Kenali 7 Jenis Minyak Masak Lazim di Malaysia

Minyak masak ialah salah satu bahan asas yang terpenting dalam dapur chef-chef rumahtangga kat Malaysia ni. Takde minyak masak, dapur tak berasap. Kalau minyak masak naik harga, boleh merusuh satu negara.

Salah satu sebabnya ialah orang kita memang banyak guna minyak dalam masakan. Boleh dikatakan hampir semua jenis masakan terutama sekali masakan Melayu guna minyak. Dah tu pulak, orang kita memang suka sangat style goreng-goreng ni, terutama sekali deep fry. Nak makan ikan, goreng. Nak makan kuih, goreng. Nak makan aiskrim pun kadang, goreng jugak! Manalah minyak tak cepat habis!

Ada macam-macam jenis minyak masak yang dijual di kedai-kedai dan pasaraya di negara kita. Ada minyak sawit lah, minyak jagung lah, minyak zaitun lah, kadang-kadang boleh bikin pening nak decide minyak mana yang patut dibeli.

Kalau korang antara mereka yang tertanya-tanya minyak apa sesuai digunakan untuk memasak dan perbezaan antara jenis-jenis minyak, look no further! Artikel kita minggu ni bercerita tentang jenis-jenis minyak masak yang biasa terdapat di pasaran Malaysia, dan cara penggunaannya yang sesuai dalam masakan.

  1. Minyak Zaitun
  2. Minyak Sayuran
  3. Minyak Canola
  4. Minyak Bunga Matahari
  5. Minyak Jagung
  6. Minyak Sawit
  7. Minyak Kacang Tanah

1. Minyak Zaitun

Dikatakan minyak masak paling sihat yang terdapat di pasaran, minyak zaitun tinggi dengan vitamin dan mineral. Umumnya ada dua jenis utama minyak zaitun yang boleh didapati: minyak zaitun ekstra dara (extra virgin olive oil) dan minyak zaitun biasa (pure olive oil atau light olive oil).

Resipi 🥖🧀 CHEESE BAGUETTE oleh Keroroyz Royz
inspired dari resipi Philly cheese steak cheesy bread. Lepas bakar rotinya rangup. The next day rotinya jadi lembut. Simpan dalam bekas bertutup ya, hepi meneraiiii 😉 ➡️ Adapted from therecipecritic

Minyak zaitun biasa berwarna kuning dengan bau yang kurang menusuk berbanding minyak zaitun ekstra dara, yang berwarna hijau dengan bau yang lebih kuat dan tajam. Beza antara keduanya ialah proses penyulingan dan pemerahan buah zaitun untuk menghasilkannya: lagi cerah warna minyak zaitun tu, lagi banyak proses penyulingan yang dilaluinya. Minyak zaitun ekstra dara ialah minyak yang terhasil daripada perahan pertama menggunakan kaedah cold-pressed.

Untuk menumis, menggoreng dan memanggang pada suhu yang tinggi, minyak zaitun biasa paling sesuai, manakala minyak zaitun ekstra dara lebih sesuai dimakan begitu saja dan dicampurkan ke dalam salad atau diambil sebagai supplement.

2. Minyak Sayuran

Minyak paling murah dan paling senang didapati di pasaran negara kita. Biasanya dijual dalam peket 1kg. Minyak ni diekstrak daripada pelbagai bahagian tumbuh-tumbuhan termasuk biji tumbuhan. Minyak sayuran paling sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan banyak minyak seperti deep frying kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding minyak masak yang lain.

Resipi 👩‍🍳Crispy Fried Wonton oleh Mahadiah
Wonton /wantan/wuntun ialah sejenis ladu( dumpling) Cina yang biasa ditemui dalam Chinese Cuisine. Kulit doh wonton diperbuat daripada tepung, telur, air, dan garam. Untuk penyediaan Wonton, kita melebarkan pembalut persegi atau bulat kulit doh rata di tapak tangan, meletakkan sedikit isian di tenga…

3. Minyak Canola

Minyak ni dihasilkan daripada benih tumbuhan canola, iaitu sejenis sawi. Minyak canola mempunyai titik asap yang tinggi, oleh itu sesuai digunakan dalam pelbagai cara masakan daripada salad dressing hingga deep frying. Rasanya yang mild dan neutral juga tak menjejaskan rasa asal masakan. Minyak canola juga sesuai digunakan dalam pembuatan roti, kek dan biskut sebagai ganti marjerin atau mentega.

Resipi Kek Chiffon Kopi oleh shazrina
Kek kopi sempena birthday mak sya 24/8..selain kek pandan sya suka kek kopi jugak(buat untuk mak, anak yang lebih🤣) Nama pon kek chiffon mesti la lembut pastu ade rasa lembab² sikit..tu yg sedap tu🤤kek kopi ni tak strong sangat sebab sya guna nescafe original..nak yg kaw bole guna nescafe rich..un…

4. Minyak Bunga Matahari

Minyak bunga matahari atau sunflower oil dihasilkan daripada biji bunga matahari. Ia bukan je sesuai digunakan untuk memasak, tapi juga selalu digunakan dalam penghasilan produk-produk kecantikan dan kosmetik. Minyak ni mempunyai titik asap yang tinggi, oleh tu sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng. Selain daripada tu, minyak bunga matahari juga boleh digunakan sebagai salad dressing.

Resipi Ikan Bakar Marjerin Ala Thai oleh ha.lim39
#bazaarramadhan #goldenapron2020 #cookpadmalaysia Cik abang membawa balik Ikan Siakap segar,“rasa nak makan ikan bakar marjerinlah hari ni!”.Bila disuarakan sos ikannya dah habis, ” macamana nak buat?”.“Pandai-pandailah awak!“dihulurnya ikan sambil berlalu pergi.Kebiasaannya di bulan Ramadhan kita b…

5. Minyak Jagung

Minyak jagung (corn oil atau maize oil) diperbuat daripada biji jagung yang melalui beberapa proses penyulingan. Minyak ni juga mempunyai titik asap yang tinggi dan tak mudah berubah warna atau rasa, menjadikannya antara minyak yang paling sesuai digunakan untuk menggoreng dan baking. Walaupun ia dikatakan kaya dengan antioksidan, tapi harus diingatkan berpada-padalah ye kalau nak guna minyak ni dalam masakan, sebab minyak ni pun boleh tahan tinggi kandungan kalorinya.

Resipi 👩‍🍳Kek Oren🍊 oleh Mahadiah
Minggu ni dua kali baking kek. Laku keras. Selepas makan kek nanas terbalik, ada yang request nak makan kek oren. Resipi ini adalah hasil dari idea beberapa resipi.. Kek Oren Tak Terbalik🫢 #Pejuang2KResipi 1542/2K

6. Minyak Sawit

Minyak yang paling popular dan paling banyak didapati dalam dapur-dapur orang kita. Walaupun sering menerima publisiti buruk daripada negara luar khususnya negara barat, minyak sawit sebenarnya tinggi khasiatnya. Minyak ni dihasilkan daripada biji sawit yang dah melalui beberapa proses penyulingan untuk menghasilkan minyak yang rendah kolestrol dan sesuai digunakan untuk memasak kebanyakan hidangan di negara kita terutamanya menumis dan menggoreng.

Minyak ni juga dikatakan minyak yang paling mampan atau sustainable penghasilannya berbanding minyak masak yang lain. Selain daripada minyak sawit biasa yang berwarna kuning, terdapat juga minyak sawit merah atau karotena yang dikatakan jauh lebih tinggi khasiatnya. Minyak karotena ni berwarna merah dan lebih gelap berbanding minyak sawit biasa kerana ia tidak melalui proses penyulingan berulang kali seperti minyak sawit biasa.

Resipi Nasi Karotena oleh Hafiza Muaddah
#goldenapron #nutrifest Pernah dengar tentang minyak sawit merah? Atau minyak Carotino? Minyak ini sangat bagus kerana ia boleh melambatkan proses penuaan, mengandungi antioksidan (karoten) yang tinggi, asid lemak dan mikronutrien yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, E & K. Kalau kita bercak…

7. Minyak Kacang Tanah

Diperbuat daripada kacang tanah, minyak ni yang juga dikenali sebagai peanut oil atau groundnut oil banyak digunakan dalam masakan Asia terutama sekali masakan Cina. Ia mempunyai aroma dan rasa kacang yang agak kuat, oleh itu selain daripada digunakan untuk memasak, ia juga digunakan sebagai penambah perisa. Minyak kacang tanah ialah antara minyak yang paling stabil dengan titik asap yang sangat tinggi, menjadikannya sesuai untuk menumis atau menggoreng pada suhu yang tinggi. Walau bagaimanapun, kandungan kalorinya juga tinggi, jadi beringatlah ya ketika memasak menggunakannya.

Resipi Fried Sichuan - Style Tofu Cubes oleh Jeehan Kitchen
Petang tadi dah masak Fried sichuan Tofu ni tapi x sempat ambik gambar langsung. esok kita buat lagi with steps nya sekali😊. Make sure chicken stock/Kaldu Ayam tu tiada garam yer...kan nanti temasin pulak...😁. Seriously tauhu ni sedap makan ratah macam tu jer. Give a try and Happy Cooking Guy’s #v…

Nah, sekarang korang dah tau bezanya minyak masak yang ada dan cara yang betul menggunakannya dalam masakan, korang boleh buat keputusan yang lebih bijak dalam berbelanja lepas ni. Setiap minyak mempunyai khasiat dan kelebihannya yang tersendiri, oleh tu terpulang pada korang nak guna yang mana satu berdasarkan kesesuaian dan budget masing-masing.

Nota: Gambar hiasan artikel milik Sesimple Loralin daripada resipinya Sotong Celup Tepung Tahun Baru. Thanks Uchu!