Di negara kita dan di kebanyakan negara-negara lain di Asia, CookEveryPart sememangnya menjadi amalan turun-temurun dari zaman nenek moyang kita lagi. Orang dulu-dulu memang tidak gemar membazir, kerana kebanyakannya hidup susah ketika itu jadi setiap bahagian tidak kira haiwan atau tumbuhan dimanfaatkan sepenuhnya.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang, amalan ini semakin berkurang terutama sekali di kalangan muda mudi. Hanya orang lama atau old timer sahaja yang pandai makan dan masak bahagian-bahagian selain daripada yang lazim iaitu daging dan isi. Golongan muda tidak berapa minat untuk mencubanya.
Kadang-kadang kita keberatan untuk makan sesuatu bukan kerana ia tidak sedap, tetapi kerana kita tidak biasa atau tidak berminat untuk mencuba makanan yang pelik-pelik. Walhal setelah mencubanya, baru kita sedar akan keenakannya.
Sempena bulan CookEveryPart sepanjang Mei ini, jom kita raikan amalan zaman-berzaman nenek moyang kita dengan memasak dan mencuba resipi-resipi CookEveryPart! Bagi yang pandai memanfaatkan bahagian-bahagian lain haiwan atau tumbuhan, anda boleh berkongsi resipi-resipi CookEveryPart anda dan tag rakan-rakan Cookpad untuk mencubanya. Bagi yang tidak biasa atau tidak pernah memakannya, anda boleh Cooksnap resipi-resipi CookEveryPart yang ada dan tag rakan-rakan Cookpad di Cooksnap anda untuk turut mencubanya. Seronok sebenarnya memasak dan mencuba makanan-makanan yang belum pernah lagi kita jamah sebelum ini. Siapa tahu, anda mungkin temui hidangan all-time favourite yang baru setelah mencubanya.
Selain berkongsi ilmu dengan yang lain terutamanya generasi muda, kita juga dapat menghidupkan kembali amalan nenek moyang kita yang cekap memasak serba-serbi dan tidak gemar membazir. Di zaman inflasi di mana harga barang menjulang naik sana-sini, amat penting bagi kita untuk memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan yang ada. Kenapa buang dan bazir kalau boleh masak dan makan?
Jom raikan budaya turun-temurun kita dengan berseronok memasak resipi CookEveryPart bersama-sama!