Terung. Siapa tak suka makan terung kan? Rata-rata semua suka. Bakar pun sedap, goreng pun sedap, bubuh dalam kuah pun sedap.

Ada macam-macam jenis terung, antaranya terung ungu, terung pipit dan terung dayak. Tapi korang tau tak, terung bukan je sedap dimakan malah penuh dengan pelbagai khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan, terutama sekali terung ungu.

Terung ungu kaya dengan zat besi, serat dan antioksidan. Ia mengandungi bioflaconoid yang bagus untuk kesihatan hati dan jantung. Kandungan kalsium yang tinggi dalam terung juga bagus untuk kesihatan tulang, manakala phytonutrient yang terdapat di dalamnya merupakan salah satu nutrisi yang penting untuk otak yang sihat dan cerdas.

10 Idea Masakan Menarik dengan Terung

Tak tau nak masak apa dengan terung? Atau dah jemu dengan menu yang sama je setiap kali? Kat sini minmin dah susun 10 idea menarik yang korang boleh buat dengan terung:

Resipi Terung Bakar Santan 🍆🥥 oleh Nurul Kefftya
Tema masak apa ungu extend, kita baru hantar satu resepi je, eskem Mesia tu. Jadi ada masa ni, sempatlah kita masak jap terung bakar santan ni. Resepi dari kak @limited_edition , Alhamdulillah sedap tak menghampakan, mudah dan anti gagal. Dapat lah buat lauk lunch tadi. Okay jom tengok resepi. 🥳
Resipi Telur Dadar Terung oleh Kakak Faa
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI #GlobalApron2024 COOKPAD MAGIC PANTRY: #daunsup #telur #terung Resipi simple tapi sedap ni asal dari @zarafafiis . Cuma faa tambah beberapa bahan lagi nak bagi extra kick. And terung tu faa goreng dulu bagi dia lembut. Memang sedap!
Resipi 👩‍🍳Sambal Tumis Terung 🍆 oleh Mahadiah
Terima kasih sal @salina_jalaludin 🌹❤️inspirasi resipi sambal terung. Mudah disediakan , sedap dimakan dengan nasi panas2. Rugi tak cuba🤗
Resipi Terung Goreng Ayam Hiris oleh Sesimple Loralin
414/2024 (1967/2K) Global Apron Challenge 40: Tanpa Air, Tanpa Letrik #GlobalApron2024 Cookpad Magic Pantry List: 10- terung 11- cendawan dalam tin R- ayam R- tomato R-leek R-kicap R-sos tiram Alhamdulillah..menambat selera. Bahan pun simple je sebenarnya walaupun nampak banyak.
Resipi Terung Masak Kicap Pedas oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap Sukahati CHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI #Cooksnap daripada @normalah saya gantikan ikan bilis dengan udang segar kecil dan tambah sedikit air sebab suami dan anak dara suka ada berkuah sedikit. Sayur terung masak kicap memang favourite mereka cuma saya kuran…
Resipi Terung Bakar Berinti Sardin oleh Nur Azliani Amer
Challenge 40 : Tanpa Air, Tanpa Lektrik #GlobalApron2024 Minggu ini bahan yang Yani pilih ialah = Terung, Sardin dalam tin, Chilli Flakes. Tak perlu guna air dan tak perlu guna elektrik, jadi Yani guna cara bakar. Jom lihat cara-caranya untuk menyediakan menu ini.
Resipi Terung gulung oleh Ziana Chesaad
#GlobalApron2024 #Challenge45 #Terung Penggemar terung pastu suka dengan menu nih. Sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos. Boleh juga dimakan bersama hidangan nasi dan lauk pauk yang lain. COOKPAD MAGIC PANTRY: Cili Lobak merah Telur Terung
Resipi Terung bakar air asam oleh 0h Hana !!
Menu paling mudah untuk berdiet .. kalau lerak ikan rebus sekali dalam tu terus ngam terukk #GlobalApron2024 Terung Asam jawa Cili Limau kasturi
Resipi Terung Sumbat 🍆 oleh Nor Al Fatihah
#GlobalApron2024 #Terung #Terung #Ayam #Udang #Lobakmerah #Telur First time buat terung sumbat..selalunya masak berkuah je. Intinya saya ambil dari resepi dumpling ayam & udang saya. Alhamdulillah..sedap di makan bersama nasi atau di makan begitu saja.. anak2 saya yang tak suka makan terung pun jadi…
Resipi 🍆Masak Lemak Putih Terung oleh mamy_kitchen89
⚪⚫💗 Ikan lupa nk bwk kuar peti ess.. so mamy buh jer ikan bilis😁

Korang pulak macam mana? Korang suka masak apa dengan terung? Share lah dengan kengkawan kat Cookpad resipi terung favourite korang. Kalau nak cari lebih banyak resipi terung pun boleh, taip je "terung" kat search box dan tekan "enter", keluarlah dia. Tapi jangan lupa download app Cookpad dulu kat phone korang either melalui PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih memuaskan!