Viral betul dessert yang satu ni ye sekarang ni. Merata orang dok cari. Ada yang sanggup beratur tunggu café bukak pagi-pagi, ada yang sanggup bayar semahal RM40 sebekas, hanya untuk seketul dessert bernama tiramisu.

Tiramisu ni ialah sejenis no-bake dessert yang berasal dari Itali. Diperbuat daripada biskut ladyfinger (savoiardi), kopi, telur, keju mascarpone dan serbuk koko, dessert ni memang digemari peminat kopi. Tapi tak semua orang boleh terima rasanya–ada yang tak suka sebab pahit katanya.

Pahit-pahit pun rata-rata tetap pakat menggelabah bila tiramisu idaman asyik out of stock je tak habis-habis. Nak book pun tak boleh. Nak beli daripada tempat lain takut tak sesedap tiramisu idaman. So nak buat apa?

Buat sendiri lah!

Jimat pun jimat sebab sekali beli bahan, ramai dapat merasa. Atau nak simpan untuk makan berulang-ulang pun boleh. Pastu boleh sendiri adjust nak kuat rasa kopi atau kurang rasa kopi, nak manis atau kurang manis. Lagi puas hati. Tak yah gaduh-gaduh, tak yah frust menonggeng.

Kat Cookpad ada banyak resipi tiramisu yang korang boleh pilih dan try! Bukan sekadar yang klasik je, yang lain daripada yang lain pun ada!

Lepas buat jangan lupa hantar Cooksnap pada tuan punya resipi, dan upload versi korang sendiri kat Cookpad korang! Sebelum tu, download dulu apps Cookpad kat PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih memuaskan!

1. Tiramisu Klasik

Bagi yang first time nak try rasa tiramisu tu, kena cuba resipi yang mudah ni.

Resipi Tiramisu oleh Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Tiramisu ni antara dessert yg paling mudah & sedap la bagi aku. Kalau nk sedap guna mascarpone cheese mcm dlm resepi ni. Tapi kalau nk save budget buleh ja ganti cream cheese. Tak salah pun. Cuma rasa dia berbeza la... Bagi aku lebih baik guna mascarpone cheese sebab dia tak masam mcm cream cheese t…

2. Tiramisu Tanpa Telur

Bagi siapa yang tak suka rasa telur dalam dessert atau ada alahan telur, boleh try yang ni.

Resipi 🍰 Eggless Tiramisu oleh Keroroyz Royz
Akak nak share resipi tiramisu untuk rakyat marhaen dgn menggunakan bahan mur2 aje, hepi meneraiiii ☺️✌️ #goldenapron2020 #tiramisu #tiramisù #tiramisú

3. Tiramisu Panna Cotta

Untuk penggemar puding, boleh try versi ala puding yang bertekstur ringan ni.

Resipi Tiramisu Panna Cotta oleh MaRulez Arif
Minggu yang mencabar. Busy tapi nak sahut cabaran #GoldenApron2023. Bahan dah beli hujung minggu lepas tapi sampai ahad juga baru sempat nak buat. Yos #GA23Marulez

4. Tiramisu Keto

Siapa yang bercita-cita nak bakar lemak berlebihan tu, bolehlah cuba versi keto ni.

Resipi Keto Tiramisu Cake Easy Version, No Egg, No Alchohol oleh Azhani Amiruddin
this recipe per serving contain 6g carbs and 660kcal. it’s high, i know... but a crave might worth it. if not, u wouldn’t be searching for the recipe 😁 this is an easy version. the one u can make for a quick fix for tiramisu crave. easy is relative here. tiramisu in general is not the easiest desse…

5. Tiramisu Matcha

Bagi yang kurang gemar kopi atau peminat matcha, boleh try yang ni. Sedap tau!

Resipi Matcha Tiramisu oleh Jeehan Kitchen
Keluarga kami sangat menyukai Dessert Yang berbahan dasar Cheese, untuk itu hari ini saya ada buat Matcha Tiramisu untuk keluarga. Dan tak sabar nak share Resepi dengan sahabat Cookpaders semuanya. Resepi die senang jer... Give a try and Happy Cooking guy’s 😘😘😘 #dessert #tiramisu #madeby@Jeehan_K…

6. Tiramisu Biskut Marie

Biskut Ladyfinger out of stock kat kedai? Guna biskut marie pun boleh!

Resipi Tiramisu 🇮🇹 oleh Noor Atika Mahamood
Tiramisu bermaksud ’pick me up” dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Italy. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun. Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pe…

7. Tiramisu Cream Cheese

Mascarpone susah nak cari atau terlampau mahal? Guna je cream cheese!

Resipi Tiramisu Mudah oleh 0h Hana !!
Kalau nama tiramisu ni.. saya cukup suka la.. Kek , coklat tu kasi ke saya je .. ni lagi lah benda tengah FOMO anak pun nak juga.. Week9 #CookpadApron2025 Keju Serbuk koko Kopi

8. Cheesekut Tiramisu

Gabungan dua dessert dalam satu, untuk peminat cheesekut dan tiramisu.

Resipi Resepi Cheesekut Tiramisu Sedap Dan Berkrim oleh Nora Hj Talib
Cheesekut Tiramisu dessert yang sedap sangat kalau dimakan waktu sejuk. Lapisan biskut yang dicelup dalam bancuhan bancuhan kopi instant, diselang selikan dengan adunan cheese yang lemak berkrim rasanya. Dessert ni pernah viral pada suatu masa dulu, dan cara mudah nak sediakannya. Tak perlu guna ove…

9. Tiramisu Yoghurt

Untuk yang nak diet, ni ada versi low fat tanpa keju yang tak kurang sedapnya.

Resipi Yogurt Tiramisu : Cheesekut Dengan Greek Yogurt oleh Nihadriz Niha
Boleh guna keju mascarpone, sebab rasanya sangat light. Saya gunakan Greek Yogurt sebab kandungan lemak rendah dan tinggi dengan protein serta kalsium. Boleh gantikan lapisan biskut dengan biskut keto, kalau nak. Selamat mencuba!

10. Tiramisu Strawberry

Bagi yang kurang gemar rasa pahit kopi, boleh cuba versi masam-masam manis ni.

Resipi Tiramisu Strawberry 🍓 oleh MaRulez Arif
Hasil ubah suai tiramisu untuk tekak yang suka masam-masam manis berbanding pahit kopi dari tiramisu asal. jom cuba.