Cari

Buat Sendiri 10 Kuih Simple & Sedap!

Buat Sendiri 10 Kuih Simple & Sedap!

Time-time musim hujan ni memang best pekena seteko teh dan sepiring kuih. Tapi hujan-hujan ni malaslah pulak nak menapak keluar cari kuih. Dengan traffic jam dan jalan banjirnya lagi. So penyelesaiannya, buat sendiri je! Bukannya susah pun. Kebanyakan bahan-bahan dah ada pun kat dapur tu, tinggal nak buat dengan tak je.

Korang tau tak kat Cookpad ada beribu-ribu resipi kuih muih yang korang boleh try buat sendiri, termasuk beratus-ratus kuih simple yang tak guna banyak bahan dan tak renyah pun nak membuatnya.  

Kuih muih sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia, terutamanya kaum Melayu. Ada berjenis-jenis kuih yang boleh didapati di negara kita - ada yang manis, ada yang masin, ada yang pedas - dan yang istimewanya, setiap negeri ada kuihnya yang tersendiri.

Pergi je ke mana-mana gerai atau warung, pasti ada hamparan kuih muih untuk dipilih. Sama ada untuk sarapan pagi, untuk minum petang, sebagai juadah berbuka puasa, ketika moreh, sebagai pencuci mulut dan juga dihidangkan buat tetamu yang berkunjung, kuih ialah satu hidangan versatil yang boleh dinikmati bila-bila masa dan di mana sahaja.

10 Kuih Simple Wajib Cuba

Kat sini minmin dah siap-siap pilih 10 resipi kuih yang bukan je senang nak membuatnya tapi confirm sedap untuk korang try buat sendiri kat rumah. Buat sendiri lagi jimat dan puas makan!

1. Kuih Ubi Kayu Kukus Manis

Kuih ni diperbuat daripada ubi kayu kisar frozen, garam, gula dan kelapa parut je. Simple je tapi yang pasti, sedap!

Kuih Ubi Kayu Kukus Manis
Kuih Ubi Kayu Kukus Manis⏱ 25 - 30 minitBahan Kuih:, Ubi Kayu Kuning Kisar Frozen (siap dinyahbeku), Garam Himalaya, Gula(boleh tambah jika suka lebih manis), Bahan Salut:

2. Kuih Tepung Puli

Kuih yang diperbuat daripada tepung pulut, tepung ubi, gula, garam dan santan ni boleh dipelbagaikan warnanya agar lebih kelihatan menyerlah.

Kuih Tepung Puli
Kuih Tepung Puli⏱ 20 minit untuk 1 loyangtepung pulut, tepung ubi, gula halus, garam pink Himalaya, santan kotak KARA

3. Apam Pisang Tanpa Mixer

Kalau ada pisang masak ranum kat rumah tu, selain daripada cokodok boleh juga dibuat apam pisang. Tak payah guna mixer pun boleh naik cantik begini.

APAM PISANG (TAK PERLU MIXER)
APAM PISANG (TAK PERLU MIXER)⏱ 30 minit - 45 minitPisang masak ranum (lenyek halus), gula (boleh adjust ikut manis pisang, tepung gandum, baking soda, baking powder

4. Kuih Tako

Diperbuat daripada daun pandan, tepung jagung, gula dan santan, kuih dengan rasa lemak manis ni lebih sedap kalau disimpan dalam peti sejuk dulu.

Kuih Tako Mudah
Kuih Tako MudahBahan bahagian bawah : A, tepung jagung, gula pasir, air pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama dengan air & tapis), air biasa

5. Kuih Lapis Sukatan Cawan

Kuih klasik ni guna sukatan cawan je ala orang dulu-dulu, tak payah pakai penimbang pun boleh jadi sedap, tak terlalu keras dan tak terlalu lembik.

Kuih Lapis sukatan cawan
Kuih Lapis sukatan cawancwn tepung beras/ rice flour, cwn tepung gandum/all purpose flour, cwn tepung jagung (cornstarch), cwn santan / coconut cream, cwn air

6. Onde Onde Gula Melaka

Popular ketika bulan Ramadan, istimewanya onde onde ni bila ia digigit - time gula melaka tu meletus dalam mulut peerrgghhh … nikmat!

Onde onde Gula Melaka
Onde onde Gula Melaka⏱ 30.minit · 📸 1tepung pulut, tepung gandum, air pandan (10 helai daun pandan+2 cawan air) dikisar dan tapis, pandan paste (jika tiada air pandan), pewarna hijau (jika suka)

7. Kuih Sagu Merah

Kuih yang juga dikenali sebagai kuih bronok ni hanya diperbuat daripada biji sagu, gula, sirap ros dengan kelapa parut, tapi rasanya boleh bikin ketagih!

Kuih Sagu Merah
Kuih Sagu Merahbiji sagu, air(tak penuh ½ cawan), gula, sirap ros, kelapa parut putih + sedikit garam

8. Kuih Dangai

Sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada kelapa muda parut, tepung pulut, gula dan garam, kemudian dibakar di dalam loyang. Simple tapi sangat sedap!

Kuih Dangai
Kuih Dangaikelapa muda parut, tepung pulut, gula, garam

9. Apam Balik

Sejenis kuih yang biasa dijual di pasar malam atau bazaar Ramadan. Tak susah sebenarnya nak buat sendiri, boleh letak banyak mana kita nak inti dia.

Apam Balik
Apam Balik📸 4tepung gandum*, serbuk penaik*, soda bikarbonat*, (bahan2 bertanda * di ayak), gula

10. Cucur Jawa

Kuih yang popular zaman-berzaman ni pun sebenarnya tak serumit mana pun nak membuatnya. Yang penting, peram sekurang-kurangnya 4-5 jam dan ikut teknik menggoreng yang betul.

Cucur Jawa
Cucur Jawatepung gandum, tepung beras, air kelapa, gula merah, gula perang / putih

Kongsi Resipi Kuih Simple Versi Anda!

Korang ada resipi kuih muih yang sedap dan senang dibuat? Jom share dengan kawan-kawan semua kat Cookpad! Tapi pastikan korang download apps Cookpad dulu di PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih memuaskan!

Lain-lain Blog Artikel Yang Anda Mungkin Suka

Korang dah baca blog artikel yang ini? Kalau belum, klik je kat bawah ni:

10 Resipi Kuih-Muih Tradisi Untuk Berbuka Puasa

8 Bahan Kaya Probiotik Untuk Kesihatan Optimum

10 Menu Bawah 10 Minit!