10 Bahan Popular Pilihan Vegetarian

Ada di antara kita yang memilih untuk makan bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan je. Mereka ini digelar "vegetarian".

Ada beberapa sebab kenapa mereka memilih pemakanan sebegini. Antara sebab-sebab tersebut ialah kerohanian, agama, etika, kelestarian alam sekitar, kesihatan dan banyak lagi.

Manfaat diet vegetarian

Tak dinafikan, vegetarian diet ni sebenarnya bagus untuk tubuh badan, walaupun hanya diamalkan sekali-sekala contohnya seminggu dalam sebulan. Ia membantu membersihkan darah dan merehatkan sistem pencernaan daripada berterusan memproses bahan makanan yang berat-berat seperti daging merah.

Ia juga rendah kolestrol dan lemak tepu. Untuk yang nak kurangkan berat badan tu, elok sangatlah amalkan vegetarian diet ni. Cepat turunnya kilogram berlebihan tu. Untuk yang ada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis juga elok amalkan.

Beza antara vegetarian dan vegan

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa bezanya vegetarian dengan vegan? Sama ke?

Jawapannya tak sama.

Vegetarian hanya tidak makan isi atau daging haiwan, tapi tetap boleh makan bahan-bahan yang dihasilkan oleh haiwan seperti madu, telur dan produk tenusu iaitu keju, yoghurt dan susu.

Vegetarian terbahagi kepada tiga jenis:

  1. Lakto-ovo vegetarian: tak makan isi / daging haiwan, tapi makan telur dan produk tenusu
  2. Lakto vegetarian: tak makan isi / daging haiwan dan telur, tapi makan produk tenusu
  3. Ovo vegetarian: tak makan isi / daging jaiwan dan produk tenusu, tapi makan telur

Vegan tidak makan isi atau daging haiwan dan juga bahan-bahan yang dihasilkan oleh haiwan. Diet vegan lebih strict daripada vegetarian; vegan sama sekali tak makan sebarang bahan berunsurkan haiwan.

Nutrisi untuk vegetarian

Memandangkan vegetarian tak dapat protein dan zat besi daripada daging haiwan, amat penting untuk mereka pastikan yang mereka mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian.

Diet yang seimbang tetap harus dititik beratkan walaupun bagi vegetarian. Kalau tak cukup zat dan nutrisi yang diperlukan tubuh badan, buruk kesannya nanti.

Berikut ialah bahan-bahan nutrisi tinggi yang digemari vegetarian:

  1. Ubi kentang
  2. Terung
  3. Tauhu
  4. Tempe
  5. Pisang
  6. Oat
  7. Ubi Keledek
  8. Cendawan
  9. Kacang Dhal
  10. Kacang Kuda

1. Ubi Kentang

Kentang kaya dengan potassium, zat besi, kalsium, vitamin dan mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding hasil tumbuhan yang lain. Kentang juga merupakan antara alternatif nasi terbaik yang mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

Resipi ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸณKumpir - Turkish Style Baked Potatoes ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท oleh Mahadiah
Kumpir - kentang panggang gaya Turki yang disumbat dengan mentega bawang putih dan keju dan dicampur sehingga bahagian tengahnya licin dan berkrim, kemudian dibungkus dengan topping. Di Turki, makanan jalanan ruji ini disediakan dengan ubi kentang panggang keseluruhan yang dipotong di tengah-tengah โ€ฆ

2. Terung

Terung mempunyai kandungan nutrien, mineral dan zat yang tinggi. Setiap 100g terung mentah mengandungi 0.98g protein, 9mg kalsium, 14mg magnesium an 229mg potassium. Ia juga kaya dengan antioksidan terutamanya anthocyanins yang mampu melawan pelbagai radikal bebas dalam tubuh badan.

Resipi Terung Bakar Air Asam oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day โ˜”๏ธ Hujan-hujan macam ni pekena lagi dengan menu simple macam ni, tak payah tambah banyak menu lagi, cukup sekadar ada ikan goreng dan nasi panas, perghhh!!! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ Memang tak toleh kiri kanan lagi dah. ๐Ÿ˜… #GlobalApron2024 Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :- โ€ฆ

3. Tauhu

Diperbuat daripada kacang soya, tauhu merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi lapan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Tauhu juga ialah sumber zat besi, kalsium dan mineral yang bagus, dan protein soya juga dipercayai membantu mengurangkan paras kolestrol tepu (LDL) dalam tubuh.

Resipi Tauhu Bakar Sumbat oleh mamy_kitchen89
๐Ÿ’š1819๐Ÿ’š ๐Ÿ’š328/2024๐Ÿ’š #GlobalApron2024 Challenge 17 : SUKA HATI #Tauhu โœ… #Taugeh โœ… Mamy xmkn taugeh lagi buat masa nii..๐Ÿ˜Œ Anak2 pn xmkn tauhu๐Ÿ˜‘ Sasaran bapaknya habiskan nanti ๐Ÿคฃ nak masak apa2 kena mark sasaran๐Ÿคช

4. Tempe

Bahan yang diperbuat daripada kacang soya yang melalui proses fermentasi ini kaya dengan protein, mineral, vitamin B dan juga probiotik yang mampu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Tempe juga mengandungi sembilan asid amino penting.

Resipi Tempe Celup Tepung Rangup oleh Leeina Qaliena
๐ŸŒน59/2024๐ŸŒน ๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ767/1K๐Ÿง‘โ€๐Ÿณ โœ”๏ธGlobal Apron 2024 Challenge 10: Kudapan #GlobalApron2024 #Challenge10 #Kudapan Belum pernah cuba tempe digoreng celup tepung begini.Rupanya tersangatlah sedapnya tempe Celup tepung goreng rangup dibuat kudapan .Bertambah sedap dicicah dengan sambal kicap.Jomlah cuba. Cโ€ฆ

5. Pisang

Pisang kaya dengan potassium, vitamin B dan C, magnesium, zat besi dan kalsium. Kandungan zat besinya yang tinggi mampu mengelakkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Pisang juga bagus untuk sistem pencernaan.

Resipi Pancake Pisang oleh Nor Al Fatihah
#GlobalApron2024 #KidsStuff Pancake Pisang ni saya buat untuk sarapan anak2 saya.. Rasanya yg sedap, lembut, terasa pisangnya.. anak2 suka & berselera makan.. Satu adunan saya dapat 8 biji pancake sebab saya buat besar2..kalau saiz kecik dapat dalam 15 biji..

6. Oat

Kandungan serat, mineral dan vitamin dalam oat adalah sangat tinggi. Sifatnya yang bebas gluten juga menjadikannya alternatif gandum yang sangat bagus. Beta glucan yang terdapat di dalam oat juga mampu menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah. Sesuai untuk yang nak turunkan berat badan.

Resipi Gluten-free Mixed Berries Oatmeal Muffins (Sukatan Cawan) oleh Nihadriz Niha
Panjang nama nak bagi ni hahahahahahaha. Lama betul nak buat berries muffins ni. Beli berries dah 2 minggu dalam freezer, tapi busy yang amat. Jadi tertangguh hasrat di hati. Maka kita tunaikan hasrat supaya tak kempunan ๐Ÿ˜† Oat (2 point) Santan Telur Tepung beras Tepung jagung Tepung ubi 2 points #Gโ€ฆ

7. Ubi Keledek

Seperti oat, ubi keledek juga dikatakan bahan alternatif yang sesuai dimakan oleh mereka yang nak turunkan berat badan. Kaya dengan mineral, beta karotena, vitamin dan nutrien, ubi keledek juga mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

Resipi Nugget Ubi Keledek oleh FZ Adzlin
Global Apron 2024 Challenge 10 : Kudapan #GlobalApron2024 #Ubikeledek (2P) #Tepungubi (1P) Total 3Pโœ…

8. Cendawan

Cendawan mempunyai kandungan zat besi, mineral, vitamin dan antioksidan yang tinggi. Vitamin D yang terkandung di dalam cendawan membantu memberikan tenaga, membina dan mengekalkan tulang yang sihat, dan memudahkan penyerapan vitamin dan mineral yang lain.

Resipi Mushroom Pakora oleh shazrina
Global Apron 2024 Challenge 8: Potluck Suka makan pakora sejak berkawan dengan pakistan di tempat kerja. Kitorang memang selalu bawa bekal dan shareยฒ makanan. Kebanyakan makanan yang dia masak memang kena dengan tekak sya๐Ÿ˜‹ - Dhal (2p) - Cendawan (1p) - Ikan Bilis (2p) #GlobalApron2024

9. Kacang Dhal

Kandungan kalsium yang terdapat di dalam kacang dhal dikatakan setanding dengan kandungan kalsium yang terdapat di dalam yoghurt. Kacang dhal juga kaya dengan protein dan mineral, dan mampu mengatasi masalah sembelit selain mengekalkan sistem percernaan yang sihat.

Resipi Kuih Vadei ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ oleh Kakak Faa
Fevret sangat Vadei/Vada. Makan panas panas. Fuhhh. Padu! #cppassport

10. Kacang Kuda

Kacang kuda kaya dengan vitamin, serat, protein, mineral dan zat besi. Ia mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Kandungan zat besinya yang tinggi juga bagus untuk mengatasi masalah anemia. Ia juga bebas gluten dan sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan.

Resipi Falafel oleh ha.lim39
#cppassport : Falafel ialah makanan popular di Timur Tengah termasuk Yemen. Dibuat menggunakan Kacang Arab/Kacang Kuda yang dikisar bersama tambahan rempah-ratus dan bahan lain.Ia kemudian dipadatkan ( menggunakan acuan khas) dalam bentuk bulat leper dan digoreng dalam minyak panas. Biasanya diletakโ€ฆ

Terfikir nak start diet vegetarian sekali-sekala untuk kesihatan? Boleh ushar Cookpad, kat situ ada banyak resipi vegetarian yang korang boleh cuba. Semuanya sedap-sedap! Tapi jangan lupa download app Cookpad dulu kat PlayStore atau AppStore!