Korang suka makan masakan Jepun? Atau korang tak pernah pun jamah selama ni?

Kalau korang tak pernah jamah, rugi la! Sedap tau masakan Jepun ni. Bukan tu je, kebanyakannya menggunakan bahan-bahan yang sangat healthy, bagus untuk kesihatan tubuh badan dan juga untuk yang nak jaga makan. Buktinya cuba korang tengok, jarang nak nampak orang Jepun berbadan gemuk kan? Yang selalu nampak gemuk sumo wrestlers je, tu pun sebab memang karier tu memerlukan dia orang berbadan besar.

Kalau belum cuba lagi, jom minmin perkenalkan pada 10 bahan-bahan popular yang selalu digunakan dalam masakan Jepun. Kalau korang belum berani lagi nak try masakan Jepun 100%, korang boleh je gunakan bahan-bahan ni dan ubahsuai sikit menu tu menjadi sesuatu yang lebih kena dengan tekak orang kita. Why not? Kita yang buat dia!

1. Pes Miso

Selalunya dibuat sup miso, tapi pes miso ialah sejenis bahan masakan versatil yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Sejenis seasoning yang diperbuat daripada kacang soya yang diperam bersama garam dan kulat koji, bahan ni kaya probiotik dan mempunyai rasa umami yang unik.

Resipi Miso soup oleh Azyyati Zakaria
#goldenapron #bonussoya saya dan famili suka makan sushi king and of coz miso sup adalah makanan wajib ketika berkunjung ke sushi king. Rupa-rupanya senang sahaja buat miso sup ni. Jom kita semak resepi mudah ini.

2. Sos Teriyaki

Sos ni diperbuat daripada soy sauce, mirin dan gula, jadi kalau nak try kena hati-hati ya, cari yang halal sebab mirin tu ada versi tak halal. Selalunya dibuat chicken teriyaki, tapi kalau nak guna protein selain daripada ayam atau sayur-sayuran pun boleh jugak.

Resipi Salmon Skewered Àla Yakitori oleh Yati Nordin
#resipi3bahan kali ini kite bawakan Salmon Skewered Àla Yakitori ,tidak mengunakan isi ayam atau daging yang biasa digunakan untuk Yakitori tetapi digantikan dengan isi Salmon yang terkenal dgn kebaikan dan kelazatan tersendiri tanpa perlu menggunakan pelbagai rempah atau bahan. Jadi.. ajomm lah kit…

3. Dashi

Bahan ni ialah sejenis stok perisa yang diperbuat daripada pati kombu (sejenis rumpai laut) dan bonito flakes. Biasanya digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan sup, terutamanya sup miso. Ia menyerlahkan lagi rasa umami dalam masakan.

Resipi Agedashi Tofu - 揚げ出し豆腐 oleh Kanaaneko
I remembered the delicious Agedashi Tofu which I had in a Japanese restaurant the other day, so I decided to try making it at home. 2 Tips to make it successful: - Removing the excess water from the tofu helps to keep it in shape and also prevents oil splattering. - When frying the tofu, only touch …

4. Beras Sushi

Nah, yang ni mesti kebanyakan orang kita kenal dan pernah makan kan? Juga dikenali sebagai beras sumo atau beras jepun, beras ni digunakan dalam pembuatan sushi, onigiri, dan lain-lain masakan Jepun berasaskan nasi. Masakan Korea pun banyak pakai beras jenis ni.

Resipi Squid Katsu Japanese Rice Curry 🇯🇵 oleh Kakak Faa
Fevret sangat makan nasi kari ala Jepun ni. Kebetulan Pokwie kelaut mencandat sotong. Dapat sotong besar-besar. Alhamdulillah. Selalu Japanese Rice Curry ni makan dengan Chicken Katsu, tapi faa tukar guna sotong. Memang sedap. Licin. Jom laa cuba. #cppassport

5. Udon

Diperbuat daripada tepung gandum, mee ni lebih tebal dan kenyal daripada mee yang biasa kita makan tu. Selalunya dibuat sup, tapi boleh juga dibuat stir-fry. Disebabkan mee ni gumuks, makan sikit je pun dah kenyang!

Resipi Nabeyaki udon oleh farah wahida
Saya suka sangat makan nabeyaki udon di sushi king. Jadi saya pun cubalah buat sendiri. Huhu. Tapi saya tak gunakan dashi sebab susah nak cari yang halal kat sini. Jadi saya olah sikit. Kuah udon ni pun boleh digunakan untuk makan dengan cheong fun.

6. Soba

Ni pun sejenis mee jugak, tapi berbanding dengan udon, soba ni kurus macam lidi. Diperbuat daripada buckwheat atau gandum kuda, soba ni sangatlah sesuai untuk mereka yang nak diet. Selalunya dimakan sejuk dengan sos pencicah kicap cair (cold soba), atau dibuat stir-fry (yaki soba).

Resipi Soba noodles with Soba sauce oleh hidayati chemat
Makanan jepun kegemaran anak-anak. Simple dan mudah sahaja bahan2. Yang penting cepat dan senang disediakan

7. Panko

Juga dikenali sebagai Japanese breadcrumb atau serbuk roti jepun, panko diperbuat daripada roti putih tanpa kerak yang dah dikukus terlebih dahulu sebelum dikeringkan dan dijadikan kepingan flakes. Selalunya digunakan dalam pembuatan chicken katsu, tapi kalau nak salut dengan protein lain pun best jugak, sebab tekstur dia lebih ringan dan rangup berbanding breadcrumb biasa.

Resipi Chicken Katsu🇯🇵 oleh FZ Adzlin
Bonus: Chicken Katsu ni rasanya macam makan chicken chop jugak.. Hidangan masakan rumah Jepun klasik yang dihidangkan dengan sos tonkatsu dan bahagian salad kubis yang dicincang. Tetapi kali ni Alin makan dengan salad biasa sahaja..

8. Shoyu

Kicap cair jepun ni rasa dia masam sikit daripada kicap cair yang kita biasa makan tu. Ia dihasilkan melalui proses fermentasi semulajadi menggunakan kacang soya, garam, gandum dan sejenis kulat dipanggil aspergillus. Kicap ni merupakan bahan asas dalam pelbagai jenis masakan Jepun dan juga dibuat sos pencicah.

Resipi Salmon Donburi @ Salmon Rice Bowl oleh MaRulez Arif
Donburi atau Rice Bowl meal ni memang boleh pelbagaikan apa sahaja sebagai topping. Saya suka makan salmon kalau buat rice bowl dan Shirasu atau bilis Jepun yang telah direbus. Tapi saya pernah rasa Shirasu yang rebus sahaja yang dibeli di Isetan Foodstore di KLCC. Tapi kalau terdesak sangat saya be…

9. Bonito Flakes

Juga dikenali sebagai Katsuobushi, bahan ni diperbuat daripada skipjack tuna yang disalai, dikeringkan dan diparut halus. Selalunya digunakan sebagai penambah perisa hidangan dengan rasa umaminya yang kuat. Halusnya kepingan ikan tuna ni sampai kita boleh nampak dia macam menari-nari bila diletakkan di atas makanan panas. Bonito flakes juga merupakan salah satu bahan utama dalam pembuatan dashi.

Resipi Takoyaki And Homemade Sauce たこ焼き oleh AliyaWan
takoyaki ni resipi nya sangat mudah n sangat sedap,guna bahan yg sedia ada kat rumah je, tk perlu bli tepung takoyaki siap tu... Tanpa telur plk tu...jom cuba resipi best ni #cppassport

10. Rice Vinegar

Rice vinegar atau cuka beras ni pun ada versi non-halal dan halal, jadi yang beragama Islam tu hati-hati ya kalau nak cuba bahan ni. Ia diperbuat daripada beras yang telah dimasak dan melalui proses fermentasi, dan selalunya digunakan dalam pembuatan sushi.

Resipi Japanese Spiral Sushi (Healthy Japanese Style) oleh Sesimple Loralin
Azam Cookpad 2021 No.2: Cooksnap lebih banyak dan kurangkan list sediaada dalam cookmark!🤣🤣 Sushi kali ini bukan sahaja selaras dengan azam no.2, malah selaras juga dengan azam no.1 Uchu iaitu nak banyakkan, pelbagaikan menu eat clean dan sihat. Semua orang pun tahu kan..punya lah banyak resepi be…