10 Bahan Pretty in Pink
Berapa kerap korang buat pemeriksaan payudara sendiri di rumah?
Setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Tak pernah langsung?
Korang tau tak jenis kanser yang paling lazim di kalangan wanita di Malaysia ialah kanser payudara, iaitu sebanyak 32.9%?
Jumlah kematian akibat kanser payudara juga meningkat tahun demi tahun. Pada tahun 2012, seramai 2,572 wanita terkorban. Pada tahun 2020, bilangannya meningkat ke 3,503. Tahun 2024 pulak? Dah tentu lebih ramai lagi.
Lelaki pun boleh kena juga ye kanser payudara ni, bukan wanita je.
Pemeriksaan kendiri yang kerap dapat mengesan penyakit ni dengan lebih awal. Jika ia dapat dikesan di tahap awal, peluang untuk sembuh juga lebih tinggi.
Tapi sedihnya ramai yang ambil mudah je tentang kepentingan pemeriksaan kendiri ni. Akibatnya, bila lambat bertindak, penyakit pun makin melarat.
Sel kanser ni mudah dan cepat merebak ye korang, sekarang ni memang dah banyak sangat kes kanser yang kita dengar. Sekarang ni, setiap sorang daripada kita mesti kenal somebody yang menghidap kanser, sama ada dah sembuh, masih berjuang atau dah tewas dalam perjuangan.
Bulan Oktober ialah bulan Kesedaran Kanser Payudara (Breast Cancer Awareness). Jom start buat pemeriksaan kendiri bulan ni! Better late than never!
Dalam pada tu, jom masak dan makan bahan-bahan berwarna pink yang bukan je cantik dipandang, tapi kaya dengan khasiatnya yang tersendiri!
1. Bunga Kantan
Lebih daripada sekadar penyedap hidangan, bunga kantan bersifat anti-radang, anti-toksin, anti-bakteria dan anti-oksidan. Jumlah anthocyanin yang banyak terkandung di dalamnya juga bertindak sebagai anti-tumor dan sangat membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
2. Buah Naga
Buah naga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Sesiapa yang mengalami masalah sembelit elok amalkan makan buah naga ni. Buah naga yang berwarna merah lebih tinggi khasiatnya kerana ia bersifat anti-oksidan dan kaya dengan zat besi.
3. Bayam Merah
Bayam merah juga kaya dengan serat, mineral dan vitamin, terutama sekali Vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan zat besi dan membantu untuk menambahkan darah.
4. Jambu Air
Jambu air kaya dengan serat dan vitamin, dan juga bersifat anti-oksidan yang dikatakan bagus untuk sistem imun tubuh dan membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser.
5. Epal Merah
Epal merah berwarna pink seperti epal Fuji atau Pink Lady bukan je cantik dari segi rupa tapi juga kaya dengan serat dan pelbagai jenis vitamin yang bagus untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ia juga bersifat anti-radang dan anti-oksidan.
6. Ubi Bit
Ubi bit rendah kalori tapi tinggi kandungan nutriennya. Bersifat anti-radang dan anti-oksidan, ia kaya dengan zat besi dan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga dikatakan bagus untuk kesihatan jantung yang optimum.
7. Strawberry
Buah strawberry kaya dengan pelbagai vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan seperti Vitamin A, C, E, K dan B6, dan juga mineral seperti magnesium dan kalium. Ia juga dikatakan berupaya meningkatkan fungsi otak.
8. Salmon
Ikan salmon bukan je sedap dimasak, tapi juga merupakan sumber Omega-3 yang bagus, yang berupaya meningkatkan sistem imun tubuh badan dan menangkis serangan radikal bebas. Ia juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi dan juga kaya dengan potassium dan selenium yang bagus untuk kesihatan jantung.
9. Grapefruit
Buah sitrus ni mungkin agak sukar didapati di negara kita, tapi khasiatnya sangat tinggi. Grapefruit atau limau gedang kaya dengan serat, mineral dan vitamin terutama sekali Vitamin C yang bagus untuk daya ketahanan tubuh badan. Ia juga bersifat anti-radang dan anti-oksidan, dan boleh membantu menurunkan berat badan berlebihan.
10. Garam Himalaya
Garam himalaya berasal dari kawasan pergunungan Himalaya, di mana namanya diperolehi. Kandungan mineralnya seperti kalium, kalsium, magnesium dan zat besi lebih tinggi berbanding garam biasa, dan harganya pun tak lah terlalu mahal jika dibandingkan dengan garam biasa. Tapi awas! Walaupun garam himalaya lebih berkhasiat, korang still kena kawal penggunaan garam dalam pemakanan korang. Less is more!
So jom korang kita amalkan pemakanan sihat dan pada masa yang sama tak lupa buat pemeriksaan kendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali! Lagi bagus kalau korang boleh buat ujian mammogram sekurang-kurangnya sekali setahun di hospital sebab kadang-kadang benda ni susah nak detect. Ingat, mencegah itu jauh lebih bagus daripada merawat! Bukan lama pun nak check, dalam 10 minit je tiap minggu. Stay healthy korang!