Bagi kebanyakan daripada kita, sayur merupakan sebahagian daripada sajian wajib setiap hari. Tiap kali dinner atau lunch, mesti ada nasi, lauk utama (yang biasanya terdiri daripada protein seperti ikan, ayam atau daging), dan sayur, meskipun hanya sekadar ulam atau timun potong. Takde tiga-tiga ni rasa tak lengkap hidangan makan tengah hari atau makan malam.

Tapi seperti yang kita sedia maklum, sayur tak tahan lama. Masalahnya ramai antara kita mempunyai cita-cita tinggi di mana sayur yang dibeli jauh lebih banyak daripada sayur yang dimakan, atau kekerapan membeli sayur tu lebih tinggi daripada kekerapan memasak sayur tu sendiri. Terutamanya kalau jenis yang tak masak hari-hari ni. Last-last, layu macam tu je sayur tu semua dalam peti sejuk. Tak pun sampai boleh berdikari buat pokok sendiri.

So korang yang selalu ada masalah sayur rosak sebelum sempat dimasak tu, meh sini minmin kongsikan cara untuk elakkan pembaziran bila membeli sayur. Jangan biarkan sayur anda terkulai sepi di dalam peti.

  1. Rancang pembelian
  2. Simpan dengan betul
  3. Masak dengan cara berbeza

1. Rancang pembelian

Memandangkan sayur kebanyakannya tak tahan lama, terutamanya yang jenis berdaun, ada baiknya kalau kita rancang pembelian sayur yang kita nak pakai tu terlebih dahulu supaya semuanya habis dimasak dan takde yang rosak akibat lama sangat terperap dalam peti sejuk. Nak beli bila? Sekerap mana? Berapa banyak? Semua tu penting dalam perancangan pembelian sayur.

Resipi Tips simpan daun sup, sayur-sayuran dan serai supaya tahan lama oleh Zahrah Buang
Kita harus menjaga bahan-bahan mentah dengan cara terbaik supaya tahan lama dan sentiasa segar..... #kitajagakita #soalan2 #goldenapron2020 #cookpad.com

Yang paling ideal, pergi beli sayur setiap hari. Bila nak masak je baru beli, dan pastikan kita hanya beli apa yang kita nak pakai hari tu je. Esok lusa punya lain cerita. Gerenti takde pembaziran. Kalau nak elakkan daripada "terbeli" lebih, bawak duit cukup-cukup je untuk belanja hari tu.

Kalau tak mampu nak shopping sayur hari-hari, seminggu sekali pun ok dah. Rancang dulu menu sayur apa kita nak masak dalam seminggu tu, lepas tu catit kat dalam phone supaya senang kita nak rujuk balik pada list bila keluar grocery shopping nanti. Pastikan kita beli apa yang dicatit dalam list tu je, jangan pandai-pandai nak tambah itu-ini.

Korang boleh gunakan carta kat bawah sebagai panduan untuk tentukan sayur apa nak masak dulu dan sayur apa nak masak kemudian. Sayur berdaun macam sawi, bayam dan kangkung boleh tahan sehingga 3 hari je, so pastikan korang plan untuk masak sayur-sayur tu dulu dalam minggu tu. Sayur yang lebih keras macam lobak merah, kobis dan timun boleh tahan sampai 7 hari, so semua tu boleh masak time hujung-hujung sekali.

2. Simpan dengan betul

Cara simpan sayur pun penting untuk memastikan sayur-sayur yang kita beli kekal segar lebih lama. Kalau main campak je semua dalam fridge lepas beli, alamatnya tak panjanglah umur sayur tu. Memanglah ambik masa sikit, tapi daripada spend duit beli itu-ini last-last satu apa pun tak boleh pakai, baik spend masa sikit supaya sayur-sayur yang kita beli tak terbazir macam tu je.

Ada banyak tips sayur yang dikongsi oleh Cookpaders kat resipi masing-masing termasuk cara menyimpan sayur yang betul. Antaranya ialah:

  1. Jangan cuci sayur lepas membelinya. Terus simpan dalam peti sejuk, masuk dalam bekas kedap udara yang kering. Pastikan sayur tu ditutup dengan tisu dapur kat bahagian atas sekali sebelum bekas tu ditutup untuk serap lembapan berlebihan yang boleh merosakkan sayur.
  2. Untuk sayur bertangkai macam cili, tomato dan terung, buang dulu tangkainya sebelum disimpan.
  3. Kalau tak nak simpan dalam bekas kedap udara, bungkus kemas dalam kertas atau plastik juga boleh panjangkan hayat sayur. Kalau bungkus dengan kertas, pastikan ikat kemas dengan getah supaya bungkusan tak terlerai, dan kalau bungkus dengan plastik, seeloknya guna plastik zip lock atau plastic wrap.
  4. Pastikan semua sayur-sayur diasingkan mengikut jenis masing-masing, maknanya satu bekas atau satu bungkusan untuk satu jenis sayur. Jangan campur-campurkan dalam satu bekas.
  5. Pastikan juga sayur tu semua elok sebelum disimpan, takde daun atau bahagian yang dah rosak yang juga boleh merosakkan keseluruhan sayur tersebut.
Tip Cara simpan sayur / buah supaya tahan lama oleh Qaseh
Keringkan semua sayur.Tidak perlu cuci...bersihkan atau lap sahaja jika ada kotoranMasukkan dalam bekas dan letak tisu di bahagian atas

3. Masak dengan cara berbeza

Kadang-kadang sayur tu terbiar je macam tu bukan sebab apa, sebab kita dah buntu nak masak macam mana lagi. Bosan dengan cara yang sama, balik-balik tumis air, stir fry. Lama-lama jadi malas nak masak sebab malas nak fikir, biar je lah kat dalam tu sampai dah takde rupa sayur lagi.

Apa nak susah-susah fikir, Cookpad kan ada! Semuanya semudah A-B-C!

  1. Buka peti sejuk. Tengok sayur apa yang ada.
  2. Buka app Cookpad. Taip nama sayur-sayur tu dalam bar carian dan tekan enter. Nak masak satu jenis sayur untuk satu hidangan pun boleh, nak masak 2 atau 3 sayur sekaligus dalam satu hidangan pun boleh.
  3. Pilih antara resipi-resipi yang keluar dalam hasil carian yang tertera kat bawah dan masak! Kalau nak tengok resipi-resipi paling popular yang ramai orang dah cuba dan terbukti best, subscribe je Premium, tak payah nak susah-susah scroll lama-lama nak cari resipi yang paling ramai orang suka.
Resipi Brokoli goreng bersama cendawan shitake oleh Fatin Aminah
Khasiat brokoli dan cendawan shitake sangat banyak.Brokoli kaya dengan serat, antioksidan dan baik untuk pencernaan.Manakala shitake antara sumber protein dan boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.

Cookpad bukan je memudahkan kerja korang kat dapur, korang juga boleh belajar masak macam-macam jenis menu termasuk yang tengah viral dan yang korang dah lama teringin nak try. Kebanyakan resepi kat Cookpad lengkap dengan sukatan bahan-bahan dan gambar-gambar serta klip video pendek di bahagian langkah-langkah so senang korang nak ikut tanpa ragu-ragu.

Korang boleh install app Cookpad percuma je melalui Google Play atau App Store, dan cuba Cookpad Premium percuma selama 14 hari, boleh batal pada bila-bila masa. Confirm tak menyesal!

Nota: Gambar hiasan artikel milik kamekmizah daripada tipsnya Tips : Mengekalkan Kesegaran Sayuran. Terima kasih Mizah!