Lazimnya, ramai di antara kita yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu sebelum menikmati hidangan utama. Sebagai umat Islam, kita juga disarankan berbuka dengan makanan yang manis-manis. Kuih-muih juga sering dinikmati ketika moreh, iaitu selepas solat terawikh.
Ramai yang lebih gemar membelinya kerana beranggapan yang kuih-muih, terutamanya kuih-muih tradisional, sangat remeh dan rumit proses pembuatannya. Sebenarnya ia tidak sesusah mana pun, yang penting ada kemahuan untuk mencuba. Di sini kami persembahkan 10 daripada resipi kuih-muih tradisi yang popular untuk anda cuba membuatnya sendiri.
Ada banyak lagi resipi kuih tradisi yang hebat-hebat belaka boleh didapati di Cookpad Malaysia. Semuanya boleh diakses melalui laman web atau aplikasi Cookpad untuk Android dan iPhone.