Buah Pic vs. Buah Aprikot

Buah pic (atau peach) dan aprikot (atau apricot) seringkali digelar "buah kayangan" atau "buah T20" disebabkan harganya yang agak mahal. Peach agak senang nak dapat kat pasaraya tapi fresh apricot agak susah nak jumpa kat Malaysia, yang selalu jumpa dried apricots atau buah aprikot kering.

Ramai selalu keliru antara peach dengan aprikot - yang mana satu peach, yang mana satu aprikot? Rupa pun hampir-hampir sama. So, macam mana nak tau yang kat depan mata kita ni peach atau aprikot? Kalau yang dah siap bubuh label senang, kalau yang takde label langsung? Dah lah aprikot ni salah satu bahan-bahan wajib #GoldenApron23 untuk Week 10. Kalau salah beli naya Pak Karim, dah lah harga dia bukan kaleng-kaleng.

Siapa-siapa yang rasa confused tu jom baca selanjutnya macam mana nak kenal pasti peach dengan aprikot supaya tak tersalah beli.

Rupa

Saiz buah pic lebih besar berbanding buah aprikot. Kulit buah pic juga lebih berbulu dan seakan baldu berbanding buah aprikot yang lebih licin. Warna buah pic pula lazimnya lebih gelap dan kemerah-merahan (merah-jingga) berbanding buah aprikot yang lazimnya lebih kepada warna jingga-kuning.

Biji

Biji buah pic lebih besar dan mempunyai permukaan yang berlekuk-lekuk manakala biji buah aprikot lebih rata permukaannya dan berkulit. Bila dipecahkan kulit biji aprikot, bijinya boleh dilihat seakan-akan kacang badam, tetapi dengan saiz yang lebih kecil dan pendek, dan rasa yang lebih kelat dan pahit.

Bau

Kedua-dua buah mengeluarkan aromanya yang tersendiri bila masak ranum. Walau bagaimanapun, bau buah pic lebih kuat berbanding buah aprikot. Korang mungkin kena dekatkan buah aprikot ke hidung kalau nak ambil baunya, berbeza dengan buah pic yang harum semerbak bila dah masak, dari jauh pun boleh bau.

Rasa

Buah pic mengandungi lebih banyak air, menjadikannya lebih lembut dan juicy berbanding buah aprikot yang lebih kering dan keras isinya. Buah pic juga lebih manis daripada buah aprikot disebabkan kandungan gulanya yang lebih tinggi.

Kandungan asid malik atau malic acid yang lebih tinggi dalam buah aprikot memberikan rasa yang lebih tangy, iaitu tajam dan masam. Kemanisan semulajadi buah aprikot lebih terserlah jika dibuat jem, tart, jelly atau dikeringkan. Oleh sebab tu, buah aprikot jarang dimakan fresh begitu saja, tak macam buah pic yang sedap dinikmati bila dah masak ranum.

Penggunaan dalam Resipi

Harus diingat perbezaan ketara di antara kedua-dua jenis buah kalau korang bercadang nak gunakannya dalam resipi korang. Korang tak boleh sesuka hati menggunakan buah aprikot sebagai alternatif kepada buah pic dalam masakan, dan sebaliknya, disebabkan tekstur dan rasanya yang berbeza.

Buah pic lebih sesuai digunakan dalam resipi yang tidak perlu dimasak seperti smoothie, salad dan dessert, dan buah aprikot lebih sesuai dimasak untuk menyerlahkan kemanisan semulajadinya dan mengurangkan rasa masamnya.

Puding Buah Pic oleh Muniroh Annuar

Kalau korang nak gunakan buah aprikot fresh dalam masakan terutamanya untuk menggantikan buah pic, korang kena tambah lebih banyak gula atau pemanis dan mungkin juga lebih banyak air sebab buah pic lebih berjus dan manis.

Fresh Apricot Scones oleh Mahadiah

Diharapkan dengan perkongsian ni, takde lagi yang keliru tentang yang mana satu buah pic, yang mana satu buah aprikot. Bagi yang bercadang nak gunakan apricot sama ada yang fresh atau yang dikeringkan untuk cabaran #GoldenApron23 minggu ni, happy discovering new ways to enjoy apricots gaaaiiisss!