Buat Sendiri Yee Sang - 10 Bahan Sahaja!

Yee Sang memang hidangan yang tak asing lagi menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina. Tak ada menu yang satu ni tak sah CNY!

Yee Sang dimakan beramai-ramai bersama kaum keluarga dan rakan taulan di dalam pinggan atau dulang yang besar. Dengan menggunakan chopstick, isi Yee Sang akan dijulang tinggi berulang kali sehingga semuanya bercampur sebelum dimakan bersama-sama. Mengikut kepercayaan kaum Cina, lagi tinggi Yee Sang dijulang, lebih banyak kemakmuran dan kekayaan yang akan datang kepada mereka.

Asal-Usul Yee Sang

Tau tak korang Yee Sang ni sebenarnya berasal daripada Malaysia dan satu hidangan unik yang hanya boleh didapati di negara kita. Kalau ada yang claim negara dia pun ada Yee Sang bermakna menu tu dah ditiru daripada kita.

Yee Sang dicipta oleh seorang individu berbangsa Cina bernama Loke Ching Fatt, pemilik Restoran Loke Ching Kee yang terletak di Seremban.

Beliau mula menghidangkan Yee Sang kepada para pengunjung restoran beliau di sekitar tahun 1940-an. Setiap Tahun Baru Cina, meja akan disusun sepanjang jalan berhadapan restoran beliau di mana para pengunjung menikmati parti Yee Sang secara besar-besaran. Lama-kelamaan ia bertukar menjadi hidangan tradisi bagi kaum Cina di seluruh Malaysia ketika perayaan Chinese New Year.

Bahan-bahan Yee Sang

Perkataan "Yee Sang" itu sendiri bermaksud "ikan mentah", jadi ikan mentah - lazimnya ikan salmon - adalah merupakan bahan utama dalam pembuatan Yee Sang. Selain daripada itu, sayur-sayuran berwarna-warni seperti lobak merah, sengkuang dan lada benggala turut menjadi bahan-bahan pilihan.

Walau bagaimanapun, terpulang pada selera dan citarasa masing-masing untuk menentukan bahan-bahan yang digunakan dalam Yee Sang mereka. Ada yang buat versi vegetarian, jadi ikan mentah diganti dengan telur, dan ada juga yang buat versi vegan, dengan menghidangkan sayur semata-mata.

Buat Sendiri Yee Sang Tahun Ini!

Walaupun nampak macam simple je menu ni, tapi kalau nak beli atau order boleh tahan jugak harganya! Tahun ni, apa kata kita buat sendiri Prosperity Toss ni, dengan menggunakan 10 bahan je yang mudah didapati! Sedap pun sedap, jimat pun jimat!

Sepuluh bahan-bahan yang korang boleh guna untuk pembuatan Yee Sang adalah seperti di bawah. Kalau korang nak ganti mana-mana bahan dengan bahan lain pun boleh, terpulang. Contoh, kalau takde limau bali, korang boleh ganti dengan limau mandarin, kalau takde lobak putih, korang boleh ganti dengan kobis, dan seterusnya.

  1. Ikan Salmon
  2. Lobak Merah
  3. Lobak Putih
  4. Kacang Tanah
  5. Limau Bali
  6. Sengkuang
  7. Lada Benggala
  8. Bijan
  9. Sos Plum
  10. Jus Lemon

Hiris halus-halus secara memanjang setiap bahan-bahan di atas dan susun di atas dulang, bermula dengan bahagian tengah dan seterusnya disusun kelilingnya. Sebelum dijulang dan digaul, tabur bijan, tuang sos plum rata-rata dan perah jus lemon di atasnya. Siap! Sedia untuk dijulang!

Resipi Yee Sang Wajib Cuba!

Berikut adalah resipi-resipi Yee Sang yang boleh korang cuba daripada rakan-rakan di Cookpad. Simple, senang dan semestinya sedap!

Resipi Yee Sang Maggi Goreng Asam Laksa oleh Mamamikael Oven
Teruja sekali dengan kemeriahan #CNY2020 di Malaysia terutama makanannya... Jom cuba resipi Yee Sang Maggi Goreng ni...nampak meriah kan...sedap pulak tu...habis kami makan besar dgn anak-anakπŸ˜ƒ
Resipi Lou Sang CNY appetizer oleh imel_recipe
Sebelum ini, mil selalu beli yang ready made dari supermarket. Tapi tahun ini, kami buat semuanya sendiri. Sedap dan lagi jimat dan puas hati. Dan yang penting sihat, no colouring, no presevative. Sukatan dalam resipi ini hanya anggaran, tidak tetap ya, bergantung kepada individu. Kalau ramai orang …
Resipi Yee Sang (Telur) Healthy oleh Mieyxa Yusuf
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2021 πŸ‚ yang tak lama lagi. Yee Sang (Telur) versi sihat. Follow ig @mieyxayusuf

Minmin ingin ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca yang menyambutnya, tak kira Cookpaders atau bukan Cookpaders. Kalau bukan, tunggu apa lagi? Download app Cookpad sekarang di PlayStore atau AppStore untuk memudahkan lagi kerja korang kat dapur sempena musim perayaan ni!