Tulis Resipi Kini Lebih Mudah dengan Pembantu AI!

Suka memasak tapi tak ada masa atau malas nak tulis resipi? Biar Cookpad je tuliskan!

Bagitau je korang masak apa!

Kami sedar sesungguhnya menulis resipi tu bukan mudah sebenarnya dan agak mengambil masa. Kena fikir nak letak tajuk apa, senarai dan sukatan bahan-bahan yang digunakan, nak ingat langkah-langkah dia lagi. Boleh jem otak dibuatnya! Tu yang last-last tak tertulis tu. Tinggal je dalam draf. Biarlah dulu. Ada mood dan masa esok baru hadap semula.

Kan best kalau korang taip je apa korang dah masak hari ni, lepas tu Cookpad boleh selesaikan tulis resipi penuh untuk korang?

Well, sekarang dah boleh! Hebat tak hebat!

Perkenalkan Pembantu AI kami, Pembantu Pencipta Resipi Cookpad!

Caranya simple sangat - korang mesti nak try berkali-kali!

Taip je apa yang korang dah masak hari ni, contohnya:

"Sos daging simple untuk pasta, diperbuat daripada daging cincang, tomato dalam tin, puri tomato dan bawang putih."

Pembantu AI kami akan drafkan resipi lengkap untuk anda berserta:

  • Nama resipi
  • Bahan-bahan
  • Langkah-langkah

Malah, ia juga boleh masukkan secara automatik jika ada sebarang langkah yang mungkin tertinggal berdasarkan maklumat yang korang berikan, contohnya: "Tumis bawang putih terlebih dahulu".

Jika resipi korang tertinggal maklumat penting atau sukatan bahan-bahan kurang tepat, bagitau je pembantu AI korang dan ia akan betulkan sampai korang puas hati. Once korang dah puas hati dengan apa yang ditulis, klik je "Nampak ok, simpannya." dan resipi korang akan sedia tersimpan sebagai draf.

Jangan bimbang, hasil akhirnya tetap di tangan korang!
Korang masih boleh edit dan ubah apa yang dah ditulis. Semuanya masih fleksibel macam korang sendiri yang tulis resipi tu, bezanya sekarang korang tak perlu lagi susah-susah karang resipi dari mula - kan banyak jimat tenaga dan masa tu!

Tak biasa guna AI? Kami faham, jadi kami rekanya khas sebagai pembantu, bukan pengganti

Kami tau korang ambik banyak masa untuk memasak, merakam setiap langkah, dan menghias hidangan korang agar nampak cantik bila diambil gambar.

Pembantu AI kami dicipta bukan dengan tujuan untuk menggantikan korang, tapi untuk membantu korang melengkapkan resipi korang.

Korang masih bebas tentukan tajuk resipi korang, tambah tips memasak, dan adjust resipi korang agar lebih kepada style korang yang tersendiri. Anggap je Pembantu AI ni sebagai pengarang korang, dan korang sebagai Ketua Pengarang atau Chief Editor! Fungsinya tak lebih daripada sekadar memudahkan korang menerbitkan resipi.

Sesuai untuk semua lapisan Cookpader tak kira newbie atau otai!

Pembantu AI kami sesuai digunakan oleh semua Cookpader, tak kiralah korang baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan atau pengguna tegar app kegemaran ramai ni!

  • Korang baru nak belajar share resipi tapi tak tau nak mula dari mana.
  • Korang memasak setiap hari tapi kesuntukan masa nak share resipi.
  • Korang memasak setiap hari tapi simply malas nak taip resipi. Baik tido.

Sekarang ni, dengan sepotong ayat je, korang boleh cipta resipi yang lengkap - lebih senang dan cepat untuk korang share resipi korang agar tidak terus terkubur di dalam timbunan draf atau phone korang!

Tapi ingat, Cookpad tetap tak benarkan penggunaan gambar yang dicipta atau dicantikkan dengan AI. No no no! Hanya gambar korang yang ori je dibenarkan. Sebab apa? Sebab Cookpad keeps it real!💪💪💪

Jom cuba Pembantu AI Cookpad!

👉 Hanya update app ke versi terkini dan tekan butang "+" di bahagian bawah belah kanan homepage untuk mula mencuba Pembantu Pencipta Resipi!

Kini, menulis resipi bukan sesuatu yang sukar dan menakutkan dengan Pembantu AI Cookpad!

Download apps Cookpad di PlayStore atau AppStore untuk mula mencuba tulis resipi guna AI!


Soalan Lazim

Boleh saya guna Pembantu AI ni di website Cookpad?

Ciri unik ni hanya boleh didapati di app Cookpad sahaja (iOS + Android), jadi pastikan korang download app Cookpad dulu di telefon atau tab korang!

Saya tak biasalah guna AI ni. Boleh tak saya nak tulis sendiri resipi macam biasa?

Boleeehh apa pulak tak bolehnya! Tap je "Langkau" kat bahagian atas belah kanan laman Pembantu Pencipta Resipi untuk kembali ke editor resipi biasa. Tapi cuba je lah dulu. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu?

Boleh tak saya edit resipi draf atau resipi yang dah diterbitkan guna Pembantu AI?

Buat masa ni Pembantu AI hanya boleh digunakan untuk resipi yang baru nak ditulis je. Tapi kami sentiasa berusaha memperbaiki Pembantu AI kami agar boleh membantu para pengguna Cookpad dengan lebih efficient lagi so watch this space! Tungguuuuuuu!