Zaman sekarang siapa yang takde smartphone? Budak-budak pun ada phone. Kecik-kecik dah pakai spek sebab dok ralit layan phone layan gadget tiap hari. Tak cukup dengan tu, kerja sekolah pun banyak pakai computer dah sekarang.

Kita yang dewasa ni toksah cakap la, koman-koman pun dari pukul 9 pagi sampai 6 petang dok mengadap skrin computer, malam sambung lak mengadap skrin phone atau tab. Mana la orang sekarang tak cepat rosak mata.

Masalah mata kering. silau, letih dan rabun ialah masalah lazim yang dihadapi manusia tak kira tua atau muda di zaman cyber ni. Lepas tu mula la nak cari supplement yang sesuai untuk kesihatan mata.

Tapi korang tau tak sebenarnya banyak je bahan-bahan makanan kat luar sana yang kita boleh makan untuk kesihatan mata? Lebih nikmat, jimat dan berkesan!

Bukan tu je, pemakanan juga merupakan cara yang terbaik untuk tubuh kita menyerap nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Tak payah buang duit beli supplement mahal-mahal, bukan elok pun makan supplement banyak-banyak ni, dalam jangka masa panjang boleh affect buah pinggang.

Jom tengok nutrien apa yang mata kita perlukan untuk kekal sihat dan bahan-bahan makanan apa yang boleh membekalkan nutrien yang penting ni:

1. Asid Lemak Omega-3 untuk melembabkan mata

Asid lemak Omega-3 bukan je baik untuk jantung, tapi baik untuk mata juga. Kajian menunjukkan Omega-3 boleh mengurangkan simptom mata kering, terutamanya untuk yang menggunakan telefon atau komputer dalam jangka masa yang panjang setiap hari.

Antara bahan-bahan yang kaya dengan Omega-3: ikan sardin, ikan salmon, ikan kembung, ikan tuna, ikan bilis, chia seed dan kacang walnut

Resipi 🍁Sardin Homemade oleh Master Jamal
Menyahut cabaran Homemade minggu ini, untuk kali pertamanya buat Sardin Homemade. Rasanya seperti ikan sardin sebenar yang kita selalu beli dan yang lebih menarik, tulangnya pun rapuh tanpa sebarang bahan tambahan. Cumanya memang perlu masa yang lama untuk memasaknya. Penat tapi berbaloi. Tak sempat…
Resipi Blueberry Overnight Oats Dan Chia seed oleh Jeehan Kitchen
#madebyjeehan #cookpadmalaysia Sebulan yang lalu saya ada beli strawberry dan blueberry Powder,Kat online shop... Saya beli Tu untuk buat Cookies ataupun dessert. Tapi saya try untuk Buat Oatmeal pulak cantik pulak warnanya yang Blueberry tu,sedap bau die. Jom coosnap cookpadians....😊
Resipi Ikan Kembung Terung Bakar Budu oleh Salina Jalaludin
097/April2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1896 #pejuang2kresipi ❤️ Global Apron 2024 Challenge 7 : Open House ❤️ #GlobalApron2024 Hidangan simple je. Tapi impak dia, bertambah nasi uitt 😂. Idea ni gara2 sorang teman di FB share gambo ler. Hakak pun buka peti ais, tengok bahan semua ada. Jadi apa ke …

2. Vitamin A untuk melindungi mata

Vitamin A sangat penting untuk mengekalkan kesihatan mata, terutamanya untuk kesihatan kornea dan penglihatan malam. Kekurangan Vitamin A boleh mengakibatkan masalah penglihatan yang serious seperti rabun dan mata kering.

Antara bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin A: lobak merah, tomato, kale, bayam, labu kuning, hati lembu, ikan salmon, telur, dan bahan tenusu seperti susu segar, keju dan mentega.

Resipi 🥕Kek Carrot🥕 oleh Aznie Khasri
Kek Corrot.. lama betul Aznie xbuat kek ni... Kebetulan ada teman yang nak kek ni.. jadi buat terus sekali dua biji.. suka sangat kek kek.. lembut je.. nak buat pun tak susah tak payah guna mixer.. sedap makan sejuk-sejuk.. #perakpenang #1sept #goldenapron
Resipi Salted Egg Grilled Salmon Pasta oleh shazrina
Global Apron 2024 Challenge 12: Tiruvasi Inspirasi resepi @MamaEsya77 🥰 Resepi asal guna serbuk salted egg. Sya ganti dengan telur asin ambil bahagian kuningnya sahaja. - Salmon 3p - Telur asin 2p #GlobalApron2024
Resipi Sup Lobak Merah dan Tomato Berkrim oleh LATIPAH NAWAWI
#phopxcookpad2020 #phopbylinimohd #task2 #repeat #goldenapron2020 Kalau tak dapat tema sup untuk task ke 2 phopxcookpad2020 ni, rasanya tak buat lagi resipi ni. Pertama kali cuba buat. Suami dan anak-anak Kak Lat suka sangat.

3. Lutein dan Zeaxanthin untuk melindungi retina

Lutein dan Zeaxanthin adalah pigmen-pigmen penting di dalam retina yang berfungsi untuk menapis cahaya biru yang boleh membahayakan mata, dan melindungi mata daripada kerosakan. Semakin umur kita meningkat, semakin berkurang pigmen-pigmen ni jadi untuk mengekalkan mata yang sihat, kita harus gantikannya melalui pemakanan kita.

Antara bahan-bahan yang kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin: sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti kale, bayam dan brokoli, serta bahan-bahan yang berwarna kuning-oren seperti ubi keledek, labu kuning, kuning telur, jagung dan lobak merah.

Resipi Brokoli Labu Kuning Sos Tiram oleh Ani Delighted
#Globalapron2024 #challenge12:Tiruvasi Cooksnap dari resepi dav@dave_cookpad89. Sangat ringkas tapi kenyang dan menyelerakan. Sesuai untuk yang diet. Magic pantry Labung kuning Brokoli Sos tiram Lada sulah
Resipi Pengat keledek, jagung dan nangka oleh Ziana Chesaad
Menu petang . Nikmat betul makan pengat bersama kopi o panas. Jarang² Ziana masak desert . Kalau dah buat tu makan selagi tak habis. Paling suka kalau makan pengat sejuk. Yummy 😋
Resipi Kale Tumis Sos Tiram oleh Q’leenalee’s Kitchen
#GoldenAprin23 #Week14 #Kale Ummi sebenarnya pertamakali mencuba sayur Kale ni.Rasanya hampir sama dengan Kailan je sebenarnya.Kalau Masak tumis ikan masin mesti lagi umph..Tapi disebabkan ada yang tak boleh makan ikan masin ummi buat masak tumis dengan sos tiram sahaja. Disebabkan ummi simpan beber…

4. Vitamin C untuk melawan radikal bebas

Vitamin C ialah sejenis antioksidan yang membantu mata melawan kerosakan sel-sel disebabkan radikal bebas dan secara tak langsung melambatkan penuaan mata. Selain itu, Vitamin C juga membantu mengekalkan kesihatan tisu penghubung di dalam mata, dan menghindari pembentukan katarak.

Antara bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin C: jambu batu, buah kiwi, buah-buahan sitrus seperti lemon dan buah oren, cili merah, lada benggala dan strawberi.

Resipi Kek Oren Tanpa Gluten (Gluten-free Whole Orange Cake) oleh Nihadriz Niha
Kek perisa sitrus memang sedap dan tak muak bila dimakan. Jadi kita bawa ke potluck di rumah kawan-kawan atau pejabat. Tak perlu nak sagat apa bagai. Kita terjunkan sebiji oren! Cepat, mudah dan sedap. buah oren (1 point) mentega (1 point) telur (1 point) 3 points #GlobalApron2024 #challenge8 #potlu…
Resipi Asam Pedas Ikan Pari dengan Kiwi oleh Jeehan Kitchen
Selamat Menjamu Selera!😊
Resipi Guava Puff oleh Netie Rose Oven
#GoldenApron23 #week16 #guava Selalunya kita makan Apple Pie. Kali ni kakNet buat Guava Pie😘👍🏼. Ni kira cepat laa buat pie sebab guna puff pastri segera jew. Tah payah penat penat menguli🤭. Nanti laa lain resipi pula kakNet tulis resipi pie uli uli… rajin kew?🤣🤣🤭

5. Anthocyanin untuk meningkatkan kesihatan mikrovaskular

Anthocyanin ialah sejenis antioksidan yang memelihara kesihatan kapilari darah di dalam mata, memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan keletihan mata. Anthocyanin boleh memberikan perlindungan yang mencukupi untuk mata terutamanya sekali bagi mereka yang kerjanya dok mengadap skrin komputer je hari-hari dari pagi sampai petang.

Antara bahan-bahan yang kaya dengan Anthocyanin: buah epal, pear, buah beri seperti strawberry, blueberry, raspberry dan mulberi, serta sayur-sayuran berwarna biru dan ungu seperti kobis ungu, bawang bombay dan terung.

Resipi 🍓🫐 STRAWBERRY & BLUEBERRY CRUMBLE oleh Keroroyz Royz
Kalau ada buah strawberi yang dah masak ranum tapi tak ada idea nak masak apa, buleh buat crumble. Wajib makan bersama ice cream ya, hepi meneraiiii 😉 ➡️ source JamieOliver
Resipi Fried Apple and Pear Pie oleh Nihadriz Niha
Perkara paling nak dielakkan masa berkelah ialah makanan tumpah. Jadi antara kriteria saya memang pilih untuk buat finger foods. 1. Boleh buat banyak-banyak 2. Disimpan sebagai stok beku 3. Mudah disediakan 4. Senang dipanaskan Sesuai untuk mak-mak buat bekal anak ke sekolah, untuk bekal sendiri ke …
Resipi 💜Nasi Lemak Kukus Kubis Ungu oleh mamy_kitchen89
💜700💚 💐130/2022💐 Masak Apa Purple? #Misi2 Alhamdullilah 700 Resipi 💐🥳 Bulan lepas mamy dah buat nasi lemak ungu... ni mamy buat sekali lagi tapi versi kukus pulak.. Kubis tu lepas rebus ambik air nya,dan kubis tu jangan buang yaa.. boleh buat sambal kubis makan bersama nasi lemak.. Nasi Lemak …

6. Vitamin B Complex untuk kesihatan optik

Vitamin B kompleks yang terdiri daripada 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 & B12 juga penting untuk kesihatan mata yang optimum, terutama sekali Vitamin B2 dan B12. Ia berupaya untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan saraf optik serta mengelakkan keletihan mata dan kemerosotan penglihatan.

Antara bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin B kompleks: telur, hati, daging merah, seafood, beras perang, oat, kacang kuda, susu segar, keju, pisang, avocado dan ubi kentang.

Resipi Muffin Pisang, Oat & Cip Coklat oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 20: Honey I Love You 🍯 Di antara kek, biskut, roti dan muffin, resipi yang sangat dan paling mudah nak buat ialah muffin. Tak perlu guna mixer bagai, guna sudu atau garfu pun boleh. Leburkan kesemua bahan basah dan kering, gaul-gaul dan terus bakar. Ikut lah nak letak ap…
Resipi 👩‍🍳Salad Kacang Kuda & Avocado oleh Mahadiah
Global Apron 2024 Challenge 19: Vegetarian 🥦 ‘Chickpeas Boat’- sangat tasty dan crunchy. Tambahan avocado dan kacang pine memberi rasa lemak dan nutty. Sesuai untuk yang berdiet dan vegetarian. Avocado (3 p) Kacang kuda (3 p) Kacang pine (3 p) Total= 9 p✅ #GlobalApron2024 #Challenge19 #Vegetarian #…
Resipi Rendang Daging & Hati Lembu oleh ha.lim39
#23/578/2024 #GlobalApron2024 #Challenge6 #MenuRaya : Menu Raya ke 3 tapi baru sempat berkongsi resipinya hari ini. #Daging 3 point #DaunKunyit 1 point #Hati 3 point #Kerisik 2 point #Kunyit 1 point #Lengkuas 1 point #Santan 1 point #Serai 1 point Jumlah = 13 point

Korang boleh jumpa banyak lagi resipi-resipi yang mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kesihatan mata sama ada disebut di atas atau tidak. Tapi pastikan korang download app Cookpad dulu melalui PlayStore atau AppStore!