Cari

5 Idea Prep Ramadan - Jimat Masa, Jimat Belanja!

5 Idea Prep Ramadan - Jimat Masa, Jimat Belanja!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Tinggal berapa hari je lagi ni kita nak start puasa geng. Korang dah ready dah apa-apa yang patut?

Time-time bulan puasa ni biasalah, selalunya golongan mak-mak yang paling busy siapkan itu ini. Lagi-lagi mak-mak yang bekerja. Tak menang tangan dibuatnya. Lebih-lebih lagi dengan traffic jam bulan puasa yang teramat legend tu. Balik sejam awal daripada biasa pun belum tentu sempat sampai rumah time berbuka. Kalau sempat pun sipi-sipi je waktunya. So solution dia selalunya beli je daripada bazaar Ramadan.

Beli kat bazaar tu pun satu lagi cabaran di bulan puasa jugak tu. Dengan nak battle mengharungi lautan manusia lagi, dengan harga yang menjulang-julang tinggi lagi, dengan rasanya yang tak kena dengan tekak lagi, dengan faktor kebersihan makanan tu lagi - banyak betul dugaannya.

Kalau orang takde idea lagi nak prepare apa untuk Ramadan, jangan bimbang. Kat sini ada 5 idea prep puasa yang boleh memudahkan kerja korang kat dapur. Jadi korang tak perlulah terkejar-kejar sangat nak sediakan hidangan berbuka untuk keluarga korang. Masak sendiri lebih sedap, jimat, selamat dan tentunya puas hati!

1. Pes Homemade

Pes homemade sangat membantu dalam memudahkan kerja memasak lauk-pauk. Antara yang korang boleh buat siap-siap ialah pes tomyam, pes bakar, pes sup, pes kari, pes masak kurma, pes asam pedas dan banyak lagi. Korang juga boleh buat pes bahan-bahan masakan seperti cili kisar, bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar dan kunyit kisar. Bila nak guna, tak payah susah-susah blend. Cedok dan terus masuk dalam periuk. Settle.

Pes Asam Pedas Tip Top
Pes Asam Pedas Tip Top⏱ 1 jambawang besar **, cili kering - potong, bersihkan dan rebus **, bawang putih **, kunyit hidup **, halia **
Pes Garam Kunyit
Pes Garam Kunyit⏱ 20 minithalia*, kunyit*, bawang holland*, bawang putih*, serbuk kunyit

2. Serbuk Perasa Homemade

Daripada beli serbuk perasa daripada supermarket yang mahal dan penuh dengan pengawet tu, baik buat sendiri. Bukan susah pun, kena rajinkan diri sikit je. Antara yang boleh korang buat ialah serbuk pati udang, serbuk kunyit, garam masala dan banyak lagi.

Serbuk kunyit (homemade)
Serbuk kunyit (homemade)⏱ 3 - 4 hariKunyit hidup
👩‍🍳Homemade Garam Masala
👩‍🍳Homemade Garam Masalaserbuk jintan putih (cumin), serbuk ketumbar (coriander), serbuk buah pelaga(cardamom), serbuk lada hitam (black pepper), serbuk kayu manis (cinnamon)

3. Sos Homemade

Pilihan sos yang lebih sihat sudah tentulah yang dibuat sendiri! Bebas pengawet dan mesra poket, boleh adjust rasa dia ikut suka. Antara sos homemade yang korang boleh buat sendiri ialah sos char kuey teow, sos teriyaki, cili sos dan sos black pepper.

Sos Pedas Masam-Manis
Sos Pedas Masam-Manis⏱ 40 minitMinyak Masak (u tuk menumis), Bawang Besar (potong dadu kecil / cincang), Bawang Merah (dihiris nipis), Bawang Putih (dicincang halus), Halia (dipotong nipis halus memanjang)
Homemade Worcestershire Sauce
Homemade Worcestershire Saucebawang holland, bawang putih, cuka epal✅, golden syrup/gula perang, molasses (Uchu ganti dengan gula melaka untuk challenge)✅

4. Makanan Frozen

Untuk mak-mak terutama sekali yang bekerja, makanan frozen memang sangat membantu. Masak siap-siap semua, lepas tu keluarkan dan panaskan atau goreng / kukus je. Tak payah kelam-kabut bersilat kat dapur nak kejar waktu berbuka. Antara yang boleh korang prep awal-awal ialah kuih frozen, burger, nugget dan lauk frozen.

Kuih bom bijan (inti kacang merah)
Kuih bom bijan (inti kacang merah)⏱ 1 jamtepung pulut, tepung gandum, garam, air, inti kacang merah
Meal Prep : Daging Masak Sate Frozen
Meal Prep : Daging Masak Sate Frozen⏱ 1-2 minit utk sangaidaging lembu, bawang merah bombay, bawang putih, halia, serai

5. Bahan Ready-Made

Selain daripada makanan frozen, korang boleh juga sediakan stok bahan ready-made tahan lama seperti sambal, acar buah, tempoyak, sardin, chili oil, ikan bekok, ikan pekasam, serunding, daging dendeng dan banyak lagi. Agak-agak malas nak masak beriya, korang boleh makan dengan nasi je. Yang penting, tetap sedap dan mengenyangkan!

Ike Bekok Homemade
Ike Bekok Homemade⏱ 5 minitikan gelama, Garam kasar, asam keping, minyak masak, Ike Bekok
Sambal Garing Bunga Kantan
Sambal Garing Bunga Kantan⏱ 1 jambunga kantan dipotong nipis anggaran 5 kuntum, ikan bilis halus, bawag goreng, gula, garam

Kongsi Resipi Persediaan Ramadan Anda!

Korang ada resipi prep puasa korang sendiri? Jom lah share dengan kawan-kawan kat Cookpad! Tapi jangan lupa download app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore dulu untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!

Lain-lain Blog Artikel Yang Anda Mungkin Suka

Korang dah baca blog artikel kami yang lain berkenaan persediaan Ramadan? Kalau belum, klik je kat bawah ni:

10 Bahan Homemade Membantu Di Bulan Puasa

10 Bahan Penyelamat Di Dapur

Persiapan Di Dapur Sempena Ramadan