Tempe. Semua orang tau tapi tak semua orang suka. Minmin dulu pun tak suka makan, tapi bila arwah mak dah buat sambal goreng, baru la timbul minat dia tu.

Bahan makanan tradisi Jawa ni tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya, menjadikannya bahan makanan bernutrien tinggi yang kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan. Selain daripada itu, tempe juga merupakan sumber probiotik yang sangat bagus untuk kesihatan sistem pencernaan dan usus.

Tempe ni bukan sedap dibuat sambal goreng je. Ada bermacam-macam cara memasak tempe menjadi satu sajian yang sedap tak terhingga. Jom tengok 10 menu tempe yang sedap mantap!

1. Sambal Tempe

Tempe kalau dibuat sambal memang berhantu. Boleh bertambah nasi dibuatnya! Lebih-lebih lagi kalau dibuat sambal garing dengan ikan bilis. Boleh tahan lama kalau dibuat cara begini tapi selalunya tak boleh bertahan lama dalam dapur sebab asyik kena cedok!

Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis oleh Nor Hassan
Hari nie kalut pergi cari tempe semata-mata nak masak resepi sambal tempe ikan bilis. Tinggal separuh jalan kerja lain. Alhamdulillah, jumpa tempe kat kedai Aceh. Lega. Resepi nie senang sangat cuma rumit sebab kena goreng asing tempe dan ikan bilis dulu. Selamat mencuba #goldenapron #bonussoya

2. Tempe Crispy

Selain dibuat lauk, tempe dicelup tepung dan digoreng rangup sebagai kudapan sihat pun sedap. Tempe crispy ni budak-budak pun suka, apatah lagi cicah dengan sambal kicap.

Resipi Tempe Goreng Rangup oleh Julia ALeen Aireish
#jekferlailertilljannah #goldenapron2020 Tak pandai makan tempe.. Tapi kalau buat macam ni laku keras😋😁 Suka tak.. Suka tak... ☺️ Menyenangkan lagi si Jekfer di dapur.. pantas, mudah, cepat, sedap pula tu confirm repeat.. Lailer mesti suka giler dengan kejutan Jekfer kali ni.. Go Jekfer.. you can …

3. Tempe Masak Lemak

Orang kita pun selalu suka lebur je tempe ni dalam masak lemak sebagai protein utama atau protein tambahan. Memang sedap dan yang penting mengenyangkan!

Resipi Gulai Lemak Pucuk Paku Dengan Tempe oleh Salina Jalaludin
256/2022/RoadtoWorldRecipes/1374 Inspirasi resipi daripada @henny205. Biasanya pucuk paku ni digabungkan dengan udang, ikan bilis je. Kali ni digabungkan dengan tempe. Suatu kombinasi yang menarik dan sedap. Disuaipadan pulak dengan nasi putih, ikan goreng & sambal belacan. Fuhhh...sedap sangat ehh …

4. Wanpaku Tempe

Tempe merupakan sumber protein yang bagus, oleh itu sesuai dijadikan sandwich bagi menggantikan daging atau ayam. Sesuai untuk vegetarian, vegan dan yang nak diet. Sihat tapi syiok!

Resipi Wanpaku crispy tempe oleh Narimah Othman
#wanpaku #goldenapron #minggu 17 Crispy tempe ni enak dimakan panas2. Alang2 goreng tempe, kita Jadikan wanpaku sandwich, sihat dan sedap.

5. Tempe Tumis

Yang paling senang, tumis je tempe dalam kuali dengan bahan-bahan lain untuk hidangan stir-fry yang cepat dan enak! Tak payah lama sangat masaknya. Tak sampai 5 minit dah siap!

Resipi Kacang Panjang & Tempe Tumis Simple oleh Sesimple Loralin
285/2024 (1838/2K) Simply sedap dimakan dengan nasi atau begitu sahaja..alhamdulillah..

6. Tempe Bacem

Hidangan tradisi Jawa ni ialah tempe yang diperap dengan rempah-ratus dan gula merah lalu digoreng. Boleh makan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Kalau nakkan kelainan boleh cuba resipi ni.

Resipi Tempe Bacem Jawa ORI oleh Ira Yussof
Ira ni berketurunan Jawa, belah mama. Jadi, Ira memang dah biasa dengan masakan bertemakan budaya Jawa. Bersempena dengan contest terbaru Cookpad #goldenapron2020, memang sesuai sangatlah dengan hasrat Ira untuk memperkenalkan masakan Jawa pada awak semua. InshaaAllah resipi Ira kongsi ini mudah je …

7. Tempe Kuah Lodeh

Tempe ialah salah satu bahan utama dalam kuah lodeh, lazimnya dimakan dengan lontong. Time Hari Raya, ni lah salah satu menu yang popular.

Resipi Lontong kuah lodeh oleh Lily Suryani Mohd Ali
#lontong Sebelum ni bila saya buat lontong ,saya cuma rebus nasi impit segera saja.ianya mudah dan cepat.tiba tiba saya teringat pula cara buat lontong yg diajar oleh pelangan Indonesia yang sentiasa makan dikedai arwah mak mertua saya.dia ajarkan cara membuat lontong guna daun pisang.katanya lebih …

8. Nugget Tempe

Tempe pun boleh dibuat nugget. Ni pun salah satu menu yang budak-budak sure suka, terutama sekali kalau bubuh sekali cheese. Confirm licin!

Resipi Tempe Nuggets Mozzarella oleh Jeehan Kitchen
Sedap yakmat kaya nutrient bahannya pun senang di carik 😁

9. Tempe Mendoan

Mendoan ni ialah tempe goreng tepung Jawa style. Menu ni satu level up sikit daripada tempe goreng tepung biasa tu sebab bubuh rempah ratus dengan daun sup atau daun bawang.

Resipi 🇮🇩 Mendoan / Tempe Goreng Tepung oleh Ika Farhanifa
Tempe goreng ini di Indonesia wilayah Jawa Tengah di sebut Mendoan. Jenis kudapan gurih di makan sewaktu masih panas panas atau hangat. Boleh guna cili padi hidup atau pun sambal kecap. Banyak di jual di gerai tepi jalan atau kedai makan. Mendoan sebenarnya di goreng setengah masak , jadi agak lembu…

10. Tempe Balado

Masak balado ni salah satu resipi Minang yang agak popular kat sini. Berbeza dengan sambal, cilinya ditumbuk kasar dan dicampur dengan bahan kisar yang ditumis terlebih dahulu. Untuk penggemar masakan pedas, yang ni memang ngam!

Resipi Tempe tahu berlada oleh 0h Hana !!
Kalau tengok mukbang indonesia boleh terliur dengan makanan² yang super pedas... Anak kata....ibuuuu pedasnyerrrr ..🤭🤭

Korang suka makan tempe? Hidangan yang mana fevret korang? Kat Cookpad Malaysia ada beratus-ratus resipi tempe yang korang boleh cuba, semuanya senang diikuti dengan gambar-gambar panduan di setiap langkah. Tapi jangan lupa install dulu app Cookpad kat phone korang!