Tidak lama lagi, kita bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia. Ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh umat Islam di serata dunia.
Ketika ini, yang paling sibuk tentulah kaum Hawa terutama sekali para ibu di luar sana. Terkejar-kejar ke sana ke mari menguruskan makan pakai seisi keluarga. Boleh stress dibuatnya!
Oleh itu, persiapan yang sewajarnya adalah penting untuk memudahkan tugas anda di dapur sepanjang bulan Ramadan nanti. Berikut adalah lima tips yang boleh anda manfaatkan:
1. Beli secukupnya
Lain keluarga, lain keperluannya. Sediakan senarai bahan-bahan asas yang diperlukan untuk sebulan atau sekurang-kurangnya dua minggu jika ruang penyimpanan terhad. Membeli barang-barang keperluan untuk sebulan atau dua minggu sekaligus dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, terutama sekali di bulan Ramadan di mana masa adalah suntuk dan jalanraya dibelenggu masalah traffic jam. Merancang hidangan yang hendak dimasak juga menjadi lebih lancar dan mudah jika semuanya tersedia di depan mata. Masa yang paling sesuai untuk keluar membeli barang keperluan adalah selepas waktu Maghrib waktu hari bekerja. Elakkan keluar membeli barang pada waktu puncak, iaitu ketika hujung minggu atau 1 hingga 3 hari sebelum Ramadan bermula.
2. Beli dengan bijak
Dengan kenaikan harga bagi hampir semua barang-barang keperluan pada zaman sekarang, membuat pilihan yang bijak ketika membeli-belah adalah sangat penting. Sentiasa buat perbandingan harga untuk memastikan yang anda mendapat pulangan yang bebaloi untuk setiap ringgit yang anda belanjakan. Harga yang jauh lebih murah boleh diperolehi jika anda membeli di pasar borong atau di pasar tani dengan lebih banyak peluang untuk tawar-menawar harga yang diingini. Jika anda mengetahui lokasi-lokasi pembekal-pembekal tempatan di kawasan anda seperti pekebun sayur, penternak ayam dan jeti nelayan, adalah lebih baik jika anda membeli terus daripada mereka. Selain boleh mendapat harga kos yang jauh lebih menarik, anda juga secara tidak langsung membantu kelangsungan hidup mereka, sekaligus menyokong kelestarian pengeluaran dan perusahaan tempatan.
3. Sediakan stok wajib
Menyediakan bahan-bahan lazim yang diperlukan di dapur terlebih dahulu memudahkan tugas anda di dapur apabila tiba masanya untuk memasak kelak. Antara bahan-bahan yang boleh anda sediakan ialah bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar, chilli oil, pes cili, pes rempah, pes ikan bakar, stok ayam dan stok makanan frozen. Dengan tersedianya bahan-bahan tersebut di dalam peti sejuk anda, memasak menjadi lebih mudah dan cepat. Ia juga mengurangkan stress dan kekalutan di dapur. Untuk idea-idea penyediaan bahan-bahan masakan yang boleh anda manfaatkan, anda boleh lihat resipi-resipi yang dihantar ke cabaran Meal/Food Prep & Hack yang sedang berlangsung sekarang. Jika anda mempunyai sebarang resipi yang boleh membantu para ibu menjimatkan masa di dapur, anda juga boleh mengambil peluang meraih pahala tambahan dengan turut berkongsi resipi anda ke cabaran ini.
4. Mula kumpul resipi
Memilih lebih awal hidangan-hidangan yang anda ingin masak sepanjang bulan Ramadan membolehkan anda merancang masa dan perbelanjaan anda dengan lebih baik dan berhemah. Anda tidak perlu lagi membuang banyak masa memikirkan apa yang hendak dimasak kemudian nanti, jadi anda boleh tumpukan lebih banyak masa dan perhatian untuk beribadah. Cookpad Malaysia mempunyai beribu-ribu resipi yang boleh anda jadikan inspirasi memasak sepanjang bulan Ramadan, sama ada anda ingin mencuba hidangan baharu atau ingin menghabiskan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Cookpad juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyimpan resipi-resipi kegemaran anda - ianya seperti buku koleksi resipi yang tidak akan hilang atau reput dimamah usia.
5. Langgan Cookpad Premium
Ingin pengalaman memasak yang lebih menyeronokkan di bulan Ramadan? Jadi salah seorang pelanggan Premium kami! Anda boleh segera melihat resipi-resipi yang popular dan terbukti keenakkannya di kalangan komuniti Cookpad, yang terdiri daripada chef-chef rumahtangga seperti anda juga, jadi anda boleh terus mencuba tanpa was-was.
Dengan Premium, anda juga boleh menyimpan seberapa banyak resipi yang anda mahu tanpa had. Pengguna-pengguna akaun percuma Cookpad hanya boleh menyimpan sehingga 60 resipi.
Anda ada tips anda sendiri untuk menyambut Ramadan? Jom kongsikannya dengan kami!