Korang belajar memasak daripada siapa?

Bagi minmin, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan minmin kepada ikan sayur periuk belanga tak lain tak bukan arwah mak minmin sendiri.

Bagi kebanyakan daripada kita, ibu ialah orang pertama yang memperkenalkan kita kepada dunia masakan. Ramai yang bukan je belajar memasak daripada ibu, tapi belajar mengenal pelbagai bahan-bahan dapur termasuk bahan-bahan segar yang digunakan dalam masakan.

Sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia Ahad ni, minmin persembahkan 10 resipi warisan ibu tercinta daripada 10 Cookpaders Malaysia. Jom raikan kenangan bersama ibu tercinta dengan memasak semula resipi peninggalan ibu hari ini!

1. Tepung Torak Warisan Emak oleh Erna Hezreen Hamzah

Resipi Tepung Torak Warisan Emak oleh Erna Hezreen Hamzah
#goldenapron Sejenis kuih tradisi yang popular di utara tanah air pada zaman dahulu. Sekarang dah semakin pupus ditelan zaman. Susah dah nak jumpa orang yg jual kuih ni & generasi yg pandai buat kuih ni pun dah ramai meninggalkan generasi sekarang. Rasa kuih yg lemak manis ni memang sesuai dijadikan…

2. Kuih Siput Ibuku oleh Aznie Khasri

Resipi 🍃Kuih Siput (resepi ibuku)🍃 oleh Aznie Khasri
Memang nostalgia kuih siput ni.. Kuih siput ni resepi dari mak Aznie.. ingat lagi masa kecil dulu tiap kali menjelang raya arwah abah akan kekedai membeli barang persiapan tuk buat kuih siput ni.. Bila mak siap adun.. kami adik beradik duk ramai-ramai gentel kuih siput.. macam-macam saiz ada.. Resep…

3. Mee Sup Bonda Izan oleh Mardiana Jaafar

Resipi Mee Sup Bonda Izan oleh Mardiana Jaafar
#goldenapron2020 #minggu29 Minggu lepas apabila pulang ke kampung, teringin nak makan mee sup. Mak cakap “meh mak tolong along masak. Kita boleh masak sama-sama.” Rupanya cara mak masak sup ayam dan saya tak sama. Patutlah rasanya berbeza. Nak tau apa yang bezanya? Let’s check it out. Jom saya kongs…

4. Kuih Lepat Liat Mak Munah oleh Latipah Nawawi

Resipi Kuih Lepat Liat Mak Munah oleh LATIPAH NAWAWI
Kuih Lepat Liat adalah kuih tradisi yang berasal dari negeri utara. Bila google, kuih yang liat dan manis ni, ada beberapa resepi yang ada. Resepi ni dari mak yang berusia 80 tahun, berasal dari Perak utara. Dulu, mak selalu buat kuih ni untuk bekalan dia ke bendang. Kuih yang menjadi kesukaan adik …

5. Pulut Kacau Bonda oleh Norida Alias

Resipi Pulut Kacau Bonda oleh Norida Alias
#bazaarramadan [minggu 4] #goldenapron2020 [minggu 3] Orang sebelah Utara panggil pulut kacau, orang Pantai Timur panggil Nasi Manis/Pulut Manis. Bahasa buku panggil Wajik. Apa pon namanya, ini adalah resepi tinggalan nenek moyang yang perlu kita pelajari agar tidak hilang ditelan zaman. Selalu beli…

6. Kuih Loyang Emak oleh Siti Norfardiana Amran

Resipi Kuih loyang emak oleh Siti Norfardiana Amran
kuih loyang , kuih tradisi dari dulu2 lagi, so masa kecik2 rajin la nk tlong mak , tapi arwah mak dah x ada jun 2022 yg lepas , so kita kongsi sikit ilmu yg mak tggalkan supya dapat jdi saham akhrat buat mak , selamat mencuba ya kawan2.. Bismillah

7. Biskut Cerelac Sabah Mamaku oleh Leeina Qaliena

Resipi Biskut Cerelac Sabah “resepi istimewa mamaku” oleh Leeina Qaliena
Apa itu Cerelac? Cerelac adalam bijirin bayi yang berusia 6 bulan keatas tu ye.. (Nestle Crelac). Biskut cerelac sabah ni kalau dapat makan memang susah nak move on. Selagi tak habis selagi tu ulang makan.Inilah biskut Berhantu jadi rebutan dalam keluarga ummi sekeluarga jika musim raya. Setiap tahu…

8. Pajeri Terung Tanpa Santan Arwah Mak oleh Sesimple Loralin

Resipi Pajeri Terung Tanpa Santan (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak) oleh Sesimple Loralin
#goldenapron2020 #SomethingToRemember #Tribute2ArwahMak Kegemaran keluarga turun temurun. Pajeri tanpa santan seperti yang selalu arwah mak buatkan. Mungkin tak sama sebiji rasa air tangan arwah mak, tapi air tangan Uchu ni pengubat rindu semua adik beradik terhadap air tangan arwah mak. Masing2 aka…

9. Lontong Mak oleh Shazrina

Resipi Lontong Mak oleh shazrina
Lontong yang paling sedap mestilah yg mak buat😋tak pernah masak sendiri takut rasanya tak sama..lontong ni arwah nenek sedara yang ajar kat mak..tak jumpa lagi orang jual kat mana²..biasa lontong dengan kuah lodeh..sya suka yg macam ni sebab ade rempah dan kacang sayur sedap sangat😋sebenarnya warn…

10. Rendang Ayam Warisan Bonda oleh ha.lim39

Resipi Rendang Ayam Warisan Bonda oleh ha.lim39
#unique2u #goldenapron2020 Resepi warisan dari aruah mak,rendang ini unik sebab menggunakan bahagian dada ayam bertulang dan ada dimasukkan sedikit campuran rempah di dalamnya.Biasakan bila bahagian dada kurang digemari berbanding bahagian ayam yang lain bila dimasak.Untuk elakkan pembaziran mak sel…

Mujurlah resipi-resipi yang diturunkan oleh ibu-ibu kawan-kawan kita ni dah selamat diabadikan dalam Cookpad. Ni lah salah satu kelebihan share resipi kat Cookpad. Bukan sekadar berkongsi ilmu, tapi dengan berkongsi resipi juga memastikan resipi-resipi turun-temurun ni tak hilang macam tu je, jadi kalau ada sesiapa nak cuba buat esok boleh ikut je resipi ni step-by-step. Dengan sukatan bahan-bahan yang tepat, dan langkah-langkah terperinci yang disertai dengan gambar-gambar dan video klip yang menunjukkan prosesnya, resipi lebih mudah diikuti dan lebih cemerlang hasilnya.

Jom cuba resipi-resipi kawan-kawan kita kat atas! Dah cuba jangan lupa Cooksnap!