7 Alternatif Gula dalam Masakan

Gula sememangnya satu bahan yang tak asing lagi dalam dapur chef-chef rumahtangga Malaysia. Bukan je dibuat kek, biskut dan manisan seumpamanya, tapi juga dimasukkan dalam lauk pauk juga! Isyh isyh isssyyyhhh ... !

Minmin cukup pantang kalau sambal atau apa-apa hidangan yang sepatutnya pedas dibubuh gula. Ada orang kata gula tu untuk seimbangkan rasa hidangan tu tapi entahlah, dari dulu lagi minmin memang tak gemar. Hatta secubit pun minmin boleh detect, terussss potong!

Gula ni sebenarnya punca segala penyakit. Seelok-eloknya kurangkan lah penggunaan gula dalam kehidupan seharian kita. Ni air dah lah manis, dessert lagi, lauk pauk pun nak manis juga??? ** pengsan **

Jom jom minmin tunjukkan 7 bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai ganti gula dalam masakan. Ambil gula berpada-pada, barulah hidup aman sentosa!

  1. Tomato Ceri
  2. Madu
  3. Stevia
  4. Sirap Maple
  5. Kurma
  6. Ubi Keledek
  7. Nenas

1. Tomato Ceri

Tomato ceri lazimnya lebih manis daripada tomato biasa, terutamanya jenis tomato ceri madu. Kalau nak buat sambal yang manis, blend je tomato ceri dan leburkan sama cili kisar sebelum tumis. Lebih sedap daripada sambal yang dibubuh gula!

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom oleh Rosidah Muhd
#1post1hope #masterchefdishcookout Sesekali ubah selera kepada masakan thai pulak, jom cuba.

2. Madu

Madu juga merupakan salah satu pengganti terbaik gula. Kaya dengan khasiat dan vitamin, madu juga mampu membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Kalau nak lagi power, guna madu asli.

Resipi Ayam Tandoori oleh Kakak Faa
Buat ayam tandoori, makan dengan roti naan. Fuhhh. Selebihnya ratah je.

3. Stevia

Pemanis semulajadi stevia boleh didapati dalam bentuk daun (fresh atau kering), serbuk, cecair dan juga tablet. Ia dikatakan 50 hingga 300 kali lebih manis daripada gula, tapi jauh lebih sihat.

Resipi Dragon Fruit Kiwi Popsicle oleh Dapur Yusfarisyia
Semua orang ada makanan atau jajan kegemaran masing-masing tak yang manis atau yang masin/savoury. Malam tadi saya membuat dragon fruit kiwi popsicle kerana kebetulan ada lebihan jus buah naga yang telah dikisar di dalam peti sejuk beku dan buah kiwi frozen. Kat bahagian chiller pula ada minuman kul…

4. Sirap Maple

Sirap maple diperbuat daripada getah pokok maple. Tapi harus diingat, walaupun sirap maple lebih "sihat" dan berkhasiat berbanding gula putih, ia mempunyai kandungan gula yang agak tinggi berbanding pemanis semulajadi yang lain. So berpada-padalah ya kalau nak menggunakannya! Pastikan sirap maple yang dibeli 100% semulajadi. Lebih gelap warnanya. lebih tinggi khasiatnya.

Resipi Salmon Teriyaki oleh imel_recipe
Simple & sihat dengan ikan salmon teriyaki masak dengan cendawan butang shiitake. Hidangan tengahari atau malam.

5. Kurma

Kurma bukan je pemanis semulajadi yang sihat dan berkhasiat, tapi juga merupakan salah satu makanan sunnah. Tinggi dengan serat dan antioksidan, cara terbaik untuk menggunakan kurma sebagai pengganti gula dalam masakan dan baking ialah dengan menjadikannya sebagai pes. Hanya blend isi kurma dengan air untuk menghasilkan pes kurma.

Resipi Kurma churros oleh Dira Juhari
Resepi untuk anak berumur 1 tahun ke atas

6. Ubi Keledek

Ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna - ada yang ungu, oren dan putih. Selalu digunakan dalam pembuatan kuih muih dan dicampurkan dalam masakan untuk memberikan rasa lemak manis yang tiada tandingannya. Kaya dengan serat, antioksidan, mineral dan vitamin, sesetengah daripada khasiat-khasiatnya dikatakan lebih menyerlah jika dimasak.

Resipi Kek Coklat Keledek Ungu oleh Mamamikael Oven
Salah satu resepi sihat #nutrifest yang sedap dan mudah Bahan utama kek ini adalah serbuk koko yang 100% serbuk koko tulen tanpa bahan pengawet dan juga tanpa pewarna tiruan.Penggunaan gula juga telah digantikan dengan madu yang secara umum diketahui mempunyai khasiat yang sangat diperlukan oleh tub…

7. Nenas

Masakan Melayu memang banyak menggunakan nenas. Nenas bukan je berfungsi sebagai pemanis semulajadi yang sedap dan juicy, tapi juga berupaya melembutkan daging lembu dan kambing, menjadikannya lebih cepat empuk. Nenas kalau masukkan sekali dalam masak lemak cili padi fuuuuhhhh boleh buat bertambah nasi berpinggan-pinggan!

Resipi Ayam Kalio Nanas 🇮🇩 oleh FZ Adzlin
Masakan minang memang tak asing lagi dah kat tempat kita.. Terutama negeri 9.. Bahan-bahannya pun masih mudah di dapati.. Dan di sesuaikan ikut zaman.. Rasa pedas berpisah tiada.. Tapi terpulang pada kita lah nak ejas tahap pedas kan.. Suka sedikit kering atau berkuah pun boleh.. Tak suka ayam.. Bol…

Korang pulak macam mana? Pernah try tak salah satu bahan kat atas sebagai pengganti gula? Kalau belum, jom lah try resipi-resipi ni semua! Gerenti tak menyesal! Dah cuba tu jangan lupa lak ambik gambar dan hantar Cooksnap pada tuan empunya resipi.