By now mesti korang dah perasan kan ada sesuatu yang lain dengan app Cookpad kali ni. Ada yang suka dengan minimalistic look wajah baru app kita ni, tapi tak kurang juga yang konfius. Mana pergi semua benda??! Cookpad sorok kat mana??? Dah buang ke???

Toksah kalut ok geng. Kebanyakannya ada je lagi kat dalam tu, tinggal lagi kita orang dah sisipkan elok-elok supaya app nampak lebih kemas dan kurang serabut. Meh minmin bawak korang tour rumah baru kita ni, minmin explain step-by-step kat mana semuanya diletak sekarang. Jom!

Kat mana nak tengok main menu?

Tap je kat imej profile korang kat bahagian atas belah kiri, atau swipe je skrin korang dari kiri ke kanan. Keluar la dia.

Semua duduk situ dah: profile page, statistik, challenge page/banner, setting, FAQ. Nak hantar feedback pun boleh!

Kat mana nak tukar negara?

Korang tap je "Setting", pastu pilih "Negara" kat atas sekali. Jangan lupa balik Malaysia pulak lepas tu!

Kat mana butang nak publish resipi?

Tuuuuu butang oren dengan tanda + kat bawah tu, nampak? Ha tekan je situ.

Kat mana nak tengok resipi baru kengkawan?

Korang tap je ikon loceng kat bahagian atas belah kanan. Kat situ korang boleh nampak notifikasi semasa dengan resipi-resipi latest kengkawan yang korang follow.

Nak akses ikut "Menu" pun boleh. Pilih je "Aktiviti" kat situ.

Ikon pin tu untuk apa?

Kalau korang bukak tab "Koleksi Anda", korang boleh nampak ikon pin duduk kat tepi list resipi simpanan korang. Pin ni fungsinya macam cooking planner la kiranya. Korang boleh pilih mana-mana resipi yang korang plan nak masak hari ni dengan tap ikon pin kat resipi tu. Berapa banyak resipi korang nak pin pun ikut suka, takde limit. Nak masak 10 jenis resipi sehari pun boleh!

Nak tengok balik semua resipi yang korang dah pin tu, tekan je butang "Dimasak Hari Ini" tu. Kat carousel bawah tu bersusun la resipi yang korang plan nak masak tu. Senang, tak yah dok scroll scroll list resipi yang korang dah bookmark lagi. Senarai "Dimasak Hari Ini" ni reset setiap pagi eh, so esoknya korang boleh pilih dan pin resipi lain pulak.

Apsal turutan resipi simpanan cam pelik je?

Haaa tu laaa salah satu feature baru yang korang tak tau. Nak tau tak? Meh minmin bagitau:

  • Terakhir: Resipi terakhir (most recently seen) yang korang tengok
  • Terkini: Resipi terkini (most recently added) yang korang bookmark atau publish

Secara default, turutan ni di set pada "Terakhir", tu yang nampak caca marba sikit susunan dia. Apa susah, tap je kat situ, pilih je la "Terkini". Settle.

Mana pergi resipi draf semua?

Resipi draf korang semua dah melalui proses rebranding. Sekarang kita panggil "Private" pulak.

Tap je kat "Resipi Anda", lepas tu tap "Private". Semuanya dah duduk elok-elok kat situ.

So sekarang korang boleh guna function ni untuk simpan resipi-resipi yang korang tak nak share pada umum, misalnya secret recipe korang yang korang buat berniaga ke, resipi yang korang salin daripada mana-mana ke untuk simpanan korang, atau apa-apa je yang korang nak rahsiakan daripada pandangan umum. Bukan sekadar nak simpan draf resipi korang je sekarang. Yang bestnya, resipi Private korang ni pun boleh di search sekarang macam resipi yang korang bookmark! Lagi senang nak cari!

Apsal senarai "Dimasak" ni macam pelik?

Kalau korang nampak senarai resipi kat bahagian "Dimasak" ni macam pelik, jangan panik. Ni bukan la kesilapan teknikal.

Resipi "Dimasak" sekarang bukan sekadar resipi-resipi yang korang dah Cooksnap, tapi juga termasuk resipi-resipi yang korang dah spend masa yang lama membeleknya. Kalau dah belek lelama tu maknanya ada plan nak masak soon ler tu kan?

Mana yang korang dah Cooksnap, gambar Cooksnap korang akan terpamer cinonet je kat tepi resipi tu. Senarai gambar Cooksnap korang memang dah takde dah kat Koleksi Anda, tapi korang still boleh nampak kat profile page korang.

Folder ni apa pulak?

Haaa folder ni pun salah satu feature baru app ni. Sekarang korang boleh fefeeling kerani filing dan susun resipi simpanan korang ikut kategori. So kata la korang nak cari resipi dessert esok-esok. Kan ke senang kalau korang dah create folder "Dessert" pastu dah siap-siap masukkan semua resipi dessert yang korang dah bookmark kat situ. Tak payah nak scrol panjang-panjang lagi.

Ada 2 cara nak tambah resipi ke folder:

  1. Bukak resipi yang korang nak tu, tap pada 3 titik kat bahagian atas belah kanan, lepas tu tekan Tambah ke Folder. Kat sini nanti akan ada option untuk korang cipta folder baru untuk resipi tu, atau masukkan resipi tu ke dalam folder yang tersenarai kat bawah tu.
  2. Pilih daripada senarai resipi kat tab "Disimpan". Tap je 3 titik kat bahagian atas belah kanan gambar resipi tu, lepas tu boleh tambah ke folder dari situ.
  3. Kalau nak keluarkan resipi tu daripada folder tu, pergi je ke folder tu, pastu daripada senarai resipi dalam folder tu tap je 3 titik kat bahagian atas belah kanan gambar resipi tu. Tap pada "Keluarkan". Settle.

Korang boleh tengok senarai folder korang dengan tap 3 garis kat bahagian atas belah kiri bawah imej profile korang, atau swipe je tab carousel kat atas tu dari kanan ke kiri.

Macam mana nak tengok stats resipi kita?

Untuk stats resipi keseluruhan korang, pergi je ke menu dan tap "Statistik Resipi".

Untuk stats resipi individu korang, pergi je kat tab "Resipi Anda" bawah bahagian "Koleksi Anda", pastu daripada resipi published korang yang tersenarai tu, tap je tiga titik kat atas belah kanan gambar resipi korang tu dan pilih "Lihat statistik".

Mana pergi tab Inspirasi?

Tab Inspirasi terpaksa dikorbankan buat masa ni. Minmin pun tak pasti sama ada perubahan ni kekal atau tak. Kalau dia buat comeback esok-esok nanti minmin inform eh.

Kalau korang ada apa-apa lagi yang korang tak sure atau tak boleh jumpa tanya je minmin ok. Yang belum install app tu tunggu apa lagi? Free je bhaaaiii, takde iklan lak tu! Download sekarang melalui PlayStore atau AppStore!