppStore untuk the ultimate Cookpad experience!