Tradisi Yang Diteruskan: Cookpad Apron Challenge Ke-4

Adakah korang dah bersedia untuk jadi sebahagian daripada sesuatu yang benar-benar istimewa? πŸš€πŸ”₯

Ada challenge yang datang dan pergi… tapi ada juga yang berkembang menjadi tradisi yang dinanti-nantikan setiap tahun. Sepanjang tiga tahun yang lalu, apron challenge kami telah menjadi salah satunya. Dengan setiap edisi, komuniti makin kukuh, resipi makin kreatif, dan keterujaannya pun makin terasa. Dan setiap tahun, soalan yang sama akan muncul: Bila challenge seterusnya bermula?

Nah… ia kembali lagi. Dan tahun ini, ia hadir dengan lebih menyerlah berbanding sebelum ini. ✨

Hadiahnya ialah apron hijau emerald yang sangat cantik, direka untuk menyerlah di dapur korang dan menjadi teman memasak kegemaran. Ia bukan sekadar apron, tetapi juga lambang komitmen, kreativiti, dan rasa menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Kami berharap apron ini akan menambahkan lagi keseronokan memasak setiap hari yang menjadi nadi kepada Komuniti Cookpad.

Dah bersedia untuk memasak, berkarya, dan dapatkan apron korang? πŸ³πŸ’š

🍳 Cara Ia Berfungsi:

Tempoh Challenge: 30 Mac hingga 13 Disember (37 minggu)
Hashtag: #CookpadApron2026
Ganjaran: Apron Cookpad yang eksklusif dan unik

πŸ§‘β€πŸ³ Cara Untuk Menang Apron Anda:

Semua orang berhak menyertai challenge ini tanpa pengecualian.

Untuk menerima apron Cookpad 2026, korang perlu mengumpul antara 32 hingga 37 points dengan menerbitkan satu resipi setiap minggu menggunakan hashtag #CookpadApron2026. (Namun untuk korang yang sudah memiliki PASS PONTENG, korang boleh ponteng sehingga 3 minggu lagi!)

Memandangkan 32 resipi mingguan ialah syarat minimum, maka 3 Mei merupakan tarikh terakhir untuk menyertai Global Apron Challenge.

Setiap minggu, kami akan memperkenalkan satu tema challenge atau senarai bahan untuk korang berseronok memasak.

Semak notifikasi korang setiap minggu untuk idea baharu dan menjejak perkembangan korang.

Resipi mesti diterbitkan antara Isnin hingga Ahad bagi minggu yang telah ditetapkan supaya point tersebut dikira.

Korang perlu menambah satu resipi setiap minggu untuk mendapatkan point. Jumlah maksimum point yang boleh diperoleh setiap minggu ialah 1 point, walaupun korang menerbitkan lebih daripada satu resipi dalam minggu yang sama.

Syarat Penting supaya resipi layak untuk Challenge:

  • Foto utama hidangan yang telah siap
  • Sekurang-kurangnya tiga langkah
  • Sekurang-kurangnya 1 gambar atau video langkah
  • Semua bahan disenaraikan bersama sukatan
  • Tempoh memasak dan jumlah sajian dinyatakan
  • Diterbitkan dengan hashtag #CookpadApron2026

🌟 Kenapa Perlu Join?

✨ Terokai bahan dan hidangan baharu
✨ Cabar kreativiti korang
✨ Bina portfolio resipi yang mantap
✨ Berhubung dengan komuniti global
✨ Dapatkan apron Cookpad eksklusif yang tidak dijual di mana-mana dan jadi sebahagian daripada komuniti Global Cookpad Apron!!

πŸ‘‰ Terus tag resipi korang dengan #CookpadApron2026 untuk mengumpul point setiap minggu!

πŸ”” Bersedialah! Challenge pertama akan bermula pada 30 Mac.
Nantikan dan mulakan perjalanan Apron korang!