Masak dengan Kambing: 10 Resipi Favourite
Hari Raya Korban baru je berlalu. Ada yang buat korban kambing seekor?
Kalau ada tapi buntu tak tau nak masak apa, meh duduk rapat-rapat. Minggu ni minmin nak cerita pasal menu kambing yang terpaling ngam pulak.
Kambing ni terutama dagingnya memang banyak khasiatnya. Tau tak korang daging kambing ni juga salah satu makanan sunnah yang paling digemari oleh Rasulullah S.A.W.?
Kajian juga menunjukkan bahawa daging kambing merupakan pilihan daging merah yang paling sihat antara semua jenis daging merah, termasuk lembu. Paras kolestrol dan lemak tepunya jauh lebih rendah berbanding jenis daging merah yang lain.
Bagi penggemar kambing, mereka memang akan kata rasa kambing ni jauh lebih sedap daripada daging haiwan yang lain. Hari-hari makan kambing pun ok je. Lagi dia orang suka.
Jom kita intai menu apa yang boleh masak dengan kambing ni. Seperti lembu, bahagian-bahagian lain kambing juga boleh dimasak dan sedap dimakan, contohnya tulang kambing dan kaki kambing.
- Kambing Bakar
- Sup Kambing
- Stew Kambing
- Kari Kambing
- Briyani Kambing
- Nasi Arab Kambing
- Gulai Kambing
- Kambing Blackpepper
- Kurma Kambing
- Sate Kambing
1. Kambing Bakar
Kambing yang dibakar atau digrill walaupun nampak simple je tapi lain level sedap dia. Rahsia dia pada perapan kambing tu sendiri dan sos yang dihidangkan bersama kambing bakar. Menu sihat yang mampu membangkitkan selera sesiapa je.
2. Sup Kambing
Bagi penggemar sup, sup kambing ni memang pilihan yang menyegarkan. Selain daging kambing, tulang kambing pun popular dibuat sup. Hirup macam tu je pun sedap, cicah dengan roti atau makan dengan nasi pun syahdu.
3. Stew Kambing
Kalau korang suka tekstur yang lebih pekat dan rasa yang lebih intense, stew kambing pilihan yang paling afdal. Dimasak lebih lama daripada sup, kalau ada daging atau bahagian kambing yang dah tersimpan lama dalam peti sejuk tu, memang sajaklah dibuat stew. Stew ni paling sedap buat cicah-cicah dengan roti.
4. Kari Kambing
Bagi penggemar nasi kandar, kari kambing memang layaaannnn! Sama ada bersantan atau tanpa santan, kari memang sedap dipadankan dengan mana-mana daging merah, terutama sekali kambing, sebab jus dan rasa daripada daging tu akan meresap masuk dalam kuah kari tu dan menambahkan kesedapannya. Simpan kuahnya buat cicah-cicah dengan roti canai atau capati memang padu!
5. Briyani Kambing
Briyani kambing memang menu fevret rakyat Malaysia. Mahal tau kalau beli ni. Buat sendiri puas makan, satu family boleh enjoy. Bagi warga Johor, briyani gam kambing memang salah satu trademark negeri ni.
6. Nasi Arab Kambing
Nasi arab kambing semakin mendapat pilihan di negara kita. Yang ni pun harga boleh tahan kalau beli. Rasa kambing tu memang ngam sangat bila digandingkan dengan rempah ratus yang digunakan dalam pembuatan nasi arab ni.
7. Gulai Kambing
Popular di wilayah utara Semenanjung Malaysia, gulai kambing memang antara menu pilihan tiap kali menjelangnya raya korban. Depa selalunya suka boh umbut nyoq (umbut kelapa) atau batang pisang sekali dalam gulai. Sedap baq hang!
8. Kambing Blackpepper
Kalau dah buntu sangat nak masak apa, kambing blackpepper pun ngam. Simple, tapi tetap sedap hingga menjilat siku. Nak tumis pun boleh, nak bakar pun boleh, nak buat pai pun boleh, nak buat sos pun boleh. Ketuk kuali, tanya selera rasa nak makan apa hari ni.
9. Kurma Kambing
Yang tak suka pedas boleh cuba yang ni. Kalau ada kat majlis kenduri menu ni, memang dia yang habis dulu. Sama macam kari, kambing kalau masak kurma memang menyerlah betul rasa kuah dia tu. Makan kuah je walaupun isi semua dah habis pun tetap sedap.
10. Sate Kambing
Siapa kata ayam dengan daging je sedap buat sate? Kambing pun sedap tau! Kalau padu perapan sate tu, padulah rasa sate tu. Kalau nak lain level sikit buat style Maranggi. Confirm meleleh air liur time bakar dan meleleh air mata time makan!
Selain daripada menu kat atas, kambing masala, kambing masak kicap, asam pedas kambing, dalca kambing, kambing goreng, kambing masak hitam dan kambing tongseng juga boleh tahan popular dan sedapnya. Terpulang pada selera korang suka yang pedas ke atau yang berempah.
So menu kambing yang mana jadi pilihan hati korang? Kat Cookpad ada beratus-ratus lagi resipi kambing yang korang boleh simpan dan masak, taip je kat search box tu, keluarlah dia.
Jangan lupa tau download app Cookpad dulu melalui PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!