Ramadan dah nak tiba dah ni. Minggu depan dah start puasa dah. Seperti kita semua sedia maklum, time-time bulan puasa ni khususnya buat mak-mak kat luar sana, masa memang rasa suntuk betul. Dengan nak masak lagi, dengan nak uruskan keluarga lagi, dengan nak sediakan persiapan hari raya lagi, dengan nak kejar ibadah lagi. Rasa macam tak cukup je 24 jam tu dalam sehari.

Kebanyakan mak-mak terutamanya mak-mak yang bekerja akan buat persiapan awal kat dapur sebelum Ramadan tiba. Time nak masak, senang. Keluarkan je daripada peti sejuk, panaskan dan hidang. Tak payah nak terkejar-kejar sangat buat itu-ini.

Minggu ni kita persembahkan 10 idea prep Ramadan yang boleh memudahkan kerja korang kat dapur sempena bulan puasa esok.

  1. Homemade Serbuk Udang
  2. Homemade Pes Tomyam
  3. Kuih Frozen
  4. Homemade Pes Bakar
  5. Homemade Chilli Oil
  6. Homemade Ibu Sambal
  7. Homemade Pes Kari
  8. Homemade Pes Asam Pedas
  9. Homemade Pes Laksa
  10. Homemade Cili Boh

1. Homemade Serbuk Udang

Bila siang udang, kulit dengan kepala dia jangan dibuang. Boleh buat serbuk perisa yang sungguh sedap. Bila masak mee goreng, bihun goreng, nasi goreng atau apa-apa je lah, boleh tabur je serbuk udang ni kat atas untuk rasa yang lebih Umph!

Resipi Serbuk Pati Udang Homemade oleh Aznie Khasri
Mesti ada kan kadang-kadang kita buang kulit udang bila masak. Ok sekarang tak buang dah. Serius happy sangat bila dapat buat serbuk udang homemade ni. Wanginya memang tak leh nak cakap macam mana. Bila dah siap tadi rasa sikit. Memang sedap. Kita boleh masukkan dalam apa-apa juga masakan yang kita …

2. Homemade Pes Tomyam

Kalau ada pes tomyam ni siap-siap dalam peti sejuk memang senang betul kerja. Bila nak masak, cedok banyak mana nak guna, lebur dalam air dan tambah je la apa-apa yang kita nak, ayam ke, udang ke, sotong ke, cendawan ke. Dah jadi lauk! Selain daripada tu pes tomyam ni boleh dibuat oden atau bihun tomyam.

Resipi Pes Tomyam Homemade oleh Norashikin Rahmat
Tomyam antara menu pilihan untuk juadah bersahur atau berbuka puasa. Kita boleh sediakan pes tomyam homemade lebih awal untuk lebih mudah memasak dibulan puasa nanti. Resepi pes tomyam yang best ni akak follow @AinMemasakNo1.

3. Kuih Frozen

Selalunya kuih yang paling leceh nak buat sebab banyak steps nya. Tapi ada orang rasa tak lengkap lah pulak buka puasa kalau takde kuih. Dah buat siap-siap macam ni senang, nak makan keluarkan je daripada freezer dan goreng. Selalunya karipap dan donut yang biasanya disejuk bekukan.

Resipi Karipap frozen oleh 0h Hana !!
Antara yang selalu mendapat sambutan hangat... Anak² pun suka hari hari pun tak apa... Untuk resipi ini....biasanya 1 kg kentang untuk 1 kg tepung ...kuantiti hasilnya mengikut saiz yang dipilih

4. Homemade Pes Bakar

Menu yang paling simple tapi paling membuka selera time bulan puasa ialah bakar-bakar. Tak kira lah ikan bakar, ayam bakar atau daging bakar, kalau ada pes bakar memang sangat memudahkan kerja kat dapur. Cedok sikit dan lumurkan je, terus bakar. Dah siap satu menu.

Resipi Pes ikan bakar oleh Ziana Chesaad
Meal / Food Prep & Hack #Misi3CookRace Suka sangat En Suami jika Ziana buat menu ikan bakar, tambahan pula gunakan pes yang kita buat sendiri. Pes buat banyak² dan frozen . Senang untuk kita guna jika teringin nk makan. Amat lah sesuai jika kita buat pes ini ketika ramadhan menjelang tiba tak lama l…

5. Homemade Chilli Oil

Chilli oil ni memang bahan versatil dan merupakan salah satu bahan wajib dalam peti sejuk sebab boleh buat macam-macam dengan dia. Boleh guna untuk goreng-goreng, cicah-cicah atau penambah perisa. Nak buatnya pun bukannya susah sangat, so memang berbaloi kalau buat dan simpan sebotol dua siap-siap.

Resipi 🇨🇳 CHILI OIL (辣椒油) oleh Keroroyz Royz
Chili oil originated in southern China, specifically Chiu Chow (also known as Chaozhou) – a city in east Guangdong. Kalau biasa makan mee tarik dikedai Chinese muslim mesti familiar dengan chili oil. Sesuai makan dengan semua clear soup noodles, mee goreng, dimsum, kuetiaw thng dll. Hepi meneraiiii …

6. Homemade Ibu Sambal

Ibu sambal ni pun salah satu bahan versatil yang wajib ada dalam dapur, khususnya untuk penggemar masakan pedas yang tak boleh hidup kalau takde sambal. Kalau dah malas sangat, goreng telur dan cedok sikit sambal ni, makan dengan nasi panas-panas, pun dah nikmat sungguh dah. Ibu sambal ni pun boleh guna untuk goreng-goreng atau cicah-cicah.

Resipi Ibu Sambal oleh Nana Isya
Ibu Sambal ini Kak Long selalu buat stock. Sangat membantu mempercepatkan proses memasak. Biasanya Kak Long akan buat ibu sambal pada hujung minggu. Bila ada stock ibu sambal mudahkan Kak Long untuk mempelbagaikan jenis masakkan . Ibu sambal ini Kak Long gunakan untuk menggoreng bihun, mee, ketiow j…

7. Homemade Pes Kari

Pes kari ni memang patut ada tersimpan siap-siap dalam peti ais korang. Bila time nak masak, cedok sikit dan tambah je santan dan ikan atau ayam, atau kalau nak buat style kari kering pun boleh, nak buat kari tanpa santan guna asam jawa pun boleh. Boleh juga dibuat mee kari atau kuah untuk dicicah dengan roti jala atau lempeng.

Resipi Pes Kari Mamy Style (Seafood/Makanan Laut) oleh mamy_kitchen89
💚1322💚 🍏132/2023🍏 #pejuang2kResipi #mk89masakINDIANFOOD Pes ni khas untuk makanan laut sahaja.. kalau nak ayam daging @ sayur mamy buat lain yaa... ni ikut tekak mamy jerr campak2 gituu untuk ikan selar saiz besar 4-5ekor klau ikan tongkol/tenggiri saiz sedang

8. Homemade Pes Asam Pedas

Dengan adanya pes asam pedas ni, bila teringin nak makan asam pedas just lebur je dalam periuk, tambah air asam jawa dan protein pilihan seperti ikan atau ayam, siap! Boleh juga dibuat pes bakar-bakar atau oden, makan dengan bihun pun sedap.

Resipi Pes Asam Pedas Tumis Ikan/Ayam/Daging/Tulang/Ikan Bakar (Stok Frozen) oleh Sesimple Loralin
#FrozenApaSebelumBerpantang (3) #FamilyMealPlanning #Frozen 31/2022 Disebabkan keluarga Uchu gemarkan asam pedas, maka Uchu sediakan stok frozen ini beberapa bekas. Cukuplah untuk rolling menu sepanjang berpantang. Lagipun asam pedas mudah disediakan dan boleh dipelbagaikan lauknya selain ikan. Anak…

9. Homemade Pes Laksa

Laksa ni seperti semua sedia maklum memang renyah sikit nak buat sebab banyak benda nak sediakan. Nah, dah ada pes laksa ni, satu step dah boleh dikurangkan iaitu nak buat kuah laksa tu. Lebur je dalam periuk dengan bahan-bahan yang kita nak, siap! Nak potong bahan-bahan sampingan yang macam-macam tu boleh kerah je anak-anak buatkan.

Resipi Pes Laksa Sarawak oleh Salina Jalaludin
Day175/366/2020/Jun/23 Day104 #14harimencintaiku #PKPP Hakak pernah makan sekali Laksa Sarawak ni. Ada seorang makcik ni jual kat area Ipoh ni. Tapi sekarang dah tak de dah. Nak beli pes segera tak tahu mana nak cari. Jadi kita goggle jela resipi dan masak ikut daya kefahaman sendiri untuk merealisa…

10. Homemade Cili Boh

Dalam banyak-banyak bahan prep, bagi minmin yang ni paling penting sekali. Wajib ada dalam peti sejuk. Kalau takde ni boleh mati kutu kita dibuatnya. Semua benda boleh buat kalau ada cili boh atau pes cili ni, buat sambal tumis boleh, goreng nasi atau mee boleh, buat asam pedas boleh, eh pendek kata macam-macam lah boleh! Nak membuatnya tu memang agak leceh, sebab kena gunting cili, rebus cili semua tu, tapi once dah ada percayalah, memang memudahkan kerja di dapur.

Resipi Pes Cili Serbaguna oleh Leeina Qaliena
🍽621🍽 👩‍🍳56/2023👩‍🍳 PES Battle #PersiapanRamadan Pes cili serbaguna #PersiapanRamadan.Lebih mudah dan cepat proses memasak juadah berbuka.Jimat masa bagi ibu2 yang sibuk.macam ummi sendiri bulan ramadhan ummi akan sibuk siapkan tempahan kuih raya.Jadi agak keletihan dan masa itu sangat berharg…

Nak cari idea memasak sepanjang bulan Ramadan nanti? Install je app Cookpad secara percuma melalui Google Play atau App Store. Dengan Cookpad korang boleh belajar masak macam-macam jenis menu tak kira untuk berbuka, sahur atau moreh. Kebanyakan resepi kat Cookpad lengkap dengan sukatan bahan-bahan dan gambar-gambar serta klip video pendek di bahagian langkah-langkah so senang korang nak ikut tanpa ragu-ragu. Jom join komuniti memasak online terbesar di dunia!