Salah satu bahan-bahan yang tersenarai untuk #GoldenApron23 Week 3 tak lain tak bukan kacang hijau. Siapa tak kenal kacang hijau kan? Orang Malaysia daripada kecik dah disajikan dengan bubur kacang hijau yang lemak manis berkrim tu.

(Nota penting: Kacang hijau tak sama dengan kacang panjang atau kacang peas eh. Lain tu. Jangan confuse)

Kacang hijau ni banyak khasiatnya. Selain kaya dengan nutrien-nutrien penting seperti vitamin dan serat, kacang hijau juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional China kerana ia bersifat antioksidan dan  antiradang serta sarat dengan asid amino.

Tapi selain daripada bubur kacang hijau, boleh masak apa lagi dengan kacang hijau? Asyik layan bubur kacang hijau je, jom kita buat benda lain lak dengan kacang hijau.

Aiskrim

Aiskrim Kacang Hijau oleh Murni's LittleKitchenz

Kacang hijau ni selalu juga dibuat dalam bentuk Aiskrim Malaysia. Ada yang buat aiskrim daripada leftover bubur kacang. Senang, bubur pun habis, kita pun tak membazir.

Kuih

Mooncake Thousand Layers oleh Jeehan Kitchen

Selain daripada bubur, benda yang paling lazim orang Malaysia buat dengan kacang hijau ialah kuih. Biasanya kuih kasturi atau orang panggil kuih kacang hijau.  Tapi boleh juga buat kuih bom, kuih talam, tepung gomak dengan koleh kacang. Selain daripada tu, kuih asam gupal, mochi dan tau sar piah pun boleh dibuat dengan kacang hijau. Kalau rajin, boleh buat sendiri homemade tepung kacang hijau atau pes kacang hijau dan olahnya jadi mooncake.

Biskut

Biskut Kacang Hijau oleh sotong20

Selain kuih, kacang hijau pun boleh buat biskut kacang hijau dengan batang buruk jugak. Orang dulu-dulu giling tepung kacang hijau sendiri from scratch untuk buat batang buruk. Ni memang specialty arwah nenek kita dulu. Batang buruk dia memang legend, time Raya berebut orang. Selalu dia akan buat extra sebab tau cucu-cucu dia suka, so kita orang pun wajib angkut satu balang tu bawak depan TV buat kudap-kudap.

Rempeyek

Tumpi Tempura Crispy oleh Norashikin Rahmat

Ni lagi satu resipi guna kacang hijau yang popular tak kira Raya atau tak. Rempeyek kacang hijau ni rapuh, rangup dan tak muak makan. Rempeyek kacang hijau pun lebih healthy berbanding rempeyek kacang tanah.

Ada Lagi?

Masak Lemak Pucuk Ubi Kacang Hijau oleh Zahrah Buang

Adaaaaaa! Sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat dengan kacang hijau ni selain daripada yang disebut kat atas. Kacang hijau juga boleh dibuat stew, susu, masak lemak dan bubur asyura. Apa kata korang explore sendiri resipi apa yang boleh dicipta dengan kacang hijau ni? Secara tak langsung boleh juga berikan idea memasak baru pada kawan-kawan kat luar sana.