10 Cara Menikmati Tempe
Tempe. Semua orang tau tapi tak semua orang suka. Minmin dulu pun tak suka makan, tapi bila arwah mak dah buat sambal goreng, baru la timbul minat dia tu.
Bahan makanan tradisi Jawa ni tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya, menjadikannya bahan makanan bernutrien tinggi yang kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan. Selain daripada itu, tempe juga merupakan sumber probiotik yang sangat bagus untuk kesihatan sistem pencernaan dan usus.
Tempe ni bukan sedap dibuat sambal goreng je. Ada bermacam-macam cara memasak tempe menjadi satu sajian yang sedap tak terhingga. Jom tengok 10 menu tempe yang sedap mantap!
1. Sambal Tempe
Tempe kalau dibuat sambal memang berhantu. Boleh bertambah nasi dibuatnya! Lebih-lebih lagi kalau dibuat sambal garing dengan ikan bilis. Boleh tahan lama kalau dibuat cara begini tapi selalunya tak boleh bertahan lama dalam dapur sebab asyik kena cedok!
2. Tempe Crispy
Selain dibuat lauk, tempe dicelup tepung dan digoreng rangup sebagai kudapan sihat pun sedap. Tempe crispy ni budak-budak pun suka, apatah lagi cicah dengan sambal kicap.
3. Tempe Masak Lemak
Orang kita pun selalu suka lebur je tempe ni dalam masak lemak sebagai protein utama atau protein tambahan. Memang sedap dan yang penting mengenyangkan!
4. Wanpaku Tempe
Tempe merupakan sumber protein yang bagus, oleh itu sesuai dijadikan sandwich bagi menggantikan daging atau ayam. Sesuai untuk vegetarian, vegan dan yang nak diet. Sihat tapi syiok!
5. Tempe Tumis
Yang paling senang, tumis je tempe dalam kuali dengan bahan-bahan lain untuk hidangan stir-fry yang cepat dan enak! Tak payah lama sangat masaknya. Tak sampai 5 minit dah siap!
6. Tempe Bacem
Hidangan tradisi Jawa ni ialah tempe yang diperap dengan rempah-ratus dan gula merah lalu digoreng. Boleh makan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Kalau nakkan kelainan boleh cuba resipi ni.
7. Tempe Kuah Lodeh
Tempe ialah salah satu bahan utama dalam kuah lodeh, lazimnya dimakan dengan lontong. Time Hari Raya, ni lah salah satu menu yang popular.
8. Nugget Tempe
Tempe pun boleh dibuat nugget. Ni pun salah satu menu yang budak-budak sure suka, terutama sekali kalau bubuh sekali cheese. Confirm licin!
9. Tempe Mendoan
Mendoan ni ialah tempe goreng tepung Jawa style. Menu ni satu level up sikit daripada tempe goreng tepung biasa tu sebab bubuh rempah ratus dengan daun sup atau daun bawang.
10. Tempe Balado
Masak balado ni salah satu resipi Minang yang agak popular kat sini. Berbeza dengan sambal, cilinya ditumbuk kasar dan dicampur dengan bahan kisar yang ditumis terlebih dahulu. Untuk penggemar masakan pedas, yang ni memang ngam!
Korang suka makan tempe? Hidangan yang mana fevret korang? Kat Cookpad Malaysia ada beratus-ratus resipi tempe yang korang boleh cuba, semuanya senang diikuti dengan gambar-gambar panduan di setiap langkah. Tapi jangan lupa install dulu app Cookpad kat phone korang!