7 Idea Menarik Roti Leftover

Roti slice ialah salah satu bahan yang wajib ada kat dapur orang kita, terutama sekali rumah yang ada budak-budak.

Roti slice ni bahan makanan yang versatil. Senang nak sediakan, senang nak makan, senang nak simpan. Kalau kena time malas atau nak cepat pun cukup untuk alas perut. Ambik je sekeping, sapu jem atau butter, siap!

Tapi roti slice ni jugalah antara bahan yang paling kerap dilupakan dan akhirnya dibuang. Know know dah expired. Lagi haru kalau sampai jadi tapak semaian kulat lagi.

Kadang-kadang bukan apa, sebab jelak dah makan roti. Ye lah makan sapu dengan jem je hari-hari lama-lama muak jugak kan?

Lepas tu ada ler pulak spesies tak makan kulit roti. Roti tu dia ambik bahagian tengah je, yang kerak dia buang. Padahal bagi minmin part crust dia tu yang paling sedap. Tapi biasalah budak-budak suka ambik part yang lembut je, yang keras tu dia tak minat.

So untuk mengelakkan roti tu daripada terbiar, ada baiknya kita olah jadi hidangan yang menarik dari segi rasa dan juga rupa. Siapa-siapa yang ada roti dah nak expired tu boleh try salah-satu resipi kat bawah ni. Budak-budak pun berebut!

1. Kuih

Siapa sangka boleh buat kuih guna roti slice je! Bingka pun boleh, karipap pun boleh! Tak yah nak susah-susah uli doh nak kelim segala. Tepek je inti, goreng!

Resipi Bingka kerak roti oleh Ziana Chesaad
Selalunya kerak roti mmg tak mungkin Kita jamah . Selain dibuang atau diberi burung atau ikan makan , ziana selalu simpan untuk jadikan bingka kerak roti. Bau harum dari daun pandan membangkitkan selera dan biji bijan menambah seri hidangan. Jom Cuba. Selepas ini jangan sesekali membazir makanan.

2. Puding

Puding yang dibuat daripada roti slice mempunyai tekstur yang sangat lembut. Sedap! Boleh makan dengan sos kastard, atau buat versi berkaramel.

Resipi Puding Roti Marble oleh mamy_kitchen89
💚1713💚 💚152/2024💚 Syawal Month Challenge: Riang Ria Raya Salam Aidilfitri Kepada semua kawan2 cookpaders MY & Min2 CPMy.. yang dah balik kampung 👍 selamat bercuti semua...😍✨ Masak shedap2 yaaa😁 Anak perantau! Jb-kelate Beraya 5beranak dkat JB 😌 jiran2 pun balik kmpung “merentas desa” daa kat…

3. Lolipop

Mana-mana kerak roti yang tak laku tu boleh olah dalam bentuk lolipop. Sama ada celup coklat atau peanut butter, budak-budak mesti suka!

Resipi Bread Lollipop 🍭 oleh Maisarah Mamat
#GlobalApron2024 #kidsstuff #rotigardenia #butter #chocolatechips Ha jom buat aktiviti mudah ni ngan anak. Sambil bermain suka2 boleh makan. Luangkan waktu berharga dengan mereka.

4. Cucur

Cucur yang dicampur roti kat dalamnya memang another level sedapnya! Lembut di dalam, garing di luar. Tau-tau sepinggan dah licin!

Resipi Cucur Roti oleh Mizzanem
Saya gunakan lebihan roti yang guna untuk buat bonus poket ajaib. Resepi berdasarkan #cooksnap dari cookpaders yang sangat mudah disediakan. 😎 Sesuai untuk menu petang. #goldenapron2020

5. Pizza

Kalau dah jelak tepek jem atau butter atas roti, apa kata tepek lak cheese berserta bahan-bahan lain macam sosej, cendawan atau ayam kisar ala pizza? Pastu bakar. Sekeping pun mau tak cukup ni!

Resipi Pizza Kerak Roti oleh Kak Dilla
Kerak roti boleh jadi pizza? Mak-mak kan selalu pening apa nak buat dengan kerak roti. Nak paksa anak makan, memang tak terpaksa la. Diorang senyap-senyap buang bahagian tepi tu. Geram je! So bila ada idea macam ni kita tak membazir kerak roti lagi. Bila dah jadi pizza, takde sapa pun tau tulah baha…

6. Roti Kering

Mana roti yang tak habis tu boleh panjangkan hayat dia dengan buat roti kering ala biskut kering yang legend tu. Boleh tabur gula sebelum bakar kalau nak, lepas tu simpan dalam bekas kedap udara. Petang-petang boleh buat cicah teh atau kopi O. Surrrrr!

Resipi Roti Kering Gula oleh Nur Nadiah
Resepi terpaling mudah dan digemari rakyat jelata. Biasanya guna roti yang hampir luput tarikh dari terbuang gitu aje boleh buat gini . Dah siap bakar boleh simpan dalam bekas. 877/1k

7. Corndog

Resipi yang pernah viral satu ketika dulu. Senang rupanya nak buat corndog ni - ada roti slice, ada cheese, ada sosej, terus jadi! Menu macam ni pun budak-budak sure suka!

Resipi Sosej Keju Mozarella Goreng : corndog stail mamaell oleh Ell Sakimin
#goldenapron #minggu 23 Hari hari anak suruh buat corndog ni. Harga jual diluar rm6 sebatang. Sebatang tidak cukup, sekurang-kurangnya nak 3 batang seorang. Memang tak boleh jadi ni. Mama buat juga, tapi style mama ok! Mama tak suka celup tepung🤭. Jom lihat macam mana mamaell buat corndog ni jom!👇…

Kat Cookpad ada beratus-ratus resipi yang menggunakan roti slice dan kerak roti sebagai bahan utama. Korang hanya perlu taip je kat search box dan tekan "Enter". Tapi jangan lupa download dulu app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore tau! App Cookpad jauh lagi best nak ushar daripada versi website, I tell you! Tak caya gi download!