Dah hujung-hujung tahun ni, musim tengkujuh pun muncul tiba. Dah hujan-hujan ni, demam selsema pun berleluasa. Sroott sreett srooottt sreeetttt bunyi kedengaran di sana sini. Tisu dan paracetamol laku keras time ni. Klinik dan farmasi pun untung besar masa ni.

Korang mesti dah pernah dengar pepatah "prevention is better than cure" (mencegah lebih baik daripada merawat) kan?

Korang tau tak salah satu cara pencegahan ialah melalui pemakanan?

Bahan-bahan makanan yang tertentu boleh membantu kita membina perisai dalaman untuk menangkis segala virus dan bakteria yang cuba bertapak dalam badan kita. Even kalau korang dah tewas pun, pemakanan boleh membantu melawan penyakit yang dah singgah kat badan kita.

Enam jenis bahan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda:

  1. Buah Sitrus
  2. Teh Hijau
  3. Cendawan
  4. Kekacang
  5. Sayur & Buah Merah
  6. Hasil Tapaian

Buah Sitrus

Quinoa Salad oleh Imel Recipe

Buah-buahan sitrus kaya dengan Vitamin C yang dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan jangkitan virus dan bakteria. Buah-buahan sitrus juga mengandungi antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Buah sitrus haruslah diambil mentah atau begitu sahaja kerana suhu yang tinggi boleh memusnahkan kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus. Antara buah-buahan sitrus yang boleh anda makan atau buat minuman ialah limau gedang, limau nipis, buah oren dan lemon.

Teh Hijau

Matcha Pudding oleh Nihadriz Niha

Dikenali antara minuman yang paling berkhasiat, teh hijau kaya dengan Vitamin C dan flavonoid, sejenis antioksida yang membantu tubuh melawan pembentukan radikal bebas. Teh hijau juga mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG) sejenis antioksida yang sangat berkesan untuk mempertingkatkan daya ketahanan tubuh badan. Catechine yang terdapat di dalam teh hijau juga mampu membunuh bakteria, menghalang virus seperti virus influenza daripada membiak dan juga mengurangkan risiko jangkitan kuman. Teh hijau juga merupakan sumber terbaik sejenis amino asid yang dikenali sebagai L-theanine yang berupaya menghalang jangkitan virus. Cara terbaik untuk memperolehi manfaat teh hijau sepenuhnya ialah dengan meminumnya setiap hari.

Cendawan

Sup Cendawan Tiram oleh Julia ALeen Aireish

Dari zaman ke zaman, cendawan digemari ramai bukan sahaja kerana rasanya yang enak, tetapi juga kerana khasiat yang terkandung di dalamnya. Masyarakat Cina dan Jepun telah menggunakan cendawan untuk tujuan perubatan sejak berkurun lamanya. Yang uniknya tentang ramuan ini ialah setiap jenis cendawan mempunyai khasiat yang berbeza. Secara amnya, kebanyakan cendawan mengandungi sejenis polisakarid yang dikenali sebagai beta-glukan yang bersifat anti virus dan mampu membantu tubuh menangkis serangan virus dan radikal bebas. Cendawan juga mampu meningkatkan dan memperkuatkan sel darah putih yang berupaya melawan jangkitan dan penyakit.

Kekacang

Taufufa Organic Original Homemade oleh Jeehan Kitchen

Kekacang boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan di dalam masakan. Juga dikenali sebagai legum, jenis kekacang yang biasa digunakan ialah kacang soya, kacang hijau, kacang merah, kacang pis dan kacang tanah. Selain kaya dengan protein, kekacang juga rendah dalam kandungan lemak dan kolestrol serta mempunyai kandungan fiber dan kalsium yang tinggi.  Polifenol dan lysine yang terkandung di dalam kekacang juga baik untuk jantung dan daya ketahanan tubuh.

Sayur & Buah Merah

Ubi Beet Goreng Udang oleh Zleq Kha

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna merah seperti tembikai, ceri, mulberi, buah delima, kranberi, tomato, ubi bit, lada benggala merah, bawang merah dan cili kaya dengan Vitamin C. Antioksidan utama kumpulan makanan ini iaitu antosianin dan karotenoid membantu tubuh melawan pelbagai jenis penyakit seperti kanser prostat, sakit jantung dan strok kerana ianya berupaya menyerap radikal bebas yang merosakkan sel-sel sihat. Likopen yang terkandung di dalam tomato merupakan sejenis karotenoid yang dianggap sebagai adiwira nutrisi.

Hasil Tapaian

Miso Soup oleh Erma Yusnida

Sesetengah makanan fermentasi atau hasil tapaian seperti jeruk, kimchi, yoghurt, tempe, miso paste dan minuman probiotik dikira lebih tinggi khasiatnya daripada makanan tersebut dalam bentuk asal. Probiotik yang terhasil semasa proses fermentasi amat bagus untuk kesihatan usus dan boleh membantu masalah percernaan. Kandungan probiotik yang tinggi di dalam hasil tapaian juga membantu menguatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan kesan jangkitan. Mengambil makanan tapaian ketika sakit boleh membantu anda pulih dengan lebih cepat. Makanan tapaian juga kaya dengan Vitamin C, zat besi dan zink, yang juga meningkatkan daya ketahanan tubuh badan.

Selain daripada bahan-bahan yang tersenarai di atas, terdapat banyak lagi bahan-bahan yang berkesan dalam meningkatkan sistem imun tubuh kita seperti halia, bawang putih, kunyit, brokoli dan madu. Korang juga boleh gabungkan bahan-bahan ini untuk rasa yang lebih enak dan formula perlindungan yang lebih ampuh. Semuanya ada kat Cookpad - resipi apa je yang takde kat Cookpad? Korang hanya perlu taip bahan-bahan tu kat search box dan tekan Enter, semudah tu je. Kalau nak cari resipi yang mengandungi kombinasi dua atau tiga bahan, letak je tanda koma selepas setiap bahan, misalnya cendawan, halia dan bawang putih, dan tekan Enter. Senang kan?

Kalau korang pelanggan Premium lagi senang, resipi-resipi yang terpaling best, terpaling gerenti sedap dah sedia terhidang depan mata korang kat bahagian atas sekali, so korang tak payah tercari-cari lagi dah.

Happy discovering and cooking your favourite ingredients with Cookpad!