Siapa tak suka dessert? Tak kira lah aiskrim ke, kek ke, puding ke – offer je kat sesiapa, jarang ada yang menolaknya.

Bagi sesetengah orang, dessert atau pencuci mulut ni wajib lepas makan tengah hari atau makan malam. Lepas nikmati hidangan savoury, kita layan hidangan manis pulak, baru lah balanced katanya.

Kat Cookpad ada bermacam jenis resipi dessert mudah yang korang mesti cuba buat sendiri sebab senang sangat nak buatnya! Tak guna banyak bahan, tak ambik banyak masa.

10 Resipi Dessert Mudah & Sedap

Kat sini minmin dah pilih 10 resipi dessert simple dan sedap untuk korang try. Bukan ke lagi puas hati dan jimat kalau buat sendiri?

1. Aiskrim McFlurry

Teringin nak makan aiskrim McFlurry McD? Buat sendiri lebih jimat dan puas hati - guna 2 bahan je! Boleh pelbagaikan flavour ikut citarasa lagi!

Resipi Aiskrim Mcflurry Simple (2 Bahan) oleh natasha
craving nak makan aiskrim oreo mcflurry tapi rasa macam overprice pun ada aiskrim tu jadi nya saya pun cari lah resepi aiskrim paling mudah untuk dibuat (sebab saya malas haha) dan cukup apa yang ada dengan barang kat dapur je 😂 so setakat ni, ini yang paling simple sy pernah jumpa, dan rasa dia me…

2. Burnt Cheesecake Air Fryer

Tak ada oven? Tak ada masalah! Burnt cheesecake viral ni dibuat menggunakan air fryer je. Mudah dan confirm jadi!

Resipi Burnt Cheese Cake Anti Gagal (Guna Air Fryer) oleh Noor Atika Mahamood
Ni first time ibu buat, alhamdulillah menjadi. Resipi dari kak @Sirap_Cheese senang rupanya nak buat. Kak Aznie sangat-sangat membantu, apa je soalan yang ibu tanya pasti dijawab. Tu yang membuatkan ibu jadi semangat nak buat kek ni, walaupun sibuk sangat hari ni dari pagi sampai ke petang rushing a…

3. Cheesekut

Resipi cheesekut viral yang bukan je sedap tapi juga senang dibuat dan tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk. Lemak, berkrim dan tak perlu bakar!

Resipi Cheesekut oleh Cikgu Faez
sesiapa yg minat cheese boleh la try resipi ni... simple je... x perlu bakar... boleh makan ulang2 sbb tahan lama bila simpan dalam peti sejuk... 🧀 #goldenapron2020

4. Puding Kotak

Resipi puding susu kotak viral yang sangat simple dan tak menggunakan banyak bahan. Buat satu tak cukup!

Resipi Puding Brownies (Puding Susu Kotak Viral) oleh Q’leenalee’s Kitchen
Puding susu kotak viral yang sangat mudah disediakan dan bahan pun tak banyak. Saya guna susu Omega Plus Dark Choclate Sebab susu kotak omega plus ni memang banyak stok dirumah.Saya campur sedikit susu kotak full cream. Ya ampun sedap sangat... Sekejap je dah dikorbankan en. Somi dan anak... Pasti l…

5. Puding Karamel Tanpa Telur

Bagi yang kurang gemar bau telur dalam puding karamel, ni ada versi tanpa telur dengan tambahan air pandan untuk rasa yang lebih terangkat!

Resipi Puding Caramel Pandan Tanpa Telur oleh Anur Musa
Puding karamel ne Ada byk versi....Ada yg guna telur Ada yg tak guna telur..Dan Kita boleh berbagaikan..nak bbuh coklat ,pandan atau asli...Yg ini sy recook resepi Aznie tapi sy tukar ke perisa panda n. #3C

6. Pai Epal Roti

Pai epal yang sedap dan simple tanpa puff pastri - hanya guna roti slice putih je sebagai kulit pai! Rangup di luar, lembut di dalam!

Resipi Pai Epal Roti oleh Nor Al Fatihah
#GlobalApron2024 #Picnic #EpalhijauRotisliceTelur Pai epal yang mudah & sedap, sesuai di bawa picnic. Sebelum ni saya pernah buat menggunakan puff pastri & doh gandum. Kali ni saya buat menggunakan roti slice..lagipun roti dah expired hari ni..jadi saya terus buat. Rangup di luar, lembut di dalam..

7. Puding Cendol

Puding yang bukan je cantik rupanya tapi sedap dan senang nak membuatnya! Gabungan cendol dan kacang merah memberikan rasa yang sangat unik.

Resipi Puding Cendol (R343) oleh Zahrah Buang
#25kCooksnapMarathon 📸 Puding Cendol ini inspirasi Ariey Rieyn @Ariey93 yang cantik dan enak rasanya. Terima kasih memberi idea untuk saya membuat sendiri makanan kegemaran saya ini. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan resipi yg mudah ini.

8. Bubur Som Som

Kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman dan mudah disediakan. Rasanya yang lemak berkrim boleh bikin ketagih!

Resipi 👩‍🍳Bubur Som Som oleh Mahadiah
Inspirasi Merdeka🇲🇾 Bubur sum-sum sejenis kuih tradisional Melayu🇲🇾yang diperbuat daripada tepung beras, santan, garam, dan daun pandan yang disajikan bersama kuah gula Melaka cair . Kuih ini sering dimakan pada waktu sarapan atau petang dan sesuai untuk dijual di bazar Ramadan kerana mudah dise…

9. Puding Mangga

Resipi yang ringkas dan tak guna banyak bahan ni sangat menyegarkan bila dinikmati ketika cuaca panas terik, apatah lagi bila guna mangga fresh.

Resipi Puding Mangga oleh ha.lim39
#62/692/2025 #CookpadApron2025 #CA2025 #30 #Week8 : Pagi-pagi lagi dah masuk dapur buat Puding Mangga ni,sejukkan dalam peti sejuk dahulu, petang ni dah boleh makan.Tak guna banyak bahan pun,resipi ringkas,mudah,in sya Allah sedap.Alhamdulillah. : Magic Cart: 3) Mangga 4) Santan

10. Aiskrim Goreng

Siapa sangka resipi yang pernah viral satu ketika dulu hanya menggunakan 2 bahan je! Boleh guna sebarang jenis roti slice yang korang suka!

Resipi Aiskrim Goreng (Fried Ice Cream) oleh Sesimple Loralin
169/2025 (2156/2500) Alhamdulillah..dah beberapa hari anak duk mintak nak makan aiskrim goreng. Baru2 ni, angkut lah 2 bungkus roti dan 2 bekas aiskrim ke kebun sebab tidur sana. Sibuk itu ini, tak sempat2 jugak nak buatkan. Bawak balik semula roti dan aiskrim ke rumah. 😂 isnin baru buat, Selasa ba…

Kongsi Resipi Dessert Mudah Versi Anda!

Korang ada resipi dessert yang sedap dan senang dibuat? Jom share dengan kawan-kawan semua kat Cookpad! Tapi pastikan korang download apps Cookpad dulu di PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih memuaskan!

Lain-lain Blog Artikel Yang Anda Mungkin Suka

Korang dah baca blog artikel kami yang lain berkenaan dessert? Kalau belum, klik je kat bawah ni:

10 Resipi Tiramisu Terlajak Sedap!
Viral betul dessert yang satu ni ye sekarang ni. Merata orang dok cari. Ada yangsanggup beratur tunggu café bukak pagi-pagi, ada yang sanggup bayar semahal RM40sebekas, hanya untuk seketul dessert bernama tiramisu. Tiramisu [https://cookpad.com/my/search/tiramisu] ni ialah sejenis no-bakedessert…
10 Resipi Kuih-Muih Tradisi Untuk Berbuka Puasa
Lazimnya, ramai di antara kita yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu sebelummenikmati hidangan utama. Sebagai umat Islam, kita juga disarankan berbukadengan makanan yang manis-manis. Kuih-muih juga sering dinikmati ketika moreh,iaitu selepas solat terawikh. Ramai yang lebih gemar membelinya …