Selalunya kalau kita masak bahan-bahan segar macam sayur, buah dan daging, kita ambik bahagian isi je kan? Bahagian kulit selalu kita buang je. Betul tak?

Korang tau tak kebanyakannya boleh dimasak dan dimakan?

Kat Cookpad ada macam-macam resipi elak pembaziran termasuk resipi-resipi yang gunakan kulit pelbagai tumbuhan dan haiwan ni.

Kat sini minmin share 10 jenis kulit yang Cookpaders paling suka masak. Korang dah pernah try?

  1. Kulit Cempedak
  2. Kulit Rambai
  3. Kulit Lembu
  4. Kulit Buah Naga
  5. Kulit Tembikai
  6. Kulit Udang
  7. Kulit Limau
  8. Kulit Pisang
  9. Kulit Ubi Kayu
  10. Kulit Lemon

1. Kulit Cempedak

Cempedak bukan je sedap digoreng tapi kulitnya pun sedap dimasak. Kulit cempedak ni selalunya orang kita buat mandai atau jeruk kulit cempedak. Guna 3 bahan je: air masak, garam dan kulit cempedak yang dah dibersihkan. Bahagian kulit keras yang berduri kat luar tu buang, hanya ambik bahagian isi kulit yang putih tu je. Mandai ni makanan tradisi orang Banjar.

Resipi Mandai Goreng Garing bersama Tempe oleh Murni’s LittleKitchenz
#johor #24ogos #norasdayanti Bukan sekadar isinya sahaja boleh dimakan. Kulit cempedak ni sebenarnya boleh dijadikan lauk. Katanya, ia berasal dari kaum Banjar. Dibuat jeruk dan dipanggil MANDAI. Mandai ni sedap di goreng garing dengan ikan bilis, tempe, cili dan bahan-bahan lain. Makan dengan bubur…

2. Kulit Rambai

Kulit rambai ni biasa dijadikan sayur di wilayah pantai timur, terutama sekali bila tiba musim buah rambai. Orang sana selalu masak sayur lemak atau lebih dikenali sebagai sayur kolok. Selain daripada tu boleh juga dibuat masak lemak, kerabu atau dicampur dalam asam pedas.

Resipi Kerabu Kulit Rambai oleh Ani Delighted
#firstfiveforfirth Menu jarang jumpa dan bermusim. Musim buah rambai berbuah. Dulu buah ni tidak lah berharga. Tapi sekarang harga mencicah rm10 sekilo. Sangat membangkitkan selera. Rasa masam, lemak kelapa goreng dan santan ditambah dengan ikan bakar. Rasa krup krap bawang merah mentah.

3. Kulit Lembu

Hidangan paling popular yang menggunakan kulit lembu kat negara ni tak lain tak bukan ialah sambal tahun, sejenis hidangan tradisi Jawa. Selain daripada tu, kulit lembu juga boleh dibuat masak lemak, sup dan ditumis. Yang pernah try kulit lembu ni cakap rasa dia tak pelik langsung, sedap je bila dah dimasak.

Resipi Kulit Lembu Tumis Cili Padi oleh shazrina
Sebelum ni dah share resepi sambal tahun kulit lembu ni memang favourite lah..dari kecik dah makan benda ni sebab arwah embah dulu jual sambal tahun kulit lembu.. Sejak pindah duduk kampung ni..stok kulit lembu memang sentiasa ada..cuma nak proses nya tu sangat² renyah perlukan kesabaran dan kerajin…

4. Kulit Buah Naga

Buah naga bukan je sedap dan berkhasiat, kulit dia pun sama jugak tau! Boleh buat teh atau acar. Warna dia yang terang dan menarik pun sesuai dijadikan pewarna semulajadi makanan, misalnya dicampur ke dalam jelly. Buang je bahagian kulit luar dia yang keras tu, guna kulit dalam yang lembut tu je.

Resipi Acar Kulit Buah Naga & Kulit Semangka oleh Dapur Yusfarisyia
NEW YEAR NEW MENU #mottainai #CookEveryPart Sebenar nya nak cooksnap resipi acar kulit semangka adik @airtangan_ummirizqi tetapi saya derhaka pada resipi nya kerana campurkan dengan kulit buah naga. Sedap 😋 makan yang disejukkan, suami pun puji sedap. Lepas ni jangan buang dah kulit buah naga atau …

5. Kulit Tembikai

Kulit tembikai juga boleh dibuat sayur yang sedap! Nak buat acar pun boleh, nak buat masak lemak pun boleh, nak buat masak bening pun boleh, nak buat tumis air je pun onz. Kerabu kulit tembikai pun ramai je orang buat. Ngam sangat dibuat kerabu sebab rasa rangup-rangup tu masih ada. Jangan lupa buang dulu kulit luar kaler hijau yang keras tu. Tercekik lak kang.

Resipi Kulit Semangka Masak Lemak Cili Api oleh Nuharahmat
❤️ Golden Apron 2023 ❤️ #GoldenApron23 #week8 #TeamKulitSemangka Sempena ayahanda kakak datang dari kampung maka kakak buat kan la kulit semangka masak lemak ni memang menjadi kegemaran dia. Katanya dia x pernah makan kulit semangka masak lemak macam ni pertama kali mencuba terus jatuh hati dengan m…

6. Kulit Udang

Bila siang udang untuk dimasak tu jangan buang kulit dengan kepala dia. Boleh recycle jadi stok atau seasoning, atau leburkan sekali dalam masakan untuk rasa yang lebih terangkat. Kulit udang ni pun boleh dibuat sos char kuetiau yang sungguh lazat.

Resipi Sos Char Kuetiau (Stok Freezer/Chiller) oleh Sesimple Loralin
Uchu buat Sos Char Kuetiau ni sebelum bersalin haritu, cuma baru2 je sempat amik gamba sos ni elok sikit memandangkan ini stok last yang ada dan terkena pulak kesesuaiannya dengan misi cookrace kali ini. Haritu tak terfikir pulak nak amik gambar sos sahaja sebab sebenarnya dah pernah share resepi ch…

7. Kulit Limau

Limau bila dah dikupas jangan dibuang kulitnya. Kulit limau boleh dibuat snek yang manis dan sedap. Hilang terus pahit dia. Kalau dibuat snek macam asam kulit limau, bila dah start kunyah tu tau-tau je dah habis. Boleh dibuat halwa, kek dan sambal belacan.

Resipi Halua kulit limau oleh Ziana Chesaad
Mmg sedap buah limau/oren jenis valencia ni . Isinya yang tebal dan berjus, manis pulak tu . Keluarga Ziana memang penggemar buah limau/oren . Beli agak banyak sejak ziana sekeluarga sembuh dari Covid 19 . Deria rasa dan bau hilang dan masih belum pulih. Terpaksa kami makan buah untuk menambah seler…

8. Kulit Pisang

Haaa mesti ramai yang tak tau kan kulit pisang pun boleh makan sebenarnya. Boleh buat teh, smoothie dan kek. Lollipop pun boleh tau!

Resipi Banana Peel Smoothie oleh Zarafafiis ❣️🌹
Sepatutnya resepi ni untuk cabaran cook every part Tumbuh-tumbuhan tapi xsempat buat.. smoothie Yang mengenyangkan.. Ada tekstur kepingan kecil kulit pisang, tidak menjejaskan Rasa pisang.. #BeatTheHeat

9. Kulit Ubi Kayu

Ni lagi satu bahan rare yang ramai tak tau boleh makan sebenarnya. Bahagian lapisan putih kat kulit ubi kayu ni sedap kalau dijadikan kerepek. Selain kerepek, kulit ubi kayu juga boleh dibuat sambal atau kerabu.

Resipi Kerabu Kulit Ubi Kayu oleh Netie Rose Oven
#goldenapron #minggu15 Pernah tak makan Kerabu Kulit Ubi Kayu ni? Haaa.. .Pelik jaa bunyi nya makan kulit ubi knn. Ubi nya kita rebus, kulitnya kita buat kerabu.Memang sedap sangat. Sayang juga nak buang sb benda boleh makan. Jom cuba resipi Kerabu Kulit Ubi Kayu kakNet ni.

10. Kulit Lemon

Kalau cerita pasal kulit lemon mesti korang bayangkan rasa dia masam yakmat kan? Tapi sebenarnya kalau digaul dengan gula dan dibuat manisan boleh bikin ketagih sedapnya. Biasanya kulit lemon ni diparut dan dicampurkan ke dalam adunan kek, tapi boleh juga dibuat acar dan jem. Atau campur je hirisan atau parutan kulit lemon ke dalam hidangan macam salmon.

Resipi Manisan Kulit Lemon oleh Nana Isya
Kulit kulit lemon jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh di jadikan sebagai manisan . Cooksnap resepi dari @hanishaimi1504 . Jom kita sahur cabar @ThahWatermelon85 . #CookEveryPart Tumbuh Tumbuhan

Kat atas ni hanya sebahagian daripada kulit yang boleh dimakan. Cookpad ada resipi untuk berbagai jenis kulit lagi yang korang boleh makan, seperti kulit ayam, kulit bawang, kulit epal, kulit ubi kentang dan kulit nenas. Amacam? Berani try?