Setiap daripada kita yang masak hari-hari ni mesti ada bahan-bahan yang dikira wajiblah ada kat dapur. Kalau takde ni mau mati kutu kita dibuatnya, padahal yang takde tu satu je.

Kalau lengkap semua bahan-bahan ni kat dapur, lengkaplah hidup kita.

Chef-chef rumahtangga kat Malaysia ni memang rajin bereksperimen. Kita bukan setakat masak hidangan local je, tapi hidangan dari serata dunia pun kita pulun. Kalau bukak kabinet dapur dengan peti sejuk tu, penuh dengan macam-macam benda. Kalau ada pertandingan dapur terpaling sarat kat dunia ni confirm orang Malaysia yang menang.

Tapi dalam banyak-banyak bahan tu, minmin perasan 15 yang kat bawah ni boleh dikatakan ada je kat setiap dapur chef rumahtangga kat negara kita ni. Masuklah mana-mana dapur pun, sure ada tersimpan stok.

  1. Cili
  2. Bawang
  3. Halia
  4. Ubi Kentang
  5. Ayam
  6. Telur Ayam
  7. Belacan
  8. Beras
  9. Kunyit
  10. Limau
  11. Tepung Gandum
  12. Kicap
  13. Asam Jawa
  14. Cuka
  15. Lada Hitam

1. Cili

Haaa ni memang benda wajib ada dalam dapur rakyat Malaysia sebab rata-rata masakan Malaysia ni terutama sekali masakan Melayu guna cili. Tak kira lah cili merah, cili hijau, cili padi atau cili kisar, kalau jengah dalam fridge mesti ada.

Resipi Pes Cili Serbaguna oleh Leeina Qaliena
🍽621🍽 πŸ‘©β€πŸ³56/2023πŸ‘©β€πŸ³ PES Battle #PersiapanRamadan Pes cili serbaguna #PersiapanRamadan.Lebih mudah dan cepat proses memasak juadah berbuka.Jimat masa bagi ibu2 yang sibuk.macam ummi sendiri bulan ramadhan ummi akan sibuk siapkan tempahan kuih raya.Jadi agak keletihan dan masa itu sangat berharg…

2. Bawang

Bukan membawang ye, tapi bawang untuk memasak. Ni termasuklah bawang besar, bawang merah, bawang kecil, bawang Holland dan bawang putih. Lain orang, lain bawang. Ada orang suka pakai bawang besar, ada yang macam minmin lagi suka guna bawang kecil. Ada yang semua jenis bawang pun dia ada, dah serupa kedai runcit dah gayanya.

Resipi Food Prep: Bawang/Halia & Bawang Putih Kisar Guna Air Beralkali pH 9.5 oleh Sesimple Loralin
Uchu memang sentiasa restock bahan ni sebab memang jenis memasak banyak dan kerap dan boleh stress kalau tak dapat memasak!🀣 Uchu tak tumis sebab bukan semua masakan Uchu akan guna minyak masak. Pengalaman Uchu prep bahan kisar ni, Uchu akan guna air beralkali supaya bahan tahan lama dan segi rasa …

3. Halia

Halia ni fungsinya bukan je untuk sedapkan lagi rasa masakan tu, tapi juga elok untuk buang angin berlebihan dalam badan. Setengah orang saja tambah halia dalam hidangan yang guna bahan-bahan "berangin" macam ubi kentang dan santan supaya tak terlalu merana badan bila makan.

Resipi Ayam kukus halia oleh Ani Delighted
#KidAtHeart menu bekal/ menu pantang (week 4) Menu ayam sesuai untuk orang berpantang.

4. Ubi Kentang

Salah satu bahan versatile yang boleh diolah jadi macam-macam hidangan. Nak campur dalam masakan pun boleh, nak buat pai pun boleh, nak goreng macam tu je pun sedap. Budak-budak yang tak berapa minat makan nasi biasanya tak menolak kalau dihidangkan kentang.

Resipi Baked Potato oleh FZ Adzlin
Kentang : Bakar dengan kulit Menu kudap kudap petang ni..memang sangat mudah dan mengenyangkan.. Daun parsley yang sangat layu itu di jadikan hiasan..syg nak buang kan Pssssttt...jangan membazir..😊😊 #CookEveryPart4

5. Ayam

Ni antara protein paling common yang ada dalam dapur orang kita, terutamanya rumah yang ada budak-budak ni. Biar takde ikan, biar takde daging, tapi ayam mesti ada. Budak-budak punya favourite, lebih-lebih lagi kalau goreng macam tu je. Takde sisa langsung!

Resipi Ayam goreng ala kfc oleh 0h Hana !!
Dek kerana sekarang ni banyak isu yang diperjuangkan.. maka kita tiruvasi je la walau ada sedikit serupa dan rasa kurang sama janji anak gembira yeahhhh!!!!

6. Telur Ayam

Ni lagi satu protein yang selalu ada dalam dapur kita. Bahan terpenting terutama sekali time-time hujung bulan sebelum gaji masuk. Telur sangat versatile dan boleh dibuat macam-macam hidangan yang best-best macam shakshouka dan puding karamel, bukan sekadar telur masak kicap je tau!

Resipi Telur Rebus Air Asam Viral oleh Julia ALeen Aireish
Serius jujur nak cakap pertama kali tau jumpa resipi telur buat macam ni. Namanya pun viral wajib cuba dan rasa. Alhamdulliah boleh join dengan selera. Anak-anak tak berapa suka kita yang tua bolehlah terima ada pedas cili api dan masam-masam manis sikit.

7. Belacan

Rumah orang Melayu mesti ada belacan dalam fridge. Kalau takde idea sangat nak masak apa, sambal belacan pun onz. Gu pulak dengan dengan ikan goreng, fuuuuuhh! Belacan pun orang kita selalu campur sekali dalam cili kisar untuk sedapkan lagi cili kisar tu dan kurangkan sikit pedas dia.

Resipi Sambal belacan berapi oleh KAM
Sambal belacan ini saya suka makan dengan sayur air, tom yam dan lauk pauk yg lain. Kali ni pedas dia lain macem skit πŸ₯΅πŸ₯΅. Mungkin sebab cili padi thai kot. Lepas makan je terus rasa tebal bibir ku ini 🀣🀣🀣. Sempena masakan merah ni, sambal belacan ni merah lagi berapi πŸ’₯πŸ’₯. Selamat mencuba ❀️.

8. Beras

Makanan ruji rakyat Malaysia. Kebanyakan orang kita ni tak kira lah lauk apa, mesti nak kena ada nasi jugak, kalau takde nasi rasa tak lengkap hidup. Beras naik harga boleh bikin rusuhan weyh! Beras ni nak buat bubur atau puding pun boleh.

Resipi Cara Mengelakan Beras dari berkutu oleh Ahlia Syed Firdaus
#goldenapron2020 #minggu15 tips nie dapat dari MIL, sebelum nie tak tahu pun, jadi setiap kali beli beras kena 5kg saja sebab beli banyak-banyak takut jadi berkutu saja. Bila dah tahu, dan cuba cara nie sungguhlah dengan izin Allah kutu kat beras pun xada. Jadi masalah beras beekutu is done 😚.

9. Kunyit

Tak kira lah kunyit hidup atau serbuk kunyit, ni pun biasa kita tengok dalam dapur orang kita. Kalau nak goreng ikan atau ayam, kunyit ni antara bahan terpenting yang mesti ada. Masakan kita pun banyak guna kunyit, terutamanya masakan Melayu.

Resipi Pes Garam Kunyit oleh ha.lim39
#21/511/2023 Pes Battle #PersiapanRamadhan : Pes Garam Kunyit cara aruah mak k ha untuk perapan goreng ikan,ayam dan juga daging. Kalau dahulu aruah mak guna batu lesung untuk menumbuk,garamnya guna garam kasar,sekarang lebih senang guna blender,garamnya tukar kepada garam himalaya. Kisar lebih sedi…

10. Limau

Ni bahan serbaguna dalam dapur kita, buat penyedap masakan pun ye, buat air pun ye, buat penghilang bau ayam, ikan dan lain-lain seafood pun ye. Tak kira lah limau nipis ke atau limau kasturi, dalam dapur kita mesti ada salah satu limau masakan ni kan?

Resipi Air Limau Nipis oleh Nana Isya
Cuaca panas-panas begini cukup best dapat minum air sejuk yang masam-masam manis. #goldenapron2020

11. Tepung Gandum

Ni benda wajib yang mesti ada dalam dapur mak-mak kat Malaysia ni. Banyak gunanya tepung gandum ni. Boleh buat kek, boleh buat biskut, boleh buat kuih, boleh buat mee, boleh buat goreng-goreng dan eh macam-macam lagi lah! Tepung gandum pun boleh digunakan untuk menghilangkan bau ayam.

Resipi Lempeng Kosong dengan Sambal Bilis Tempoyak oleh Kakak Faa
#MatchmakerMonth Prince Lempeng ni, anok raja Pahang. Jadi selera nya selera tempoyok je la. Kena laa match kan dengan sambal bilis Tempoyak.kena sangat la tuu. Xcukup 2 keping. Sambal bilis tempoyak tu kuantiti banyak sebab buat utk lunch sekali. Senang. Lunch masak nasi & goreng ikan je. Lempeng t…

12. Kicap

Sama ada kicap manis, kicap masin, kicap pekat atau kicap cair, orang Malaysia sememangnya tak boleh hidup tanpa kicap. Takde lauk takde hal, janji ada kicap! Goreng telur, tuang kicap, tu pun dah cukup nikmat makan dengan nasi panas-panas.

Resipi Telur Kicap Bawang viral oleh Nur Nadiah
Done βœ… Cuba resipi viral , memang sedap sesangat gu dengan nasi panas pun layan.πŸ₯°

13. Asam Jawa

Asam jawa ni memang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Asam pedas, asam rebus, sambal tumis, semua guna asam jawa. Orang kata nak suara sedap kena amalkan minum air asam jawa, betul ke? Yang pasti, asam jawa bukan je sedap dimasak, tapi boleh dijadikan minuman yang melegakan batuk dan sakit tekak.

Resipi Musica Drink (Zambian Tamarind Drink) πŸ‡ΏπŸ‡² oleh Dapur Yusfarisyia
#BenderaOren2 Pokok asam jawa liar menjulang tinggi di tebing Sungai Zambezi. Ianya dipanggil muzik oleh orang asli Tonga dan Tokaleya yang telah tinggal dekat, atau di bawah mereka, selama ribuan tahun. Musika dikunyah dan dimakan segar pada musim ketika pulpa adalah campuran manis dan masam yang s…

14. Cuka

Selalunya cuka yang biasa digunakan dalam masakan kita ialah cuka putih, tapi ada juga yang gunakan apple cider vinegar. Salah satu masakan Melayu yang popular ialah masak cuka. Cuka ni banyak kegunaannya kat dapur. Selain menjadi penambah perisa dalam masakan, cuka juga boleh digunakan untuk mencuci dan membersihkan dapur. Tak payah beli spray dapur mahal-mahal lagi.

Resipi Ikan Masak Cuka oleh Salina Jalaludin
#goldenapron2020 #minggu14 #cookpadmalaysia Ini menu feveret suami. Hari ni masak untuk dia kemain selera dia makan. Alhamdulillah untuk momen indah begini πŸ₯°

15. Lada Hitam

Lada hitam ni memang tak boleh tak ada dalam dapur, mesti ada, sebab boleh dikatakan hampir semua jenis masakan guna blackpepper, dari masakan western ke masakan Melayu. Ada orang suka beli biji lada hitam seketul-seketul tu dan tumbuk sendiri sebab suka yang kasar-kasar, ada yang suka jenis serbuk tu sebab senang nak guna main tabur je dalam masakan.

Resipi Homemade Sos Blackpaper oleh Nor Al Fatihah
Sos Blackpaper ni sesuai di gunakan utk chicken chop & mashed potato..sedap sgt..terasa blackpaper nye..pekat2..nak cicah dgn roti pun boleh..

Korang pulak, macam mana? Bahan-bahan apa yang wajib ada dalam dapur korang? Jom share dengan minmin kat ruangan komen!

Korang tau tak kat Cookpad, korang juga boleh cari resipi yang sesuai dengan hanya taip nama bahan-bahan kat bar carian? Mana lagi nak dapat beb! Bukan setakat satu bahan je dia boleh cari, dua-tiga bahan sekali harung pun boleh, macam cili, belacan dan ikan bilis. Senang kerja kat dapur ada Cookpad ni! Korang boleh install app Cookpad kat Play Store atau App Store.

Kredit: Gambar utama artikel ini milik Ziana Che Saad