Bila sebut pasal ikan, ramai yang suka makan tapi tak ramai yang kenal jenis-jenis ikan, terutamanya spesies yang jarang turun ke dapur atau pergi beli barang basah ni. Bila dah masak semuanya sama je rupa katanya.

Hari ni jom kita kenal beza antara ikan selar dan ikan kembung, dua ikan yang paling common kat negara kita ni tapi masih ramai yang tak berapa kenal rupa parasnya. Tips kat bawah dikongsi oleh kengkawan Cookpaders sendiri:

Kredit foto: Ikan Selar oleh mamy_kitchen 89 dan Ikan Kembung oleh Mahadiah

Nah, sekarang dah kenal mana satu ikan selar, mana satu ikan kembung, nak masak apa pulak dengan ikan-ikan ni? Jom tengok idea-idea kengkawan kita kat bawah:

10 Idea Masakan Ikan Selar & Ikan Kembung

1. Resipi ikan selar ni senang dan sesuai untuk dijadikan hidangan makan tengah hari atau makan malam. Kat sini tuan punya resipi sertakan sekali resipi sambal yang digunakan.

Resipi Ikan Selar Bakar Ala Portugis oleh Salina Jalaludin
109/2022/RoadtoWorldRecipes/1227 ❤️ [Week 1] IKAN SELAR ❤️ #AnyOneCanCookFish Nak ajar cmne nak kenal ikan selar dah ada yang ajar dah. Tapi bagi hakak nak senang tengok tagging kat pasaraya & pasar je🤭. Yang pasti ikan selar ni bagi pemerhatian hakak ada jalur kuning keemasan pada badan dia. Ok tu…

2. Kita biasa dengar ayam percik kan? Kali ni kita guna ikan selar sebagai ganti ayam pulak. Must-try bagi peminat ikan dan masakan percik.

Resipi Ikan Selar Percik oleh Aznie Khasri
Serius ikan selar dimasak percik memang sedap sangat. Rugi rasanya masak 2 ekor je. Kena buat lagi nampak gayanya ni. Ni kalau ratah memang tak jadi lauk😂. Memang tak rugi mencuba. Resepi ikan percik ni terkenal di negeri Kelantan juga Terengganu.

3. Bungkus ikan selar yang dah diperap dengan bawang dan daun pandan untuk menyerlahkan aroma ikan yang digoreng, sama macam ayam daun pandan.

Resipi Selar Goreng Bawang Putih Bungkus Daun Pandan oleh Julia ALeen Aireish
Ada yang kata kita goreng ikan selar lain dari yang lain😁..specialnya balut dengan daun pandan berbau wangi. Ikan selar tu kalau dibuat goreng memang best, sedap tau.. [Week 1] IKAN SELAR #AnyOneCanCookFish

4. Cuma guna 2 bahan je untuk bahan tumisnya tapi menghasilkan lauk yang cukup sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Resipi 👩‍🍳Ikan Selar Masak Rendang Padang🐟 oleh Mahadiah
[Week 1] IKAN SELAR #AnyOneCanCookFish Bahan tumisnya hanya dua bahan, tak sangka hasilnya satu lauk yang sungguh sedap 😋 Tumis dengan minyak lebih sedikit, jangan risau selepas masak, asing/serap dan buangkan minyak berlebihan. Tak perlu tambah air dalam masakan ini kerana hasil sambalnya sedap ke…

5. Ikan selar pun sedap dibuat salad juga! Instead of guna salmon, apa kata kita cuba isi ikan selar pulak - alternatif yang lebih murah dan yang penting tetap sedap!

Resipi Ikan Selar Panggang Bersama Salad oleh FZ Adzlin
Week 1 : #AnyoneCanCookFish Untuk yang sedang berdiet,menu ni sangat sesuai,walaupun Simple..tapi sangat sedap..

6. Ikan kembung dalam resipi ini dikukus dulu sebelum disiram dengan air asam. Ngam bila lawan dengan nasi putih panas-panas!

Resipi Kembong air asam oleh 0h Hana !!
Sesekali kena menu gini..dengan nasi panas lembut..adudu...2 ekor ikan tak cukup tu seorang🤭 Tak boleh buat selalu..bukannya menu diet ni..terlajak nasi ada la..

7. Istimewanya resipi ni, tomato digantikan dengan epal hijau untuk dapatkan rasa masam manisnya tu. Salah satu cara bijak menggunakan apa yang ada dalam peti sejuk.

Resipi Kembung Masak Kicap Mudah oleh Dapur Yusfarisyia
[Week 2] IKAN KEMBUNG #AnyOneCanCookFish @dapur_ellysha98 terima kasih atas inspirasi resipi nya. Saya olah sedikit bahan-bahan yang takde dengan menggantikan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

8. Isi ikan kembung yang direbus dicampur dengan isi kelapa dan dikisar bersama dimakan dengan nasi himpit atau nasi dagang.

Resipi Sambal Nyior Ikan Kembung oleh Ani Delighted
#AnyOne CanCookFish Sambal nyior ikan kembung sedap dimakan dengan nasi himpit, atau nasi dagang

9. Isi ikan kembung direbus dengan tomato dan dijadikan sambal. Selain tomato boleh juga digantikan dengan buah kedondong, belimbing buluh atau bunga kantan.

Resipi Sambal Ikan Kembung Tomato oleh Sesimple Loralin
#ResepiMudah Sambal ikan feveret Uchu n husben. Takde pauh muda, tomato pun jadi. Boleh juga gantikan tomato dengan belimbing buluh, kedondong muda , bunga kantan atau lain-lain yang bersesuaian.

10. Salah satu cara yang paling common untuk masak ikan kembung. Simple dan sedap. Boleh tambah sayur apa-apa je kat dalamnya. Siapa yang suka pedas boleh tambah cili api.

Resipi Masak lemak cili api ikan kembung bersama kacang buncis oleh KAM
[Week 2] IKAN KEMBUNG #AnyOneCanCookFish Masak simple je sbb semua deman ni..

Ada lebih daripada 12 ribu resipi ikan yang boleh didapati di Cookpad. Macam-macam gaya, macam-macam cara masakan ada. Make sure korang download app Cookpad kat phone korang untuk pengalaman yang lebih memuaskan! Korang boleh download app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore.