Tinggal 10 hari je lagi sebelum Ramadan melabuhkan tirainya tahun ni dan Syawal menggantikan tempatnya.

Korang dah start buat kuih raya dah? Ke korang main tunjuk dan bayar je?

Zaman serba-serbi naik harga ni kuih raya telunjuk pun dah mahal. Ada yang jadi double terus harga dia. Tak boleh nak salahkan penjual jugak sebab memang bahan-bahan buat biskut semua mencanak naik harganya.

Kalau nak berjimat cermat, better buat sendiri. Tak reti buat? Jangan ghisaaauuuu Cookpad kan ada! Kat Cookpad ada bermacam-macam jenis kuih raya, sebut je, mesti ada Cookpader yang dah share resipinya. Kebanyakan resipi juga dilengkapi gambar dan video step-by-step, so senang nak ikut, even untuk first-timer yang tak pernah baking sebelum ni.

Kalau nak resipi biskut raya terpaling mudah dan terpaling jimat, boleh try buat biskut yang guna 3 bahan je. Yang penting, rasa dia tetap tak kalah dan kita pun tetap tak segan nak show off pada tetamu time Raya nanti.

  1. Cornflakes Madu
  2. Semperit
  3. Biskut Arab
  4. Biskut Susu
  5. Biskut Mentega
  6. Almond Cluster
  7. Biskut Oat
  8. Biskut Coklat
  9. Tart Nenas
  10. Biskut Y

1. Cornflakes Madu

Cornflakes madu secara asasnya hanyalah diperbuat daripada cornflakes, mentega dan madu. Tapi ada yang suka tambah badam, bijan dan kismis. Terpulang pada korang nak customise macam mana.

Resipi Cornflakes madu 123 oleh Noraini Hamid
#phototips #confleksmadu #topik2 photo tips Kali ini, jika kita nak megambil gambar pastikan kita mempunyai cahaya yg cukup untuk mengelakkan gambar kita timbul bintik-bintik halus dan menyebabkan gambar kita tidak cantik dilihat. Jujur pertama kali buat sendiri, senang je rupanya nak buat cornflake…

2. Semperit

Biskut raya klasik zaman berzaman. Semperit ni ramai peminatnya dari yang tua sampai yang muda. Teksturnya yang cair di mulut membuatkan kita ketagih nak lagi dan lagi.

Resipi Semperit Dahlia 3 Bahan oleh Julia ALeen Aireish
#goldenapron2020 Tetiba berhari raya pulak..😁 ye la kan masa buat semperit ni teringat raya puasa pkp hari tu, buat biskut raya tapi tak dapat balik kampung.. sian kita semua masa tu kan.. Tak apalah kita doa banyak-banyak moga lepas ni tak ada pkpk dah.. Semperit ni ramai yang suka, tapi yang nk s…

3. Biskut Arab

Juga dikenali sebagai biskut suji, biskut arab juga salah satu biskut raya klasik yang tak lapuk ditelan zaman. Seperti semperit, ia juga mempunyai tekstur yang cair di mulut.

Resipi Biskut Arab 3 Bahan oleh shazrina
Jarang makan biskut arab sebab tak berapa minat(mungkin sebab sya pernah makan yang tak sedap kot🤣) lepas buat biskut arab 3 bahan resepi dari @airtangan_ummirizqi terus suka..sedap sangat. Tak sangka dengan menggunakan 3 bahan dapat menghasilkan biskut yang sedap..menyesal buat ½ adunan esok nak b…

4. Biskut Susu

Simple dan senang sangat nak buatnya. Biskut susu ni semestinya digemari kanak-kanak. Selalunya menggunakan susu pekat manis untuk membuatnya.

Resipi Biskut Susu 3 Bahan Semangat Wira Kecil oleh Maisarah Mamat
Balik kampung bolehla belajar biskut ringkas-ringkas ngan kak ipar. Terkial-kial betul nak buat kalau dah tak biasa ni. 😂 Tapi berbaloi sebab sangat ringkas bahan-bahan dan sangat sedap. Dapat la 5 balang kecik. Tapi sayang, tak sampai 24 jam dah habis. Jadi kali ni ajak anak-anak buat bersama. Ala…

5. Biskut Mentega

Biskut mentega ni juga merupakan sejenis biskut yang terpaling simple dan mudah nak buat. Boleh gunakan marjerin sebagai ganti mentega bagi yang vegan atau alah produk tenusu.

Resipi Biskut Majerin/Mentega 3 Bahan oleh mamy_kitchen89
🦋🦋 💐💐 #pejuang2kResipi

6. Almond Cluster

Biskut yang pernah viral satu ketika dulu. Siapa je yang tak suka Almond Cluster ni. Yang paling bestnya, biskut ni foolproof - tak payah dibakar, masuk je dalam peti ais, siap! Sesuai untuk yang tak pernah buat biskut raya seumur hidup atau baru nak berjinak-jinak buat biskut raya.

Resipi Almond Cluster oleh Norashikin Rahmat
#phopxcookpad2020 #goldenapron2020 Kuih raya paling mudah dan ringkas, tp modal dia boleh tahan jugak 😁😁

7. Biskut Oat

Kalau sesiapa ada lebihan oats kat dapur boleh lah digentel jadi biskut. Sesiapa yang tak berapa suka manis-manis atau nak kurangkan pengambilan gula tu boleh lah try buat ni. Biskut oat ni selalunya digandingkan dengan pisang atau coklat. Tak perlu gula tambahan, pisang atau coklat tu dah cukup untuk berikan rasa manis semulajadi pada biskut ni.

Resipi Banana Oatmeal Cookies oleh ha.lim39
#resipi3bahan #goldenapron2020 Menyahut cabaran #resipi3bahan Cookpad,gigih meneroka Mr Google dan Youtube mencari resepi.Ini untungnya berada di Cookpad,setiap kali ada cabaran memasak dengan pelbagai tema kita boleh belajar resepi baharu dan juga mendapat inspirasi mencipta resepi lain pula. Seper…

8. Biskut Coklat

Ada bermacam jenis biskut coklat 3 bahan yang korang boleh try. Yang tak payah masuk dalam oven pun ada. Gaul je semua bahan hingga sebati, masukkan dalam acuan dan terus masuk dalam peti sejuk. Settle. Orang yang tak pernah buat biskut seumur hidup pun tak yah risau tak jadi.

Resipi Chocolate Crunch Doughnuts (biskut 3 bahan) oleh Aznie Khasri
#Biskut3Bahan #1420recipe #Pejuang2KResepi Tak perlu bahan yang banyak, cukup hanya dengan 3 bahan je kita boleh menyajikan hidangan yang sedap untuk keluarga. Simple Chocolate Crunch Doughnuts dari Aznie. Nampak resepi ni kat google terus jatuh hati. Memang terbaik, anak-anak suka sangat. Kak Lat @…

9. Tart Nenas

Tart nenas ni kalau takde macam tak lengkap raya. Sekurang-kurangnya mesti nak sediakan sebalang untuk makan sendiri. Nak membuatnya sebenarnya tak lah serumit yang disangka. Dengan adanya versi tart nenas 3 bahan, semua orang boleh try buat tart nenas sendiri. Kalau beli ni sekarang boleh tahan juga harganya.

Resipi Biskut Tart Nenas 3 Bahan oleh Leeina Qaliena
🍽605🍽 👩‍🍳40/2023👩‍🍳 Biskut 3 Bahan Je! Tart nenas adalah biskut no 1 kegemaran Ummi.Dari kecik sampai tua ni Tart takkan diketepikan.Untuk contest mingguan ini ummi buat tart nenas gulung hanya 3 bahan sahaja.Doh tepung yang lemak2 masin digabung dengan rasa manis jem nenas memang sangat2 nice…

10. Biskut Y

Biskut Y ni juga sejenis biskut orang dulu-dulu yang masih ramai peminatnya hingga ke hari ni. Guna mentega atau marjerin, tepung gandum dengan gula je - benda paling basic, paling simple dalam dapur kita. Kalau suka boleh tambah nestum. Tapi awas ye, simple-simple pun boleh bikin ketagih. Tau-tau belum sampai raya, kuih dah habis sebalang.

Resipi Biskut Y oleh Syima Yusof
Biskut Y ini adalah biskut wajib tiap kali raya buat kami sekeluarga. Biskut kegemaran zaman kanak-kanak saya dan sekarang menjadi kegemaran anak-anak saya pula.

Kalau korang ada resipi biskut raya yang simple dan best-best, apa kata korang ambik peluang raih pahala extra dan share ilmu korang tu kat Cookpad? Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep tengah berlangsung ni, korang boleh join sekali cabaran khas Ramadan kita tu. Membuat kuih raya lebih menyeronokkan dengan Cookpad! Sumpah tak tipu! Install app Cookpad melalui Play Store atau App Store untuk keseronokkan optimum.