Siapa kat sini suka minum kopi?
Bagi penggemar kopi, "coffee is life" katanya. Takde kopi tak celik mata katanya. Wajib pekena secawan sebelum mula buat apa-apa. Kalau tak pergerakan pun jadi slo-mo. Minmin tau la sebab minmin pun camtu. Tak jamah makanan takpe janji kopi mesti ada.
Yang sedihnya, kopi ni selalu dipandang serong tau. Kata kopi ni tak bagus untuk kesihatan la apa la. Padahal manfaat kopi ni terlalu banyak, kalau orang yang mengata tu sedar mesti dia pun start minum kopi.
Kopi kaya dengan antioksida, mineral seperti magnesium, dan juga vitamin B. Antara manfaat kopi yang diketahui dan terbukti ialah:
- Meningkatkan tenaga dan kecerdasan otak
- Mengurangkan risiko kencing manis tahap 2
- Bagus untuk kesihatan hati dan jantung
- Membantu menghindari penyakit Parkinson
- Membantu mengawal dan menurunkan berat badan
- Mencegah kemurungan
Tapi ingat, everything in moderation. Jangan la korang pergi telan kopi segelen pulak. Satu atau 2 cawan sehari dah memadai. Seelok-eloknya minum kopi hitam fresh yang dikisar dan ditapis (bukan instant coffee) dan tak dicampur gula, krimer atau susu. Kalau tak tahan pahit, tambah gula perang dalam 1-2 sudu teh je.
Korang tau tak kopi ni bukan je sedap diminum, tapi sedap dimakan juga. Bukan la suruh korang makan biji kopi atau serbuk kopi tu mentah-mentah. Tapi gunakan kopi sebagai salah satu bahan untuk membuat pelbagai makanan yang sedap-sedap, budak-budak pun suka!
Jom tengok makanan apa yang kita boleh olah dengan kopi!
1. Kek Kopi
Kopi memang sedap dibuat kek. Kek coklat pun selalu je orang guna kopi sikit untuk lebih menyerlahkan rasa kek coklat tu.
2. Biskut Kopi
Biskut kopi popular time musim perayaan. next level sedapnya biskut yang gunakan kopi sebagai bahan utama ni.
3. Jelly Kopi
Kopi juga boleh dijadikan dessert yang sangat refreshing seperti jelly kopi. Senang pulak tu nak buat. Sekali ngap terus cerah biji mata.
4. Roti Kopi
Kopi boleh digunakan untuk buat roti ala Roti Boy yang popular tu. Guna roti slice je pun boleh jadi. Rasa sebiji mesti nak lagi!
5. Tiramisu Kopi
Kopi merupakan salah satu bahan utama dessert yang berasal dari Itali ni. Tiramisu ni sejenis comfort food yang bila kita suap masuk mulut, terus lupa kejap segala masalah. Versi cheesekut pun ada.
6. Kek Batik Kopi
Siapa tak suka kek batik? Korang tau tak kalau nak kek batik yang lebih lembut dan sedap, campur je kopi. Gerenti laku keras kek batik korang, takde la sampai tersembur biskut marie tu atau tersekat kat anak tekak bila kunyah.
Kat Cookpad ada beratus-ratus resipi berasaskan kopi yang korang boleh cuba buat sendiri. Korang hanya perlu taip je kat search box resipi apa yang korang nak atau bahan-bahan apa yang korang nak guna, lepas tu tekan "Enter". Tapi jangan lupa download dulu app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang optimum!