Kita selalu dengar dan baca tentang kebaikan probiotik. Malah, doktor pun suggest kita amalkan pengambilan probiotik dalam pemakanan seharian kita.

Sebenarnya, ada banyak bahan-bahan makanan yang mudah didapati yang kaya dengan probiotik. Kebanyakannya boleh dibuat sendiri! Tak payah buang duit beli supplement mahal-mahal. Mengambil probiotik melalui pemakanan lebih murah, terjamin selamat dan semestinya lebih sedap dinikmati!

Tapi apa tu probiotik? Prebiotik pulak apa? Ada beza ke? Penting sangat ke probiotik tu? Kenapa? Selain daripada supplement probiotik yang dijual kat farmasi, apa yang boleh kita makan untuk dapatkan manfaat probiotik tu?

Blog kita minggu ni membicarakan segalanya tentang probiotik.

  1. Apa itu probiotik
  2. Kenapa probiotik penting dalam diet kita
  3. Beza antara probiotik dan prebiotik
  4. Penggunaan probiotik dalam masakan
  5. 8 bahan-bahan yang kaya dengan probiotik

1. Apa itu probiotik

Badan kita ni sebenarnya dihuni bermacam jenis mikro organisma termasuk bakteria, kulat dan virus.

Geli geleman mendengarnya kan? Tapi tu lah hakikatnya.

Hakikatnya, mikro organisma ni jugak lah yang membantu tubuh badan kita mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Macam jugak manusia, mikro organisma ni ada yang baik, ada yang jahat.

Probiotik ialah apa yang kita panggil "bakteria baik". Bakteria baik ni biasanya bertumpu dalam perut dan usus kita, dan juga boleh didapati dalam sesetengah makanan dan minuman.

Ada dua jenis probiotik yang utama: Lactobacillus dan Bifidobakteria. Lactobacillus boleh didapati dalam produk tenusu dan makanan berasaskan susu. Ia menghasilkan asid laktik yang membantu mengawal populasi "bakteria jahat". Bifidobakteria pulak boleh didapati dalam makanan atau minuman yang melalui proses fermentasi.

2. Kenapa probiotik penting dalam diet kita

Badan yang sihat berpunca daripada usus yang sihat.

Kira-kira 70-80% daripada sel imun kita terletak di dalam usus kita. Nutrien daripada apa-apa yang kita makan juga diserap ke dalam tubuh melalui usus kita.

Hadirnya probiotik sebagai "bakteria baik" dalam tubuh badan kita bukan hanya suka-suka. Ia mempunyai tugas yang sangat penting, iaitu:

  1. Membantu menghadamkan makanan dengan lebih efisien.
  2. Membantu badan menyerap lebih banyak nutrien.
  3. Menghasilkan Vitamin B yang amat penting untuk tubuh.
  4. Menyingkirkan toksin daripada tubuh.
  5. Mengawal bilangan "bakteria jahat" yang boleh memudaratkan tubuh.

Usus kita ialah barisan pertahanan pertama tubuh kita dalam menghalang jangkitan. Penyakit mudah hinggap jika usus kita tak berada pada tahap optimum.

Nak kekalkan tubuh badan yang sihat tak cukup dengan hanya mengamalkan pemakanan sihat, kerap bersenam, tidur 8 jam sehari dan minum air 2 liter sehari. Mengekalkan keseimbangan mikro organisma dalam usus kita pun sama pentingnya.

Macam mana nak pastikan bilangan "bakteria baik" dan "bakteria jahat" dalam usus kita sentiasa seimbang?

Dengan makan atau minum bahan-bahan yang kaya dengan probiotik lah! Pengambilan ni mesti secara berterusan ye, tak boleh kejap ambik kejap tak.

Selain daripada mengamalkan pengambilan probiotik dalam diet harian kita, pengambilan makanan yang kaya dengan prebiotik juga penting untuk memastikan probiotik kita cukup makan.

3. Beza antara probiotik dan prebiotik

Jika probiotik ialah "bakteria baik" yang membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita, prebiotik pula ialah makanan untuk probiotik.

Jika probiotik memastikan sistem imun kita berada pada tahap optimum, prebiotik pula memastikan probiotik sentiasa berada pada tahap optimum.

Prebiotik boleh didapati dalam bahan-bahan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang.

Antara tanda kekurangan prebiotik ialah masalah sembelit.

4. Penggunaan probiotik dalam masakan

Selamat ke probiotik jika dimasak?

Jawapannya: Mungkin tidak.

Suhu yang tinggi boleh membunuh bakteria, termasuk probiotik.

Probiotik seelok-eloknya dimakan atau diminum begitu sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak terlebih dahulu. Kalau nak tambah pada hidangan yang dimasak pun, pastikan hidangan tu dah sejuk baru boleh tambah probiotik kat hujung-hujung sebelum dihidang.

5. 8 bahan-bahan yang kaya dengan probiotik

1. Tempe

Tempe ialah bahan makanan yang berasal dari Indonesia, tapi tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dan sering juga digunakan dalam masakan di negara kita. Ia diperbuat daripada kacang soya yang melalui proses fermentasi menggunakan sejenis kulat putih.

Walaupun tempe kaya dengan probiotik, tapi ada yang berpendapat tempe lebih elok jika dimasak untuk membunuh mikro organisma berbahaya yang mungkin tumbuh di atas permukaannya. Mungkin cara paling elok untuk memasak tempe ialah dengan memotongnya agak tebal atau chunky dan memasaknya sekejap je supaya bahagian dalamnya tak terlalu terdedah pada suhu tinggi ketika dimasak. Tempe selalunya dibuat sambal atau dicampur dalam kuah lodeh.

Resipi Tempe Homemade 🇲🇨 oleh Q’leenalee’s Kitchen
Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa di Pulau Jawa, Indonesia.Tidak kurang di Malaysia Tempe sangat popular dikalangan masyarakat melayu juga.Ini kerana Keenakan Dan kelazatan tempe tidak dinafikan lagi.Tempe sangat berkhasiat Dan kaya, d…
Resipi Tempe Bacem Jawa ORI oleh Ira Yussof
Ira ni berketurunan Jawa, belah mama. Jadi, Ira memang dah biasa dengan masakan bertemakan budaya Jawa. Bersempena dengan contest terbaru Cookpad #goldenapron2020, memang sesuai sangatlah dengan hasrat Ira untuk memperkenalkan masakan Jawa pada awak semua. InshaaAllah resipi Ira kongsi ini mudah je …
Resipi 🇮🇩 Mendoan / Tempe Goreng Tepung oleh Ika Farhanifa
Tempe goreng ini di Indonesia wilayah Jawa Tengah di sebut Mendoan. Jenis kudapan gurih di makan sewaktu masih panas panas atau hangat. Boleh guna cili padi hidup atau pun sambal kecap. Banyak di jual di gerai tepi jalan atau kedai makan. Mendoan sebenarnya di goreng setengah masak , jadi agak lembu…

2. Yoghurt

Yoghurt terhasil daripada susu yang melalui proses fermentasi menggunakan dua jenis bakteria yang dikenali sebagai "kultur yoghurt". Susu yang difermentasikan dengan kultur yoghurt menghasilkan asid laktik yang memberikan yoghurt rasa dan teksturnya yang tersendiri.

Umumnya ada dua jenis yoghurt: yoghurt biasa dan yoghurt Greek. Yoghurt Greek mempunyai tekstur yang lebih pekat dan kental, dan rasa yang lebih masam berbanding yoghurt biasa. Ia juga dikatakan mempunyai lebih banyak khasiat daripada yoghurt biasa. Yoghurt juga boleh dijadikan pengganti santan dalam masakan. Yoghurt biasanya dicampur dengan smoothie, salad buah dan overnight oats. Cookpad juga ada beberapa resipi yoghurt homemade yang korang boleh cuba.

Resipi Easy Homemade Yogurt (guna gelas) oleh Jeehan Kitchen
#goldenapron2020 #madebyjeehan #cookpadmalaysia Beberapa Minggu lepas saya ada buat homemade yogurt dengan menggunakan Flask Termos. Tapi kali ini saya mencuba dengan menggunakan gelas/ mason jar yang ada penutup die. Dan Alhamdulillah menjadi dengan jayanya sama seperti Buat yogurt dengan menggunak…
Resipi Yogurt Chicken Salad oleh Julia ALeen Aireish
#immunebooster #minggu2 Untuk jaga pemakanan dan kesihatan badan kita dengan keadaan dan suasana sekarang ini bermacam penyakit, virus dan sebagainya, sesekali elok juga ambil salad yang dicampur dengan yogurt asli. Yogurt asli banyak khasiatnya mengandungi kalsium, vitamin A disamping kaya dengan z…
Resipi Frozen Yogurt Bark oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 25: BIRU 💙 #MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾 Dari dulu lagi teringin nak buat frozen yogurt bark ni tapi asyik lupa jer. Alang-alang dah ada cabaran 25 (Biru) untuk warna bendera Malaysia, saya tunaikan hajat di hati yang sekian lama asyik terlupa 😆. Favourit…

3. Kimchi

Sebut kimchi je mesti ramai yang kenal dengan makanan tradisi Korea yang popular ni, terutama sekali di kalangan peminat cerita Korea. Kimchi diperbuat daripada sayur kobis yang difermentasi dengan bakteria asid laktik atau lebih dikenali sebagai lactobacillus.

Kimchi dikatakan tinggi khasiatnya; kajian menunjukkan yang ia boleh membantu mencegah kanser, darah tinggi, diabetis dan obesiti. Namun kimchi bukanlah untuk semua orang. Kimchi mempunyai rasa masam yang agak kuat, jadi tak semua orang boleh menerimanya, terutama sekali tekak Melayu yang dah terbiasa dengan kombinasi pedas-manis-berempah. Cookpad ada beberapa resipi kimchi homemade yang lebih sesuai dengan citarasa tempatan. Kimchi lazimnya dibuat stew dan nasi goreng.

Resipi KIMCHI | 배추김치 oleh Keroroyz Royz
🥬 Resipi ni senang sikit & jimat 2 jam dari yang traditional kimchi. Pastu buleh sumbat dalam bekas kecik & jimat space dalam peti sejuk 😁 Tapi rasa sama je sedap & wayyyy better dari yang beli. Hepi meneraiiii 😉 ➡️Sumber SeonkYoungLongest
Resipi Kimchi Soondubu Jjigae (Spicy Soft Tofu Stew) 🇰🇷 oleh Mizzanem
Sedap makan sup berkuah pedas di kala hujan seharian.
Resipi Kimchi Buchimgae (Korean Kimchi Pancake) oleh Kakak Faa
Selalu makan kat kedai kedai Korea, Kimchi diaorang mesti tak menepati citarasa tekak melayu faa. Tu yang faa buat sendiri kimchi. Resipi ada kat bahagian ramuan. Bila dah buat kimchi sendiri, macam macam laa nak dimasaknya. Salah satunya, pancake kimchi atau nama korea nya Kimchi Buchimgae. Memang …

4. Tempoyak

Tempoyak ialah bahan makanan kampung yang cukup terkenal di negara kita, terutamanya di negeri Pahang dan Perak. Ia diperbuat daripada isi durian yang diperam dengan sedikit garam pada suhu bilik selama 3 ke 5 hari.

Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja kerana rasa dan baunya yang agak kuat. Ia selalunya dijadikan salah satu bahan dalam masakan Melayu bagi menaikkan rasa dan aroma sesuatu hidangan. Hidangan berasaskan tempoyak yang paling popular ialah patin masak tempoyak dan sambal tempoyak.

Resipi Tempoyak Homemade (Mottainai:Preservation) oleh Sesimple Loralin
#CookEveryPart2 #TakLebih6Bahan Awet muda betul tempoyak ni, untunglah dia kalau difrozen, boleh berbulan2 atau bertahun tahannya. Musim durian lepas, mana-mana durian yang agak2 dah tak terbagi orang atau tak terlarat nak makan, wajib lah dibuat tempoyak. Harga tempoyak di jual pun bukan murah-mura…
Resipi Tumis tempoyak bilis petai oleh 0h Hana !!
Teringat dulu2 masa duduk asrama.. ada seorang kawan dorm tu , dia kalau balik Batu kurau mesti ada bekalan sambal bilis ni dari maknya.. Kita pun tumpang sekaki la makan.. Bila rindu maka akan terjadilah sambal ni 1. Tempoyak (fermentasi durian) • Probiotik alami: Membantu pencernaan dan kesehatan …
Resipi Sambal Tempoyak oleh shazrina
Sebelum ni tak makan pon tempoyak mentah yang dimasak je makan. Sejak ada kawan orang Pahang dia yg ajar makan sambal tempoyak..first time makan tak minat sangat tapi dia punya rasa tu buat kita teringat²..lama² jadi peberet!😆 Terima kasih kak faa @dapurfaafeefoo share resepi🥰 Resepi ni sikit je c…

5. Minuman Probiotik

Cara yang paling mudah dan ringkas untuk mengambil probiotik ialah dengan meminumnya. Ada banyak jenis minuman probiotik yang dijual di kedai dan pasaraya, yang paling popular sudah tentulah Yakult dan Vitagen. Tak payah minum berbotol-botol, sehari sebotol kecil tu je dah cukup.

Tapi minuman probiotik bukan hanya sekadar susu kultur je. Ada yang lebih bagus dan berkesan daripada susu kultur yang dihasilkan secara komersil, yang korang boleh buat sendiri je kat rumah. Ini termasuk kombucha, tepache, minuman yoghurt dan ginger bug. Kombucha ialah air teh bergula yang diperam selama 10 hingga 14 hari bersama sejenis kultur yis dan bakteria dipanggil scoby atau cendawan mekah. Ginger bug ialah kultur pemula atau starter culture yang diperbuat daripada halia, gula dan air. Tepache pula ialah minuman yang dibuat daripada empulur dan kulit nenas yang diperam bersama sedikit gula perang selama 2-3 hari.

Resipi Air Yogurt Buah Naga Merah oleh ha.lim39
#483/58/2022 : Minuman campuran yogurt dan buah segar.Menu sihat tanpa gula.
Resipi Ginger Bug oleh Nihadriz Niha
Ginger bug ni apa? Merupakan air peraman halia yang mengandungi kebaikan probiotik, macam kombucha. Probiotik yang terhasil daripada peraman ini adalah Lactobacillus dan yis liar hidup secara simbiosis, sama seperti pembuatan kombucha dan water kefir. Ginger bug boleh juga dijadikan ibu kepada start…
Resipi Air Tepache (Minuman Probiotik) oleh Dapur Yusfarisyia
Supplement Melalui Pemakanan 🥑🥕 Buah nanas diklasifikasikan sbg ‘functional food’ iaitu mknan yg bpotensi utk mningkatkn tahap ksihatan mnusia. Empulur nanas byk kdungan enzim bromelain & tggi khasiat nya. Nanas tggi kdungan vit C. Nanas jg blh kurangkn lendir & kahak. Kajian thn 2016, mdpti nanas…

6. Sourdough

Sourdough ialah roti yang dibuat menggunakan tepung dan air yang difermentasi bersama yis liar dan bakteria, yang dipanggil "starter dough". Yis liar lebih berkhasiat daripada yis yang biasa terdapat di pasaran kerana ia lebih berperisa daripada yis biasa dan tidak mengandungi sebarang pengawet.

Roti yang dibuat dengan starter dough ni mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih kenyal. Tahap vitamin, mineral dan antioksida yang terkandung dalam roti sourdough juga jauh lebih tinggi berbanding roti biasa. Sourdough juga boleh dibuat apam, donut, pancake, muffin dan pizza. Nak buat roti jala dengan karipap pun boleh!

Resipi SourDough Starter oleh Gyna Elenna
Sebelum saya berkongsi resipi roti yang pernah saya buat,saya ingin berkongsi terdahulu sourdough starter. Sourdough starter ini terhasil dari cara penapaian dengan menggunakan tepung berprotein tinggi yang dicampur dengan air.Kemudian disimpan dalam bekas tertutup.Setiap hari,selama lebih kurang 7 …
Resipi Cakoi (Youtiao) Sourdough oleh Nihadriz Niha
Waktu puasa, suka beli cakoi cicah sekaya atau kari. Sedapppp. Yang saiz mini tu paling suka hehehe. Kali ni pakai sourdough starter, tak pakai yis serbuk. #bazarramadan #week1
Resipi Sourdough Focaccia oleh irar
Focaccia antara roti yang kerap juga saya buat. Anak-anak suka makan dengan mushroom soup.

7. Pes Miso

Pes miso ialah bahan perasa tradisi negara Jepun yang selalu dicampurkan ke dalam sup dan dimakan dengan nasi sebagai hidangan sampingan. Lebih kurang macam sup kosong kita, tinggal lagi sup miso lebih tinggi khasiatnya dan kaya dengan probiotik.

Pes miso diperbuat daripada kacang soya yang difermentasi bersama garam dan sejenis kulat semulajadi dipanggil koji. Pes miso mempunyai rasa umami yang unik, dan kekuatan rasa umami ni dipengaruhi oleh jangka masa proses fermentasinya - lagi lama diperam, lagi kuat rasa umaminya. Ada banyak jenis pes miso sebenarnya, tapi lazimnya yang banyak terdapat di pasaran ialah pes miso putih dan pes miso merah. Kalau nak tau cara lain menggunakan pes miso ni dalam masakan selain dibuat sup, boleh baca artikel kita yang lepas.

Resipi 👩‍🍳Miso Soup🇯🇵 oleh Mahadiah
Global Apron 2024 Challenge 38: Japanese Food🇯🇵 Konnichiwa – こんにちは 🟥Miso (みそ atau 味噌) ialah perasa tradisional Jepun. Sejenis pes tebal yang dihasilkan dengan proses penapaian kacang soya dengan garam dan kōji ,dan kadangkala beras, barli, seaweed, atau bahan lain. Ia digunakan untuk sos dan sapu…
Resipi Bibimbap with cheat gochujang (miso paste + chilli powder + honey) oleh Hani
Teringin nak makan bibimbap, tapi nak beli gochujang mahal & masih ada miso paste. Jadi saya buat cheat gochujang paste menggunakan miso paste + chilli powder + honey. #GoldenApron23
Resipi White miso carbonara 🇮🇹×🇯🇵 oleh Kanaaneko
This recipe is invented by Cookpad Bangladesh author, Kiron Ahsan. As his idea of adding some Japanese touch such as miso and furikake was interesting for me, I tried and cooksnapped his recipe. I twisted a bit so I want to share as my recipe too! Although it sounds interesting to add miso and furik…

8. Keju

Keju memang tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Tapi harus diingat, bukan sebarang keju mempunyai khasiat probiotik. Serbuk keju yang selalu digunakan dalam resipi ber-cheese leleh yang dah bercampur pemanis dan lain-lain bahan tu tak termasuk ya! Begitu juga keju slice, yang dah bercampur pengawet dan sebagainya. Keju yang kaya dengan probiotik ialah keju asli yang selalunya dijual mengikut nama jenis keju tersebut seperti cheddar, brie, parmesan, mozarella, cottage cheese dan feta cheese. Lagi kuat bau cheese tu, lagi power, seperti blue cheese atau keju kulat biru. Persoalannya adalah: ada bran nak telan?

Resipi Homemade Cream Cheese oleh Dapur Yusfarisyia
Apabila stok cream cheese di dapur habis memang malas nak ke kedai untuk membeli. Kadang nak beli satu bahan punya la lama nak kena beratur, scan, check suhu, lepas tu kalau dalam kedai tu tak boleh ramai limit beberapa orang pelanggan sahaja, terpaksa la tunggu lagi. Kadang tu bila dah masuk ke dal…
Resipi Homemade Cottage cheese oleh Kanaaneko
#immunebooster [Theme:“citrus”] Making cottage cheese from scratch is actually easier and cheaper than I thought!! It’s my first time making it but it turned out very soft, creamy and delicious! What we only need is just milk & lemon!! If you don’t have lemon at home, you can also substitute with vi…
Resipi Menemen (Turkish Scrambled Egss) oleh Meithya Rose
Menemen ini baru pertama kali saya buat setelah lihat posting teman di Facebook yang buat Menemen. Bahan-bahannya sederhana dan cara membuatnya juga gampang. Setelah jadi, ternyata sedap jugak. Boleh lah jadi salah menu breakfast buat keluarga. Menemen boleh dicecah dengan roti arab atau roti putih …

Mungkin ada di antara bahan-bahan kaya probiotik di atas yang sudah pun jadi sebahagian daripada diet harian korang. Bagi minmin, minmin memang suka dan selalu makan tempe, yoghurt, keju, roti sourdough dan sup miso. Korang pulak suka yang mana?

Kalau korang ada resipi yang menggunakan bahan-bahan kaya probiotik, share share lah dengan kawan-kawan kat Cookpad! Cookpad bukan je tempat untuk korang berkongsi dan simpan resipi, tapi korang jugak boleh berkongsi ilmu masakan dengan chef-chef rumahtangga yang lain, dan secara tak langsung belajar ilmu masakan baru untuk kegunaan korang dan anak cucu korang di kemudian hari. Kan bagus tu! Tapi jangan lupa install dulu apps Cookpad kat phone korang melalui PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih memuaskan!