Resipi Inspirasi Merdeka

Bulan Ogos merupakan bulan yang istimewa bagi seluruh rakyat Malaysia kerana pada 31 Ogos, 62 tahun yang lalu, Malaysia mencapai kemerdekaannya. Hari Merdeka di negara ini disambut di seluruh negara oleh rakyatnya yang berbilang kaum dalam acara yang gilang-gemilang.

Tahukah anda terdapat banyak resipi berinspirasikan Hari Merdeka di Cookpad Malaysia? Jika anda menaip "merdeka" dalam bar carian Cookpad, anda boleh menemui pelbagai resipi menarik bertemakan Hari Merdeka. Dalam pertandingan resipi Merdeka bersama Chef Zam baru-baru ini, Cookpad Malaysia menerima banyak penyertaan yang mengagumkan. Penyertaan-penyertaan ini membuktikan betapa kreatif dan berseninya para Cookpaders kami. Syabas, Cookpaders Malaysia! Anda memang hebat! πŸ’ͺπŸ‘β€οΈ

Mari kita lihat sebahagian daripada resipi-resipi berilhamkan Hari Merdeka yang telah dicipta oleh Cookpaders Malaysia. Apa kata anda cuba membuat salah satu daripadanya dan menghidangkan sesuatu yang berlainan untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan pada Hari Merdeka tahun ini?

1. Ketayap Pandan Merdeka oleh ALeen Aireish
2. Puding Merdeka ke-62 oleh Adamsufi Mazri
3. MIxed Berry Pie Ceria Merdeka oleh Eka Zahra
4. Sago Gula Melaka Merdeka oleh Ila Dila
5. Apam Mekar Jalur Gemilang oleh Leesa Alif
6. Kuih Lapis Warisan oleh Fauziah GeeHut
7. Kek Butter Merdeka oleh Atie SweetChocbakeries
8. Kuih Lapis Jalur Gemilang oleh Nor Al Fatihah
9. Pulut Kuning Sejahtera Malaysia oleh Kak Wan
10. Nasi Lemak Gemilang oleh Eka Zahra
11. Lapis Kukus Rainbow Merdeka oleh Rozita ZuitaAisyah
12. Cheese Tart Merdeka oleh Wati
13. Kek Batik Cheese Merdeka oleh Aznie Khasri

Cookpad Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-62 kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan latar belakang. Kita semua adalah simbol keharmonian masyarakat majmuk yang jarang boleh didapati di negara lain. Marilah kita bersama-sama berganding bahu mengekalkan perpaduan antara kita demi negara yang tercinta! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€βœŒοΈπŸ’›πŸ’™β€οΈ