10 Menu Bawah 10 Minit!
Zaman sekarang masa berlalu begitu pantas sekali. Jadi kita pun serba-serbi nak cepat sebab nak kejar masa.
Ada di antara kita yang selalu skip makan dek kerana sibuk berkejar ke sana ke mari ni. Jangaaannn! Makan itu penting. Kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga untuk berkejar-kejaran?
Lagipun tak elok skip-skip makan ni. Masuk angin perut kang baru tau. Kenapa perlu berlapar hanya kerana ingin berkejar? Agitcheww.
Meh minmin kasi tau 10 menu yang tak ambik banyak masa nak membuatnya. Tak lebih 10 minit sap sap sui siap! Sambil berlari sambil makan! Yang penting, sedap dan tetap mengenyangkan.
1. Salad
Siapa kata makan salad tak kenyang? Kalau bubuh ayam, bubuh croutons, boleh kenyang berjam-jam! Salad tak semestinya sayur je semata-mata. Ikut suka kita nak bubuh ikan ke, buah ke, janji tekak boleh terima. Sedap dan berkhasiat!
2. Sandwich
Sandwich antara yang paling senang nak buat. Kalau nak kenyang lebih lama, guna roti wholemeal atau multigrain, dan buat style wanpaku. Makanan on-the-go yang senang dibawa dan dimakan di mana-mana jua tak kira tempat, tak kira masa.
3. Telur Dadar
Tau tak telur dadar ni kalau dibubuh macam-macam kat dalam dia memang sangat mengenyangkan. Boleh letak kentang dan buat spanish omelette, atau buat gaya frittata. Dah lah mengenyangkan, sedap dan berkhasiat pulak tu!
4. Wrap
Sama macam sandwich, wrap pun makanan on-the-go yang paling senang dibuat. Boleh bubuh apa-apa je yang kita nak kat dalam sebagai inti. Kalau guna wrap wholemeal lagi lama bertahan perut tu!
5. Stir Fry
Kalau teringin nak makan nasi, buat je hidangan stir fry. Sayur memang tak elok masak lama-lama pun, so sesuai sangat kalau buat stir fry. Kalau nak protein sikit boleh masuk sekali isi haiwan yang cepat masak macam isi ayam, udang atau sotong.
6. Sup
Sup pun senang nak masak. Campak-campak bahan-bahan semua masuk periuk, lepas tu renehkan untuk beberapa minit, siap! Boleh makan dengan nasi, roti atau macam tu je kalau bubuh kentang sekali.
7. Mug Cake
Kek bukan sebarang kek, kek ni boleh siap dalam masa seminit! Yang pasti, tak sampai pun 10 minit, bukan macam kek yang biasa bakar dalam oven tu. Godak-godak dalam mug, masukkan dalam microwave, tekan-tekan butang, settle! Tunggu je lah bunyi "Ting!" tu.
8. Telur Kicap
Ni menu klasik zaman-berzaman. Tak kira yang muda, yang tua, yang tak berharta, yang kaya raya, semua kenal menu yang satu ni. Tak payah lauk lain, makan ni je dengan nasi panas-panas pun dah cukup nikmat dah.
9. Roti Pizza
Tak payah nak susah-susah uli-uli, tepek je semua atas roti slice pastu bakar. Siap! Ni pun satu menu yang boleh letak apa je yang kita nak kat atas dia. Last sekali tabur cheese. Simple, sedap dan semestinya mengenyangkan!
10. Smoothie
Smoothie ni bukan je untuk diminum pagi-pagi, bila-bila masa pun boleh. Sesuai sangat untuk yang nak berdiet sebab ni yang paling rendah kalori antara semua. Lebih daripada sekadar air, smoothie ni selalunya dileburkan sekali pisang, susu atau yoghurt, so memang mengenyangkan. Boleh campur sekali dengan macam-macam jenis buah dan sayur untuk minuman yang lengkap dengan vitamin, mineral dan serat.
Bulan ni kita ada Cabaran Quick Fix. Kalau korang ada resipi-resipi yang mudah, cepat dan ringkas yang boleh siap dalam masa tak sampai 10 minit, boleh lah share dengan kawan-kawan semua kat challenge ni.
Kalau nak banyak lagi idea masakan, kat Cookpad ada beratus-ratus lagi resipi bawah 10 minit yang korang boleh cuba. Tapi jangan lupa install dulu app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore! Baru lah syok layaaannnnn!