Cari

10 Bahan Penyelamat Di Dapur

10 Bahan Penyelamat Di Dapur

Ramadan dah nak tiba dah ni. Minggu depan dah start puasa dah. Seperti kita semua sedia maklum, time-time bulan puasa ni khususnya buat mak-mak kat luar sana, masa memang rasa suntuk betul. Dengan nak masak lagi, dengan nak uruskan keluarga lagi, dengan nak sediakan persiapan hari raya lagi, dengan nak kejar ibadah lagi. Rasa macam tak cukup je 24 jam tu dalam sehari.

Kebanyakan mak-mak terutamanya mak-mak yang bekerja akan buat persiapan awal kat dapur sebelum Ramadan tiba. Time nak masak, senang. Keluarkan je daripada peti sejuk, panaskan dan hidang. Tak payah nak terkejar-kejar sangat buat itu-ini.

Minggu ni kita persembahkan 10 idea prep Ramadan yang boleh memudahkan kerja korang kat dapur sempena bulan puasa esok.

  1. Homemade Serbuk Udang
  2. Homemade Pes Tomyam
  3. Kuih Frozen
  4. Homemade Pes Bakar
  5. Homemade Chilli Oil
  6. Homemade Ibu Sambal
  7. Homemade Pes Kari
  8. Homemade Pes Asam Pedas
  9. Homemade Pes Laksa
  10. Homemade Cili Boh

1. Homemade Serbuk Udang

Bila siang udang, kulit dengan kepala dia jangan dibuang. Boleh buat serbuk perisa yang sungguh sedap. Bila masak mee goreng, bihun goreng, nasi goreng atau apa-apa je lah, boleh tabur je serbuk udang ni kat atas untuk rasa yang lebih Umph!

Serbuk Pati Udang Homemade
Serbuk Pati Udang Homemade📸 3kulit & kepala udang (dari 1 kg udang), bawang putih, lada sulah, sudu kecil garam

2. Homemade Pes Tomyam

Kalau ada pes tomyam ni siap-siap dalam peti sejuk memang senang betul kerja. Bila nak masak, cedok banyak mana nak guna, lebur dalam air dan tambah je la apa-apa yang kita nak, ayam ke, udang ke, sotong ke, cendawan ke. Dah jadi lauk! Selain daripada tu pes tomyam ni boleh dibuat oden atau bihun tomyam.

Pes Tomyam Homemade
Pes Tomyam Homemadebawang besar, lengkuas, serai hiris halus, cili padi merah, cili kisar

3. Kuih Frozen

Selalunya kuih yang paling leceh nak buat sebab banyak steps nya. Tapi ada orang rasa tak lengkap lah pulak buka puasa kalau takde kuih. Dah buat siap-siap macam ni senang, nak makan keluarkan je daripada freezer dan goreng. Selalunya karipap dan donut yang biasanya disejuk bekukan.

Karipap frozen
Karipap frozen📸 1kentang, biji bawang besar (dadu), bawang putih(cincang), sdb campuran jintan manis dan jintan putih, sdb serbuk rempah kari ayam /ikan

4. Homemade Pes Bakar

Menu yang paling simple tapi paling membuka selera time bulan puasa ialah bakar-bakar. Tak kira lah ikan bakar, ayam bakar atau daging bakar, kalau ada pes bakar memang sangat memudahkan kerja kat dapur. Cedok sikit dan lumurkan je, terus bakar. Dah siap satu menu.

Pes ikan bakar
Pes ikan bakarbiji cili kering, biji cili merah, inci halia, inci lengkuas, biji bawang merah

5. Homemade Chilli Oil

Chilli oil ni memang bahan versatil dan merupakan salah satu bahan wajib dalam peti sejuk sebab boleh buat macam-macam dengan dia. Boleh guna untuk goreng-goreng, cicah-cicah atau penambah perisa. Nak buatnya pun bukannya susah sangat, so memang berbaloi kalau buat dan simpan sebotol dua siap-siap.

🇨🇳 CHILI OIL (辣椒油)
🇨🇳 CHILI OIL (辣椒油)⏱ 10 minit · 📸 2chili flakes, bijan disangai, cup minyak masak, serbuk 5 spice, kulit kayu manis

6. Homemade Ibu Sambal

Ibu sambal ni pun salah satu bahan versatil yang wajib ada dalam dapur, khususnya untuk penggemar masakan pedas yang tak boleh hidup kalau takde sambal. Kalau dah malas sangat, goreng telur dan cedok sikit sambal ni, makan dengan nasi panas-panas, pun dah nikmat sungguh dah. Ibu sambal ni pun boleh guna untuk goreng-goreng atau cicah-cicah.

Ibu Sambal
Ibu Sambal⏱ 1jamcili kering, labu bawang besar, bawang putih, Air, ketul kecil gula melaka

7. Homemade Pes Kari

Pes kari ni memang patut ada tersimpan siap-siap dalam peti ais korang. Bila time nak masak, cedok sikit dan tambah je santan dan ikan atau ayam, atau kalau nak buat style kari kering pun boleh, nak buat kari tanpa santan guna asam jawa pun boleh. Boleh juga dibuat mee kari atau kuah untuk dicicah dengan roti jala atau lempeng.

Pes Kari Mamy Style (Seafood/Makanan Laut)
Pes Kari Mamy Style (Seafood/Makanan Laut)⏱ 20minitbawang merah kecil, bawang putih, halia, bawang holland(saiz kecil), bawang merah besar- hiris nipis**

8. Homemade Pes Asam Pedas

Dengan adanya pes asam pedas ni, bila teringin nak makan asam pedas just lebur je dalam periuk, tambah air asam jawa dan protein pilihan seperti ikan atau ayam, siap! Boleh juga dibuat pes bakar-bakar atau oden, makan dengan bihun pun sedap.

Pes Asam Pedas Tumis Ikan/Ayam/Daging/Tulang/Ikan Bakar (Stok Frozen)
Pes Asam Pedas Tumis Ikan/Ayam/Daging/Tulang/Ikan Bakar (Stok Frozen)inci lengkuas, inci halia, biji bawang besar merah, bawang putih, Cili kering (direbus lembut)/ cili kisar (boh)

9. Homemade Pes Laksa

Laksa ni seperti semua sedia maklum memang renyah sikit nak buat sebab banyak benda nak sediakan. Nah, dah ada pes laksa ni, satu step dah boleh dikurangkan iaitu nak buat kuah laksa tu. Lebur je dalam periuk dengan bahan-bahan yang kita nak, siap! Nak potong bahan-bahan sampingan yang macam-macam tu boleh kerah je anak-anak buatkan.

Pes Laksa Sarawak
Pes Laksa Sarawak⏱ 45minitbiji bawang merah, bawang putih, tangkai cili kering, inci lengkuas, biji buah keras

10. Homemade Cili Boh

Dalam banyak-banyak bahan prep, bagi minmin yang ni paling penting sekali. Wajib ada dalam peti sejuk. Kalau takde ni boleh mati kutu kita dibuatnya. Semua benda boleh buat kalau ada cili boh atau pes cili ni, buat sambal tumis boleh, goreng nasi atau mee boleh, buat asam pedas boleh, eh pendek kata macam-macam lah boleh! Nak membuatnya tu memang agak leceh, sebab kena gunting cili, rebus cili semua tu, tapi once dah ada percayalah, memang memudahkan kerja di dapur.

Pes Cili Serbaguna
Pes Cili Serbaguna⏱ 1 jamcili kering kerinting halus, cili kering besar, air untuk kisar

Nak cari idea memasak sepanjang bulan Ramadan nanti? Install je app Cookpad secara percuma melalui Google Play atau App Store. Dengan Cookpad korang boleh belajar masak macam-macam jenis menu tak kira untuk berbuka, sahur atau moreh. Kebanyakan resepi kat Cookpad lengkap dengan sukatan bahan-bahan dan gambar-gambar serta klip video pendek di bahagian langkah-langkah so senang korang nak ikut tanpa ragu-ragu. Jom join komuniti memasak online terbesar di dunia!