Tidak tahu hendak masak apa untuk berbuka puasa hari ini? Bosan dengan menu yang sama saban hari? Malas hendak meredah lautan manusia di bazaar Ramadan? Tidak mahu membazir duit membeli juadah yang bukan sahaja mahal dan tidak berapa menepati citarasa, tetapi juga diragui kebersihannya di bazaar Ramadan?
Kini anda tidak perlu susah-susah lagi. Hanya layari Cookpad Malaysia untuk idea memasak yang tiada penghujungnya. Di sini kami mempersembahkan 10 daripada resipi berbuka yang terbaik untuk tatapan dan santapan anda sekeluarga hari ini.
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!