10 Kombinasi Padu Madu

Minggu ni Apron Chasers semua pulun masak guna madu sebagai bahan alternatif gula.

Tapi korang tau tak selain daripada menjadi pengganti gula yang ideal, madu juga penuh dengan khasiat dan merupakan salah satu makanan sunnah.

Madu mengandungi antioksida dan nutrien yang tinggi, yang mampu memberikan tenaga dan membantu tubuh melawan radikal bebas yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Kandungan vitamin dan mineralnya yang tinggi membantu mengekalkan sistem imun yang optimum.

Selain daripada tu, madu juga bersifat antibakteria dan antiseptik, dan boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Madu juga mampu melembapkan pada kulit yang kering.

Oleh kerana khasiat yang banyak terkandung di dalamnya, madu juga banyak digunakan dalam perubatan dan kecantikan.

Seeloknya dapatkan madu asli yang tidak melalui proses penapisan yang melampau dan ditambah bahan-bahan lain yang boleh mengurangkan khasiatnya.

Ada banyak bahan yang sesuai dipadankan dengan madu. Tapi antara banyak-banyak bahan, 10 bahan-bahan kat bawah yang minmin rasakan terpaling padu digandingkan dengan madu.

Korang dah cuba?

1. Madu + Ayam

Resipi Ayam Panggang Madu oleh Leeina Qaliena
🌹30-2024🌹 🧑‍🍳738/1K🧑‍🍳 ✔️Global Apron 2024 Challenge 3: Sahur #GlobalApron2024 #Challenge3 #Sahur Menu simple dan sedap kesukaan Rizqi dan babahnya.Buat hari2 pun takpe. Magic Cookoad Pantry : AYAM MADU BLACK PEPPER HALIA (repeat)

2. Madu + Cornflakes

Resipi Honey Chewy Cornflakes Cookies oleh Ain Mohd Kitchen
#phototips #topik2 #cornflakesmadu Rasanya mcm makan energy bar tu 😋. Nak lg ngam, tambah le kekacang sedap2 tu. Akk ni guna apa ada kat rmh, kekacang pun tak sempat nak p beli 🤣. Utk photography, kali ni anglenya bebas. So, akk pilih angle Eye Level. Dapatla susun2 cookies tu macam tu kan 😍. Akk…

3. Madu + Oat

Resipi Coconut Berries Banana Baked Oatmeal 🇲🇾 oleh Kakak Faa
Tu nama dia. Panjang betul. Demi mencukupkan buah warna Jalur Gemilang sempena bulan Merdeka ni, wajib laa namanya disebut. Oatmeal yang dibakar dimakan dengan fresh fruits mengikut tema warna bendera Malaysia. 💙- blueberry ❤️- strawberry 🤍- isi kelapa muda 💛- pisang Memang kenyang breakfast sema…

4. Madu + Carrot

Resipi Gimmari - Crispy Seaweed Noodle Rolls oleh irar
Ke Korea utk menikmati Gimmari.

5. Madu + Pisang

Resipi Honey Crunch Banana oleh Sesimple Loralin
#TakLebih6Bahan #ResepiMudah Resepi 5 minit tercetus selepas bersembang2 bersama cookpaders. Guano prehh skalo berehh! Hari esok last Tajuk 2: Cornflakes Madu. Mood nak buat tak datang2 bila fikir kena amik periuk, melt butter, nak isi2 dlm mangkuk kertas, bakar pulak..aishh..sebab nanti raya nak bu…

6. Madu + Lemon

Resipi Honey Lemon Grilled Chicken oleh Aza Aaj
Memasak menu ala2 omputih sebenarnya sangat lah simple dan mudah...tidak renyah atau kalut...ini lah hidangan makan malam kami simple dan seadanya...saat kesihatan terbatas buat yg mudah dan simple sahaja...janji segala bahan masakan tidak ada bahan yang boleh menjejaskan kesihatan. Ajommm tengok ba…

7. Madu + Halia

Resipi Minuman Halia Madu oleh Dapur Yusfarisyia
#KidsAtHeart Bekal / Menu Pantang [Week 4] Challenge Inspirasi daripada Min @kanaaneko Minuman ini sangat bagus untuk memanaskan badan atau apabila anda berasa seperti diserang selsema, serta membuang angin di dalam badan. Juga elok diminum sebelum tidur. Madu dianggap sebagai elixir apabila ia ada …

8. Madu + Barli

Resipi Talbeenah (Bubur Barli) oleh Nihadriz Niha
Sunnah Rasulullah makan talbeenah, katanya dapat merawat kesedihan hati. Baginda SAW bersabda : “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit sebagaimana kamu membersihkan kotoran dari mukanya dengan air. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi…

9. Madu + Keju

Resipi 🍯Baked Brie With Honey oleh mamy_kitchen89
💚674💚 💐104/2022💐 #mk89masakWESTERN Sedap bg pengemar/pncinta cheese 😋... mamy onzz jerr mamy pengemar chocolate 😁 jadi nutella + cheese onz laa😆 tapi rasa nya cheese ni sedap makan bersama chicken meatloaf slice mcm @sasha_sabrina mkn tu.. sebab cheese ni lemak,masin gituu..mcm gigit pizza pn…

10. Madu + Epal

Resipi Pai Epal oleh Hayati Hamdan
Zaman sekolah dulu saya selalu menghabiskan hujung minggu di perpustakaan. Dan setiap kali pulang dari perpustakaan saya akan singgah ke sebuah kedai kek yang terletak di seberang jalan hanya untuk membeli pai epal kegemaran saya. Sesekali teringat nostalgia dahulu saya pasti akan cuba bikin pai epa…

Kat Cookpad ada beribu-ribu resipi yang menggunakan madu. Korang boleh search je kombinasi bahan-bahan yang korang ada untuk dapatkan resipi yang korang nak. Simple je kan? Tapi make sure korang download dulu app Cookpad dulu kat PlayStore atau AppStore!