Kalau tahun lepas kita ada Global Apron 2024, tahun ni kita ada Cookpad Apron 2025 pulak geng!
Masih berasaskan bahan-bahan, tapi instead of Cookpad Magic Pantry kita ada Cookpad Magic Cart pulak.
Tahun ni rules dia simple je. Takde tema mingguan, takde points. Setiap minggu hari Khamis minmin akan gi shopping. Hari Jumaat pagi minmin akan reveal apa yang minmin dah beli untuk minggu tu.
Setiap minggu, korang hanya perlu pilih sekurang-kurangnya 2 bahan daripada 10 bahan-bahan yang minmin dah letak dalam Cookpad Magic Cart untuk minggu tu, dan masak apa-apa je yang korang suka menggunakan bahan-bahan tu.
Cabaran ni berlangsung dari Isnin, 24 Mac 2025 hingga Ahad, 30 November 2025. Korang perlu complete 35 minggu je untuk dapatkan Cookpad Apron 2025 berwarna jingga yang eksklusif! Takde jual kat mana-mana tau apron Cookpad ni semua, boleh dapat hanya dengan join cabaran tahunan Cookpad je. Yang specialnya, apron tahun ni ada nama Cookpad peserta sekali tercetak di atasnya! Best ke tak best??!
Nak menang Cookpad Apron 2025 tak? Kalau nak, meh duduk rapat-rapat dan baca betul-betul cara-cara dan syarat-syarat dia kat bawah ni 👇

Cara-cara nak join Cookpad Apron 2025
- Challenge page mingguan keluar tepat pukul 9 pagi setiap hari Jumaat sebelum minggu baru bermula, supaya korang boleh plan awal nak masak apa minggu tu. Check challenge page kat app Cookpad korang untuk mengetahui senarai bahan-bahan bagi minggu yang berkenaan.
- Setiap minggu, pilih at least 2 bahan-bahan yang nak dimasak dan masak apa je yang korang nak menggunakan bahan-bahan tu. Jangan lupa ambik gambar sekali!
- Upload resipi korang ke challenge Cookpad Apron 2025 dengan menekan button "Hantar Resipi" di challenge page berkenaan. Jangan lupa letak hashtag #CookpadApron2025 atau #CA2025 kat bahagian story resipi korang tu!
- Selesai! Simple je kan? Dah boleh rehat tunggu list minggu seterusnya!
Syarat-syarat wajib Cookpad Apron 2025
- Resipi mesti menggunakan sekurang-kurangnya 2 daripada 10 bahan-bahan yang tersenarai dalam Cookpad Magic Cart untuk minggu tu.
- Hanya resipi baru yang diterima. Tidak dibenarkan menggunakan gambar-gambar atau copypaste content daripada resipi lama yang pernah di upload di Cookpad. Ingat, even kalau korang delete resipi tu pun minmin still boleh detect ya!
- Gambar utama mestilah gambar hidangan yang dah siap masak. Tidak dibenarkan chup tempat dulu dengan menggunakan gambar bahan-bahan. Resipi tanpa gambar utama yang sahih akan dikeluarkan secara automatik.
- Resipi harus disertakan dengan hashtag #CookpadApron2025 atau #CA2025 di bahagian story resipi.
- Resipi mesti mempunyai sukatan bahan-bahan yang lengkap, sajian (serving) dan tempoh masak (cooking time), dan sekurang-kurangnya 3 langkah-langkah beserta sekurang-kurangnya 1 gambar atau video clip di setiap langkah. Pastikan bahan-bahan Magic Cart yang digunakan jelas kelihatan di dalam gambar langkah-langkah. Tak payah tayang botol atau peket, janji minmin boleh kenal pasti sudah.
- Kena complete 35 minggu. Tapi korang boleh #PlayOff bila-bila masa je (tiada had) kalau korang nak start lewat atau ada minggu-minggu yang korang tak boleh complete. Seperti biasa, just submit je resipi extra minggu tu mengikut bilangan minggu yang korang dah miss (kalau miss 3 minggu, boleh submit 3 resipi untuk minggu ni, atau 1 resipi untuk minggu ni, 1 resipi untuk minggu depan dan 1 lagi untuk mana-mana minggu seterusnya). Bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut senarai terkini.
Habuan Cookpad Apron 2025
- Special e-cert mingguan untuk sesiapa yang boleh tapau kesemua 10 bahan-bahan untuk minggu tu.
- Special e-cert keseluruhan untuk sesiapa yang boleh tapau kesemua 10 bahan-bahan untuk kesemua 35 minggu di akhir cabaran.
- Semua Cookpaders yang berjaya complete 35 minggu Cookpad Apron 2025 Challenge akan dapat special token of appreciation daripada minmin.
- Semua Cookpaders yang berjaya lengkapkan 35 minggu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan akan dapat apron eksklusif Cookpad Apron 2025 dan printed cert yang akan dipos dalam bulan Disember 2025.
Apa macam geng? Are yew readeh? Jom selongkar cart!