Zaman sekarang masa berlalu begitu pantas sekali. Jadi kita pun serba-serbi nak cepat sebab nak kejar masa.

Ada di antara kita yang selalu skip makan dek kerana sibuk berkejar ke sana ke mari ni. Jangaaannn! Makan itu penting. Kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga untuk berkejar-kejaran?

Lagipun tak elok skip-skip makan ni. Masuk angin perut kang baru tau. Kenapa perlu berlapar hanya kerana ingin berkejar? Agitcheww.

Meh minmin kasi tau 10 menu yang tak ambik banyak masa nak membuatnya. Tak lebih 10 minit sap sap sui siap! Sambil berlari sambil makan! Yang penting, sedap dan tetap mengenyangkan.

1. Salad

Siapa kata makan salad tak kenyang? Kalau bubuh ayam, bubuh croutons, boleh kenyang berjam-jam! Salad tak semestinya sayur je semata-mata. Ikut suka kita nak bubuh ikan ke, buah ke, janji tekak boleh terima. Sedap dan berkhasiat!

Resipi Salad Ayam dengan Honey Paprika Dressing oleh Dapoq Kak Del
#goldenapron2020 Menu ringkas untuk saya yang tengah berdiet. Mudah dan senang.
Resipi Croutons Salad oleh Salina Jalaludin
200/Julai2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1999 #pejuang2kresipi ❤️ Global Apron 2024 Challenge 19 : Vegetarian 🥦 ❤️ #GlobalApron2024 Croutons Salad ni adalah salad roti bakar yang dipotong kecil. Roti tu boleh dibakar dengan mentega, garlic butter dan apa sahaja perasa. Tapi yang hakak buat ni versi…
Resipi Macaroni Fruit Salad 🇲🇾 oleh Q’leenalee’s Kitchen
🧑‍🍳793/1K🧑‍🍳 ✔️Global Apron 2024 Challenge 22: Merah ❤️ Kita buat salad buah macaroni sempena bulan Merdeka Bertemakan salah satu warna yang ada pada Bendera Malaysia iaitu MERAH.MERAH Tanda keberanian 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #GlobalApron2024 #Challenge22 #Merah #SaladMacaroniDengan BuahanMerah Cookpad Mag…

2. Sandwich

Sandwich antara yang paling senang nak buat. Kalau nak kenyang lebih lama, guna roti wholemeal atau multigrain, dan buat style wanpaku. Makanan on-the-go yang senang dibawa dan dimakan di mana-mana jua tak kira tempat, tak kira masa.

Resipi Sandwich sihat ala subway oleh Siti Nur Masitah
Siapa yang tengah diet tapi teringin nk makan subway boleh cuba resipi ni ❤️
Resipi Wholemeal Chicken Sandwich oleh Narimah Othman
#sarapan #goldenapron #minggu 12 Hari minggu adalah hari keluarga, termasuklah menziarahi keluarga mertua. Kebiasaannya kami akan menghabiskan masa lapang kami di rumah mertua. Juadah pasti akan dibawa dari rumah dan mimggu ini saya bekalkan wholemeal chicken sandwich. Mertua tidak berapa sihat, jad…
Resipi Wanpaku Sandwich mamaell:Beef salami asparagus oleh Ell Sakimin
#wanpaku #goldenapron #minggu17 Wanpaku versi mamaell nak cepat sebab dah kelaparan. Dinner malam ni makan wanpaku sebab bahan bahan dah sedia ada dalam petiais. Tinggal Susun-susun je. Konon - kononnya diet lah kan . Dah habis wanpaku terasa nak makan cokelat pula😂 . Moh la lihat resepi dibawah du…

3. Telur Dadar

Tau tak telur dadar ni kalau dibubuh macam-macam kat dalam dia memang sangat mengenyangkan. Boleh letak kentang dan buat spanish omelette, atau buat gaya frittata. Dah lah mengenyangkan, sedap dan berkhasiat pulak tu!

Resipi 👩‍🍳Gyeran-mari (Korean Rolled Omelette) oleh Mahadiah
Global Apron 2024 Challenge 14: Viral Telur gulung atau Omelet gaya Korea ialah hidangan yang pernah viral beberapa tahun dahulu. Ia adalah banchan (lauk) yang dibuat dengan telur yang dipukul dicampur dengan beberapa bahan yang didadu halus, kemudian digoreng dan digulung secara berperingkat Antara…
Resipi Omelette Spanish (telur dadar Sepanyol oleh 0h Hana !!
Mudah u tuk membuatnya ..sedap dinikmati ... Rasa macam murtabak pun ye .. Negara asal Sepanyol # cppassport
Resipi Spinach Frittata oleh Nurul Akmal Mohamad Yusoff
Sajian Itali berasaskan telur yang mudah disediakan dan sudah tentu enak dan berkhasiat.Sesuai untuk sarapan pagi atau bila-bila kalian suka.

4. Wrap

Sama macam sandwich, wrap pun makanan on-the-go yang paling senang dibuat. Boleh bubuh apa-apa je yang kita nak kat dalam sebagai inti. Kalau guna wrap wholemeal lagi lama bertahan perut tu!

Resipi Tuna Eggroll Wanpaku Wraps oleh Kakak Faa
Dalam sekitar 2019 memang viral Wanpaku Sando atau Wanpaku Sandwich. Mula viral di Jepun sekitar tahun 2016. Then baru viral sampai ke Malaysia. Sandwich yang padat dan mampat dengan pelbagai jenis inti terdiri drp sayuran, daging, ayam atau telur. Dibungkus rapi dan bila dipotong nampak cantik dan …
Resipi Simple chicken tortilla wraps oleh Bonda UmEm
resepi ni sy buat 2 jns iaitu bgks atau lipat.inti wrap anda boleh pilih ikut citarasa anda.Bila anda tidak terasa mkn nasi boleh la cuba menu ini..😉
Resipi Hummus & Chicken Wrap oleh Mizzanem
#GlobalApron2024 Global Apron - Challenge 13: PICNIC Bekalan piknik on the go. Hummus dan chicken wrap kaya dengan protein. Ditambah dengan sayuran salad segar. Boleh dijadikan bekalan semasa piknik Bahan-bahan; - Daun Salad - Kacang Kuda - Minyak zaitun - Timun - Tomato - Wrap

5. Stir Fry

Kalau teringin nak makan nasi, buat je hidangan stir fry. Sayur memang tak elok masak lama-lama pun, so sesuai sangat kalau buat stir fry. Kalau nak protein sikit boleh masuk sekali isi haiwan yang cepat masak macam isi ayam, udang atau sotong.

Resipi Vietnamese Stir-Fried Mixed Vegetables 🇻🇳 Vietnam oleh Cempaka Putih
#cppassport Sayuran goreng adalah hidangan yang diminati ramai dan biasanya di campur dengan makanan laut. Terdapat begitu banyak cara untuk memasaknya dan gabungan sayur-sayurannya tidak terbatas. Sayuran goreng Vietnam membezakannya dari yang lain dengan ketiadaan sos berat seperti sos tiram atau …
Resipi Cendawan Shimeiji Stir Fry Teriyaki oleh Tim Greenturae
Teriyaki ni dari kicap cair, kicap masin, halia dan minyak bijan. Gabungan ni semua akan hasilkan rasa teriyaki. So cendawan shimeiji ni Tim goreng dengan sos teriyaki. #GoldenApron23 #PlayOff
Resipi Stir Fry Asparagus oleh shazrina
Resipi sedap dan mudah untuk Stir Fry Asparagus.

6. Sup

Sup pun senang nak masak. Campak-campak bahan-bahan semua masuk periuk, lepas tu renehkan untuk beberapa minit, siap! Boleh makan dengan nasi, roti atau macam tu je kalau bubuh kentang sekali.

Resipi Sup sayur ubi beet oleh Zieta Ali
#immunebooster #minggu2 Nak cari sayur berwarna merah teringat kan ubi beet ni.Dulu pernah cuba masak sup krim.Beet sangat bagus utk menguatkn imun dan juga dikatakan dpt menghidari kanser..mungkin sifat nya yg berwarna merah terang yg mana sayur2 @ buah2an yg begitu sgt tinggi kandungan antioksida …
Resipi Dhal Soup oleh Nihadriz Niha
Cicah dengan roti bakar memang sedap ni. Masa tekak tak selera ke kan. Anak tengah tak sihat ni, maknya masak pelbagai sup hehehehe. Biji sawi (1) Halba (2) Kacang dhal (2) Kunyit basah (1) Lada sulah (1) 7 points #GlobalApron2024 #challenge18 #rainyday
Resipi Sup sayur tauhu telur oleh Ziana Chesaad
Sup Sayuran. Mudah, cepat, berkhasiat dan menyihatkan. Memang, hampir semua budak budak tak suka sayur kalau nak diikutkan. Tapi anak anak saya pada mulanya tak nak makan. Saya ajak try makan dan rasa walaupun susah , Lama lama mereka suka dan jadi antara lauk kegemaran. #GlobalApron2024 #Challenge1…

7. Mug Cake

Kek bukan sebarang kek, kek ni boleh siap dalam masa seminit! Yang pasti, tak sampai pun 10 minit, bukan macam kek yang biasa bakar dalam oven tu. Godak-godak dalam mug, masukkan dalam microwave, tekan-tekan butang, settle! Tunggu je lah bunyi "Ting!" tu.

Resipi Funfetti mug cake oleh imel_recipe
#goldenapron2020 #mingguke19 Resipi ini mudah di fahami dan di buat bagi mereka yang baru ingin mencuba buat kek. Tidak perlu oven dan tanpa guna telur. Cuma perlu gunakan microwave. Microwave anda mungkin berbeza kekuatan voltan nya, so kalau nak check kek dah masak selepas 90 saat tu, bole guna ke…
Resipi 5 Minutes Banana Chocolate Bread Cake oleh Jeehan Kitchen
memanfaatkan baki pisang yang dah masak sangat,saya jadikan mug kek untuk sarapan. just bakar dalam microwave jer 1 minit dah siap. sedap dan melted 😍 #DemiMasaMicrowave #madebyjeehan #cookpadmalaysia
Resipi Milo Mug Cake oleh Aznie Khasri
Yang ni berebut dengan kakak melur ni. Mosit gile katanya sedap sebab dalamnya coklat chip tu cair. Habis kejap je dia makan sorang. Dia cakap sedap, tapi mak cuma sempat ambik gambar je. Lepas tu hilang jejak dah. Sedar-sedar tinggal mug kosog je🤦‍♀️ katanya kenapa buat satu buat la banyak. Dah ka…

8. Telur Kicap

Ni menu klasik zaman-berzaman. Tak kira yang muda, yang tua, yang tak berharta, yang kaya raya, semua kenal menu yang satu ni. Tak payah lauk lain, makan ni je dengan nasi panas-panas pun dah cukup nikmat dah.

Resipi Telur Kicap oleh Anur Musa
Kalau terlambat bangun untuk sahur , lauk telur kicap ne mmg paling mudah dan cepat di masak. Sedap pun sedap makan dengan nasi panas-panas. #Ramadanmonth #challenge3 #10minutemeal
Resipi Telur Mata & Bilis Rangup Masak Kicap oleh mamy_kitchen89
💚1318💚 🍏128/2023🍏 #pejuang2kResipi Mamy teringin nak makan mcm nii ya Allah xleh ehhh bertambah makan🤣
Resipi Telur Kicap Yang Pernah Viral oleh Sesimple Loralin
Orang lain sibuk Donut RV seperti yg tgh viral..Uchu baru nak buat yang pernah viral ni..hahaha 🤣 ketinggalan 🚆 betul la kan.. Cc:@dapo_cikstrawberry

9. Roti Pizza

Tak payah nak susah-susah uli-uli, tepek je semua atas roti slice pastu bakar. Siap! Ni pun satu menu yang boleh letak apa je yang kita nak kat atas dia. Last sekali tabur cheese. Simple, sedap dan semestinya mengenyangkan!

Resipi Pizza Roti Gardenia Versi Air Fryer (Makanan Dalam Tin) oleh Rose Nani Nizah Nayan
Bahan dalam tin yang saya guna adalah sos pasta tomato prego dan cendawan butang. Dah lama nak buat pizza homemade ni. Tapi tak pandai nak uli tepung. So cuba la resepi base untuk pizza yang gunakan roti gardenia dan telur. Untuk sapuan base yang berbau harum saya sapu sos pasta tomato jenama prego.…
Resipi Roti Bakar Ala Pizza oleh Dapur Yusfarisyia
Resipi lama terperuk dalam draf. Cooksnap daripada adik @elt4suri4 Untuk sarapan atau minum petang memang sedap dimakan ketika masih panas lagi.
Resipi Roti Pizza oleh Noor Atika Mahamood
#MatchmakerMonth Si Hot Stuff Air Fryer Terpaling senang gaizzzz.. Sangat-sangat sesuai untuk mak-mak nak buat sarapan atau bekal anak sekolah. Nak makan pizza pagi-pagi? Tapi takde oven? Takde hal... Air fryer kan ada... Ianya memang memudahkan kerja mak-mak di dapur. Tak perlu susah-susah lg. Masu…

10. Smoothie

Smoothie ni bukan je untuk diminum pagi-pagi, bila-bila masa pun boleh. Sesuai sangat untuk yang nak berdiet sebab ni yang paling rendah kalori antara semua. Lebih daripada sekadar air, smoothie ni selalunya dileburkan sekali pisang, susu atau yoghurt, so memang mengenyangkan. Boleh campur sekali dengan macam-macam jenis buah dan sayur untuk minuman yang lengkap dengan vitamin, mineral dan serat.

Resipi Kurma Smoothie oleh Julia ALeen Aireish
Boleh buat kurma smoothie habiskan kurma di dalam peti ais😁 Bila-bila masa boleh minum tau.. Masa sarapan pun boleh😋.. Kalau minum di petang hari letak kiub ais sikit.. Perghhh terlagi lagi nk sedut rasanya🤭 HEALTHY BREAKFAST SARAPAN SIHAT Jom laling @Uchu bersmoothie kita.. Tak tau nak tag siapa…
Resipi Manggo Smoothie Float oleh Nor Hassan
#goldenapron2020 #minggu11 Kebetulan pokok mangga berbuah dan buah yang telah diperam pun dah bertukar jadi kuning, rasanya amat manis. Maka apa lagi kita buat manggo smoothie float laaa. Memang sedap sangat 😋😋😋
Resipi Smoothie buah naga mix mangga oleh Faizah Yahya(Mrs Peija)
Resepi asal @hana25_7someday saya cuma tambahkan buah mangga jer😁😁

Bulan ni kita ada Cabaran Quick Fix. Kalau korang ada resipi-resipi yang mudah, cepat dan ringkas yang boleh siap dalam masa tak sampai 10 minit, boleh lah share dengan kawan-kawan semua kat challenge ni.

Kalau nak banyak lagi idea masakan, kat Cookpad ada beratus-ratus lagi resipi bawah 10 minit yang korang boleh cuba. Tapi jangan lupa install dulu app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore! Baru lah syok layaaannnnn!