Cari

15 Bahan Wajib Ada Di Dapur Chef Rumahtangga Malaysia

15 Bahan Wajib Ada Di Dapur Chef Rumahtangga Malaysia

Setiap daripada kita yang masak hari-hari ni mesti ada bahan-bahan yang dikira wajiblah ada kat dapur. Kalau takde ni mau mati kutu kita dibuatnya, padahal yang takde tu satu je.

Kalau lengkap semua bahan-bahan ni kat dapur, lengkaplah hidup kita.

Chef-chef rumahtangga kat Malaysia ni memang rajin bereksperimen. Kita bukan setakat masak hidangan local je, tapi hidangan dari serata dunia pun kita pulun. Kalau bukak kabinet dapur dengan peti sejuk tu, penuh dengan macam-macam benda. Kalau ada pertandingan dapur terpaling sarat kat dunia ni confirm orang Malaysia yang menang.

Tapi dalam banyak-banyak bahan tu, minmin perasan 15 yang kat bawah ni boleh dikatakan ada je kat setiap dapur chef rumahtangga kat negara kita ni. Masuklah mana-mana dapur pun, sure ada tersimpan stok.

  1. Cili
  2. Bawang
  3. Halia
  4. Ubi Kentang
  5. Ayam
  6. Telur Ayam
  7. Belacan
  8. Beras
  9. Kunyit
  10. Limau
  11. Tepung Gandum
  12. Kicap
  13. Asam Jawa
  14. Cuka
  15. Lada Hitam

1. Cili

Haaa ni memang benda wajib ada dalam dapur rakyat Malaysia sebab rata-rata masakan Malaysia ni terutama sekali masakan Melayu guna cili. Tak kira lah cili merah, cili hijau, cili padi atau cili kisar, kalau jengah dalam fridge mesti ada.

Pes Cili Serbaguna
Pes Cili Serbaguna⏱ 1 jamcili kering kerinting halus, cili kering besar, air untuk kisar

2. Bawang

Bukan membawang ye, tapi bawang untuk memasak. Ni termasuklah bawang besar, bawang merah, bawang kecil, bawang Holland dan bawang putih. Lain orang, lain bawang. Ada orang suka pakai bawang besar, ada yang macam minmin lagi suka guna bawang kecil. Ada yang semua jenis bawang pun dia ada, dah serupa kedai runcit dah gayanya.

Food Prep: Bawang/Halia & Bawang Putih Kisar Guna Air Beralkali pH 9.5
Food Prep: Bawang/Halia & Bawang Putih Kisar Guna Air Beralkali pH 9.5bawang merah (besar + kecil), Air beralkali (pH 9.5), halia, bawang putih, Air beralkali (pH 9.5)

3. Halia

Halia ni fungsinya bukan je untuk sedapkan lagi rasa masakan tu, tapi juga elok untuk buang angin berlebihan dalam badan. Setengah orang saja tambah halia dalam hidangan yang guna bahan-bahan “berangin” macam ubi kentang dan santan supaya tak terlalu merana badan bila makan.

Ayam kukus halia
Ayam kukus halia⏱ 30 minitbawang putih, ayam dipotong sederhana besar, bawang putih, halia di potong kecil, lada hitam

4. Ubi Kentang

Salah satu bahan versatile yang boleh diolah jadi macam-macam hidangan. Nak campur dalam masakan pun boleh, nak buat pai pun boleh, nak goreng macam tu je pun sedap. Budak-budak yang tak berapa minat makan nasi biasanya tak menolak kalau dihidangkan kentang.

Baked Potato
Baked Potato⏱ 30minitBiji kentang, sosej, mentega, sudu besar susu sejat/fresh milk/fullcream, Garam secukup rasa

5. Ayam

Ni antara protein paling common yang ada dalam dapur orang kita, terutamanya rumah yang ada budak-budak ni. Biar takde ikan, biar takde daging, tapi ayam mesti ada. Budak-budak punya favourite, lebih-lebih lagi kalau goreng macam tu je. Takde sisa langsung!

Ayam goreng ala kfc
Ayam goreng ala kfcayam, tepung ayam segera, serbuk lada hitam, parsley kering, oregano kering

6. Telur Ayam

Ni lagi satu protein yang selalu ada dalam dapur kita. Bahan terpenting terutama sekali time-time hujung bulan sebelum gaji masuk. Telur sangat versatile dan boleh dibuat macam-macam hidangan yang best-best macam shakshouka dan puding karamel, bukan sekadar telur masak kicap je tau!

Telur Rebus Air Asam Viral
Telur Rebus Air Asam Viral📸 2biji telur - terpulang berapa biji awak nak buat, biji bawang besar - hiris halus, biji tomato - hiris, biji cili besar hijau - hiris, biji cili besar merah - hiris

7. Belacan

Rumah orang Melayu mesti ada belacan dalam fridge. Kalau takde idea sangat nak masak apa, sambal belacan pun onz. Gu pulak dengan dengan ikan goreng, fuuuuuhh! Belacan pun orang kita selalu campur sekali dalam cili kisar untuk sedapkan lagi cili kisar tu dan kurangkan sikit pedas dia.

Sambal belacan berapi
Sambal belacan berapi📸 1biji cili hijau besar, cili padi, inci belacan, bawang putih, biji tomato

8. Beras

Makanan ruji rakyat Malaysia. Kebanyakan orang kita ni tak kira lah lauk apa, mesti nak kena ada nasi jugak, kalau takde nasi rasa tak lengkap hidup. Beras naik harga boleh bikin rusuhan weyh! Beras ni nak buat bubur atau puding pun boleh.

Cara Mengelakan Beras dari berkutu
Cara Mengelakan Beras dari berkutuBeras yang ada di rumah, Segengam chili kering

9. Kunyit

Tak kira lah kunyit hidup atau serbuk kunyit, ni pun biasa kita tengok dalam dapur orang kita. Kalau nak goreng ikan atau ayam, kunyit ni antara bahan terpenting yang mesti ada. Masakan kita pun banyak guna kunyit, terutamanya masakan Melayu.

Pes Garam Kunyit
Pes Garam KunyitBahan A:, kecil Garam Himalaya, Bahan B:, Bawang Puteh, Kunyit Hidup

10. Limau

Ni bahan serbaguna dalam dapur kita, buat penyedap masakan pun ye, buat air pun ye, buat penghilang bau ayam, ikan dan lain-lain seafood pun ye. Tak kira lah limau nipis ke atau limau kasturi, dalam dapur kita mesti ada salah satu limau masakan ni kan?

Air Limau Nipis
Air Limau Nipis⏱ 10minit · 📸 2biji limau nipis, air tapis, sudu besar gula, air suam, Ais kiub secekupnya

11. Tepung Gandum

Ni benda wajib yang mesti ada dalam dapur mak-mak kat Malaysia ni. Banyak gunanya tepung gandum ni. Boleh buat kek, boleh buat biskut, boleh buat kuih, boleh buat mee, boleh buat goreng-goreng dan eh macam-macam lagi lah! Tepung gandum pun boleh digunakan untuk menghilangkan bau ayam.

Lempeng Kosong dengan Sambal Bilis Tempoyak
Lempeng Kosong dengan Sambal Bilis Tempoyak⏱ 1 jamtepung gandum, Garam dan gula, Air sejuk, minyak masak, minyak masak

12. Kicap

Sama ada kicap manis, kicap masin, kicap pekat atau kicap cair, orang Malaysia sememangnya tak boleh hidup tanpa kicap. Takde lauk takde hal, janji ada kicap! Goreng telur, tuang kicap, tu pun dah cukup nikmat makan dengan nasi panas-panas.

Telur Kicap Bawang viral
Telur Kicap Bawang viral📸 2telur, bawang merah - hiris, bawang putih - hiris, cili padi - hiris, kicap

13. Asam Jawa

Asam jawa ni memang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Asam pedas, asam rebus, sambal tumis, semua guna asam jawa. Orang kata nak suara sedap kena amalkan minum air asam jawa, betul ke? Yang pasti, asam jawa bukan je sedap dimasak, tapi boleh dijadikan minuman yang melegakan batuk dan sakit tekak.

Musica Drink (Zambian Tamarind Drink) 🇿🇲
Musica Drink (Zambian Tamarind Drink) 🇿🇲asam jawa (2 sudu besar kalau guna pes), air, sudu besar madu/gula (saya guna 1 1/2 sudu kecil gula O), Ketulan ais secukupnya

14. Cuka

Selalunya cuka yang biasa digunakan dalam masakan kita ialah cuka putih, tapi ada juga yang gunakan apple cider vinegar. Salah satu masakan Melayu yang popular ialah masak cuka. Cuka ni banyak kegunaannya kat dapur. Selain menjadi penambah perisa dalam masakan, cuka juga boleh digunakan untuk mencuci dan membersihkan dapur. Tak payah beli spray dapur mahal-mahal lagi.

Ikan Masak Cuka
Ikan Masak Cuka⏱ 45minit · 📸 3ekor ikan kembung (dipotong 2), sudu besar serbuk kunyit, sudu besar garam, biji bawang besar (dipotong sedikit), bawang putih (dipotong sedikit)

15. Lada Hitam

Lada hitam ni memang tak boleh tak ada dalam dapur, mesti ada, sebab boleh dikatakan hampir semua jenis masakan guna blackpepper, dari masakan western ke masakan Melayu. Ada orang suka beli biji lada hitam seketul-seketul tu dan tumbuk sendiri sebab suka yang kasar-kasar, ada yang suka jenis serbuk tu sebab senang nak guna main tabur je dalam masakan.

Homemade Sos Blackpaper
Homemade Sos Blackpaperbutter @ marjerin, bawang holland -di potong dadu, tepung gandum, fresh milk, air

Korang pulak, macam mana? Bahan-bahan apa yang wajib ada dalam dapur korang? Jom share dengan minmin kat ruangan komen!

Korang tau tak kat Cookpad, korang juga boleh cari resipi yang sesuai dengan hanya taip nama bahan-bahan kat bar carian? Mana lagi nak dapat beb! Bukan setakat satu bahan je dia boleh cari, dua-tiga bahan sekali harung pun boleh, macam cili, belacan dan ikan bilis. Senang kerja kat dapur ada Cookpad ni! Korang boleh install app Cookpad kat Play Store atau App Store.

Kredit: Gambar utama artikel ini **milik Ziana Che Saad**