Persiapan Banjir: Bahan Perlu Ada Di Dapur Anda

Musim tengkujuh tiba lagi, dan seiring dengan itu, musim banjir.

Selalunya kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung yang paling teruk terjejas tiap kali musim banjir. Mereka yang tinggal di kawasan yang terbabit sentiasa ambil langkah berjaga-jaga tiap kali Monsun Timur Laut melanda.

Bagi yang rumah habis ditenggelami air, memang tak boleh lah nak memasak bagai sebab kena pindah keluar, hanya bergantung pada bantuan makanan yang disediakan di PPS (Pusat Penempatan Sementara).

Tapi bagi yang rumah tak terjejas atau air naik sikit je, kebanyakannya tetap tak boleh ke mana-mana disebabkan kawasan sekeliling dilanda banjir. Masing-masing terkandas di rumah. Nak keluar beli makanan atau bahan masakan pun tak boleh.

Untuk mereka yang duduk di kawasan berisiko tinggi atau yang berkemungkinan terjejas akibat banjir yang melibatkan kawasan sekitar, amat penting menyediakan persiapan menghadapi banjir.

Banjir tak banjir, perut kena isi jugak. Nak tunggu bantuan makanan tiba pun bukan segera boleh dapat. Jadi amat disarankan untuk korang stock up apa yang patut kat rumah, sekurang-kurangnya takde lah terputus bekalan makanan dan terpaksa berlapar satu family.

Tak tau nak stock up apa? Jangan bimbang, kat sini minmin dah siapkan checklist untuk korang. Bahan-bahan makanan yang paling sesuai disimpan ialah bahan-bahan yang tahan lama seperti bahan-bahan kering, bahan-bahan siap awet, makanan dalam tin dan botol, dan sayur-sayuran lambat layu. Seelok-eloknya bahan makanan ready-to-eat atau yang tak perlu disimpan dalam fridge jadi kalau terputus bekalan elektrik tak jadi masalah.

Jom check apa yang korang boleh beli siap-siap!

1. Bahan Asas

  • Beras
  • Telur
  • Gula
  • Minyak masak
  • Garam
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Bawang besar / kecil
  • Bawang putih
  • Peanut butter
  • Marjerin
  • Jem
  • Roti slice atau roti bun
  • Roti tahan lama seperti tortilla
  • Susu tepung
  • Madu
  • Cuka
  • Air (untuk minum dan untuk membasuh)

2. Sayur-sayuran Tahan Lama

  • Timun
  • Tomato
  • Lada benggala
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Ubi kayu
  • Labu
  • Lobak merah
  • Peria
  • Petola
  • Kobis
  • Bendi
  • Terung
  • Cili

3. Buah-buahan Tahan Lama

  • Epal
  • Jambu batu
  • Nangka
  • Tembikai
  • Anggur
  • Nenas
  • Jagung
  • Buah-buahan sitrus seperti lemon, buah oren dan buah limau
  • Buah-buahan kering seperti kurma, prune, aprikot dan kismis

4. Sumber Protein Tahan Lama

  • Kekacang yang boleh terus dimakan seperti kacang tanah, badam, pistachio, hazelnut, kacang kuda, walnut, kacang gajus, kacang soya
  • Tauhu
  • Tempe
  • Kacang dhal
  • Kuaci
  • Bijirin seperti oat
  • Granola atau protein / power bars

5. Makanan Diawet

  • Pekasam
  • Ikan kering / masin
  • Jeruk
  • Udang kering
  • Ikan bilis

6. Makanan Dalam Tin

  • Sardin
  • Sotong
  • Cendawan
  • Tuna
  • Jagung
  • Tomato
  • Kekacang
  • Corned Beef
  • Sup
  • Lain-lain buah-buahan dan sayuran dalam tin

7. Pes dan Perencah

  • Pes cili
  • Pes tomyam
  • Pes ibu sambal
  • Pes ikan bakar
  • Pes kari
  • Perencah nasi / bihun goreng
  • Kiub ayam / ikan bilis
  • Pes / perencah sup atau sup bunjut

8. Bahan Perisa dan Perasa

  • Kicap masin / manis / pekat / cair
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Asam jawa / Asam keping
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Sos cili / tomato
  • Sos pasta

9. Makanan Dalam Paket

  • Serunding
  • Sambal kering
  • Biskut
  • Kerepek
  • Keropok
  • Lauk ready-to-eat
  • Mi kering
  • Pasta kering

10. Lain-lain mengikut keperluan

  • Ubat-ubatan
  • Bahan makanan khusus (jika ada alahan atau diet tertentu)
  • Susu formula (jika ada bayi)
  • Makanan haiwan peliharaan (jika ada pets)

20 Resipi Kecur Liur Tanpa Menggunakan Air dan Elektrik

Selalunya bagi kawasan yang terjejas banjir ni, bekalan air dan elektrik pun diputuskan atas faktor keselamatan. Walaupun kawasan rumah korang naik air sikit je dan tak perlu dipindahkan ke PPS, jadi masalah jugak tu sebab perut seisi keluarga tetap kena diisi. Bukannya senang nak order atau beli makanan sebab jalan semua ditutup.

Jangan risau. Kat sini minmin pilih 20 resipi best-best yang tak payah guna elektrik dan air walau setitik pun. Semuanya guna bahan-bahan yang senang dapat - kalau tak dapat pun takde hal, boleh je substitute dengan bahan-bahan yang sedia ada kat rumah korang. Air bersih yang ada tu boleh disimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Takde lah bosan makan menu yang sama je.

Even kalau bukan banjir sekali pun, resipi-resipi ni juga berguna bila-bila kawasan korang terputus bekalan letrik atau air, atau kedua-duanya sekali.

Resipi Kerabu Telur Dadar oleh Norashikin Rahmat
#telurantarabangsa Saya nak share satu resepi mudah yang boleh dijadikan sebagai pelengkap hidangan iaitu kerabu telur dadar. Kerabu ni sedap dimakan sejurus selepas disiapkan. Maksudnya time nak makan baru buat @ dah siap buat terus makan. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup. Sedi…
Resipi Roti John oleh Aznie Khasri
#telurantarabangsa #goldenapron2020 Menu kegemaran anak-anak ni, Roti John. Menu wajib ada time berbuka puasa ni. Setiap hari hubby balik kerja akan singgah di bazar ramadhan semata nak beli ni tuk anak-anak. Simple je sebenarnya buat ni tapi biasa la kadang mak diorang ni pun masak ikut mood jugak�…
Resipi Stir Fried Corned Beef oleh Risa A Rhyla
Lauk yang sedap dimakan dengan nasi yang panas. Pedas tapi nak tambah lagi😂 Dan Corned Beef ini boleh dimakan menjadi isi di dalam Sandwich juga. #GoldenApron23 #Week3
Resipi 🌶 PERI PERI CHICKEN WRAP oleh Keroroyz Royz
Peri2 chicken wrap, healthy meal, sedap, happy tummy & hepi meneraiiii 😉 #chickenwrap #periperichicken #periperi
Resipi Stir Fry Cendawan King Osyter Brokoli oleh Ani Delighted
#golden apron23week19 Sekali sekala masak ala orang putih. Sedap sangat rasa cendawan king ni yang lembut dan brokoli stir fry campur dengan sayuran lain. Sesuai dengan selera . Boleh ulang masak.selama ini masak berkuah sahaja.
Resipi Spicy Basil Chicken oleh Gyna Elenna
#goldenapron #minggukeduabelas Taraaaaa.. Seperti biasa,kalau weekdays je mesti saya tinggal berdua di rumah.Anak-anak semua sekolah.Tinggallah saya dan suami.Kau pandang aku,aku pandang kau.Lepas tu gaduh sebab dah tak ada benda nak buat,cari pasal sesaja. Hari ni saya masak lambat gara-gara paip d…
Resipi Ayam Goreng Kunyit oleh ani skmn
Lauk mudah dan sedap... Ayam bahagian dalam pun lembut ja.. bole cuba resepi ni, sgt sedap.. makan dengan nasi panas, sambal belacan dan sup kosong pun mabeless.. Update : en suami puji ayam sedap gebu n xkeras 😆
Resipi Tomato Egg Stir Fry oleh Q’leenalee’s Kitchen
👩‍🍳668👩‍🍳 🍽105/2023🍽 #GoldenApron23 #Week13 #TelurTomato Menu ringkas yang sihat untuk dinikmati bersama Nasi Putih atau Roti.
Resipi Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis oleh Cempaka Putih
#merdekapassport Masakan berasaskan tempoyak memang sudah sinonim dengan masyarakat Perak Darul Ridzuan. Sambal ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan lebih sedap lagi jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.
Resipi Sotong tin tumis pedas oleh Maizatul Akma
Resepi kawan yang share masa saya bekerja di Telok Panglima Garang dulu. Dulu xpernah tau kewujudan sotong ni. Sbb mak xpernah masak kan. So bila kite kerja merata tempat barula dapat merasa various food kan. Jadi saya share kan untuk rujukan bersama
Resipi Telur Bistik Cara Abang oleh Wan Gilo
#goldenapron2020 (minggu 32) #telurantarabangsa Sedap menu begini dimakan dengan nasi panas-panas dikala hari hujan, walaupun menunya sangat simple. Cukup sekadar tambahkan sejenis ulam dan sambal belacan, ianya sudah cukup enak untuk dinikmati. Molek juga kalau menu sesimple ini dapat diperkenalkan…
Resipi Ikan Kerisi Berlada Kicap oleh Mardiana Jaafar
#phopxcookpad2020 #goldenapron2020 #minggu5 Resepi ini saya dapat dari sahabat saya. Penyediaannya pun mudah. Jom kita masak.
Resipi Poket Ajaib Beef Carbonara Cheese oleh Nor Al Fatihah
#poketajaib #goldenapron2020 Poket ajaib ini bukan sahaja di gemari oleh kanak2..tetapi juga orang dewasa..2 hari lepas baru saya buat poket ajaib ni utk sarapan pagi..tapi saya tak ambil pula cara2 bergambar buatnya 😅 Bila admin beritahu ada bonus poket ajaib ni..eh2 admin macam tau2 je kan 😆 keb…
Resipi Wanpaku Seaweed Egg Roll oleh Julia ALeen Aireish
#wanpaku #goldenapron #minggu17 Semenjak viral demam wanpaku menyerang, asal ada bahan-bahan teruja nak buat. Versi ada seaweed sedap rupanya wanpaku ni bila semua secukup rasa.
Resipi Sambal Kering Bilis Bunga Kantan oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 31: Think Pink! 🩷 CHALLENGE 31: THINK PINK! #BreastCancerAwareness #PinkOctoberWithCookpad Bunga Kantan bwrna merah muda, umum diketahui byk digunakn dlm mskan bbrp menu popular di Malaysia. Malah, ada yg mgunakn nya sbg gubahan hiasan. Juga dikenali sbg bunga siantan. I…
Resipi Ikan Sumbat Sambal Hijau oleh ha.lim39
Satu lagi menu ringkas,pembuka selera untuk hidangan kami hari ini- Ikan Sumbat Sambal Hijau.Dimasak dengan cara membakar,hanya sedikit minyak digunakan untuk melengser permukaan kuali.Dibungkus dengan daun pisang untuk membangkitkan rasa dan aromanya.Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. #s…
Resipi Ayam Goreng Cili Padi oleh Nurul Razali
#goldenapron2020 Nurul nak share resepi yg mudah tapi sedap. Kalau makan ni kompom menambah2. Tak sesuai utk diet hahahaha bahaya 😂
Resipi Kebab ayam oleh Zareena Shahmarudin
#immunebooster #sayurmerah Resipi yang mudah dan menyihatkan. Daging ayam dipanggang dengan sayuran pilihan anda. Untuk lebih menyihatkan, sayuran pilihan disarankan menggunakan sayuran dari pelbagai warna seperti merah dan hijau. Ini kerana kepelbagaian ini akan memberikan juga kepelbagaikan khasia…
Resipi Ikan Kelah Pekasam Goreng oleh Sesimple Loralin
77/2024 (1622/2K) Ramadan Month Challenge 3: 10 - Minute Meal Alhamdulillah..buat makan dengan bubur kosong atau nasi putih waktu sahur pun dah cukup berselera..
Resipi Telur Bungkus oleh Jemilah Tukimin
#telurantarabangsa #goldenapron2020 #minggu32 #cookpadmalaysia Menu minggu ni hakak masak Telur Bungkus so bole lah join menu telurantarabangsa..menu yang mudah tapi agak payah sedikit masa membalut isi dalam dengan telur tu kalau tak hati²😁so itu lah cabaran nya apabila nak membuat telur bungkus n…

Untuk lebih banyak idea masakan, korang boleh download app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore dan cari mana-mana resipi yang menggunakan bahan-bahan yang korang ada kat dapur. Katalah korang ada telur, ikan bilis dan cili padi kat rumah. Taip je "telur, ikan bilis, cili padi" kat search box yang ada tertulis "Taip bahan-bahan ..." dan tekan Enter, keluarlah resipi-resipi yang gunakan bahan-bahan tu. Kalau korang ada akaun Premium, lagi best sebab korang boleh nampak resipi mana yang paling mendapat sambutan.

Apa-apa pun, stay safe korang! Minmin doakan situasi banjir ni akan reda tak lama lagi dan korang serta keluarga korang sentiasa dilindungiNya sepanjang masa. Kalau ada apa-apa yang boleh minmin tolong kat dapur, roger je minmin kat e-mel info-my@cookpad.com!