10 Resipi Mesra Poket
Di zaman harga barangan harian yang makin meningkat ini, merancang menu harian seringkali menjadi sesuatu yang memeningkan.
Bagi mereka yang berkeluarga terutamanya, merancang hidangan harian bagi seisi keluarga yang memenuhi selera semua pihak dan juga menepati belanjawan isi rumah sering memerlukan kreativiti dan kepakaran yang tinggi dalam bidang masakan.
Tidak kira bujang atau berkeluarga, kebanyakan daripada kita memerlukan alternatif mesra poket dalam menu harian kita, terutamanya pada hujung bulan di mana perbelanjaan agak terhad sebelum gaji seterusnya.
Cookpad Malaysia bukan hanya mengandungi resipi-resipi hebat yang kompleks lagi terperinci pembuatannya dengan ramuan yang khusus, malah ia juga mempunyai banyak resipi-resipi yang tidak memerlukan belanja yang tinggi dan mudah disediakan.
Anda tidak perlu pening-pening lagi mencari idea menu yang menjimatkan, di sini kami sediakan 10 resipi mesra poket yang bukan sahaja mudah dan menjimatkan, tetapi juga sedap dan menyelerakan.
1. Sup Bebola Ikan & Bak Choy oleh Syifa Hasnizah. Lihat juga resipi Sup Bebola Ikan yang lain.
2. Wanpaku Telur Simple oleh Nor Ariffin. Lihat juga resipi Wanpaku Telur yang lain.
3. Telur Masak Kicap oleh Lily Suryani Mohd Ali. Lihat juga resipi Telur Kicap yang lain.
4. Sup Tauhu Telur oleh Rozita ZuitaAisyah. Lihat juga resipi Sup Tauhu Telur yang lain.
5. Sambal Kentang Ikan Bilis Pedas oleh Roze. Lihat juga resipi Sambal Kentang Ikan Bilis yang lain.
6. Bihun Goreng oleh Nurain Jalil. Lihat juga resipi Bihun Goreng yang lain.
7. Mee Goreng Mamak oleh Erna Hezreen Hamzah. Lihat juga resipi Mee Goreng Mamak yang lain.
8. Nasi Goreng Kampung oleh Salina Jalaludin. Lihat juga resipi Nasi Goreng Kampung yang lain.
9. Sambal Telur oleh Heidi Karina. Lihat juga resipi Sambal Telur yang lain.
10. Bubur Nasi oleh Ina Shahmarudin. Lihat juga resipi Bubur Nasi yang lain.
Anda ada resipi lain yang mudah lagi menjimatkan? Jom kongsi dengan kawan-kawan semua di app Cookpad Malaysia!