Sahur merupakan keperluan bagi kebanyakan umat Islam sebelum memulakan ibadah puasa untuk hari yang seterusnya. Selain daripada meraih pahala lebih di bulan Ramadan kerana melakukan sesuatu yang sunat, bersahur juga dapat memastikan yang tubuh badan kita mendapat bekalan yang secukupnya dan kekal bertenaga ketika berpuasa.

Kita seringkali menghadapi masalah lebihan makanan daripada juadah berbuka puasa. Tahun ini, apa kata kita mengolah semula lebihan makanan tadi menjadi hidangan bersahur yang enak lagi mengenyangkan? Selain daripada mengelakkan pembaziran yang amat dibenci oleh agama, kita juga boleh menjimatkan belanja dan masa kerana tidak perlu memasak hidangan baharu untuk sahur.

Lebihan nasi, lebihan roti dan lebihan lauk semua boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang sedap dan berbeza untuk sahur. Jom cedok idea daripada 20 resipi lebihan makanan berikut yang dikongsi oleh rakan-rakan Cookpader kita!

1. Bubur Kerak Nasi Ayam oleh Salina Jalaludin
2. Cucur Rosi oleh Umi Minarni
3. Sandwich Bakar Ayam Leftover oleh KAM
4. Nasi Goreng Lauk Lebihan Malam Tadi oleh Mohd Fadzlee
5. Kutiaw Goreng Left Over Food oleh Wan Gilo
6. Nuget dari Lebihan Makanan oleh IntanNS
7. Roti Canai Tumis Pedas Sosej oleh Julia ALeen Aireish
8. Kari Telur Mottainai oleh Master Jamal
9. Jeput Ikang oleh Ana Ahmad
10. Cawan Roti Caca Marba oleh ha.lim39
11. Lempeng Nasi oleh Norashikin Rahmat
12. Lontong Goreng oleh Nurain Jalil
13. Bread Caserol Ayam oleh Haliza Jeran
14. Bubur Kulit Roti oleh Cikgu Faez
15. Nasi Goreng Ikan Semalam oleh Izzah Ab Aziz
16. Strata Roti bersama Ayam dan Bayam oleh Nur Afiqah Junidak
17. Sambal Tumbuk Ikan Keli oleh Ell Sakimin
18. Kerabu Beko, Kulit Ubi dan Bayam Brazil oleh Liana Nick 
19. Pegedil Ayam oleh Nor Ariffin
20. Nasi Kukus Ayam Cendawan Leftover oleh KUZUKA by Jeehan

Selamat mencuba! Jangan lupa hantar Cooksnap kepada pemilik resipi tersebut selepas mencubanya!